Thursday 29 October 2020

PENGALAMAN PERTAMA KALI UMRAH 2020 - PART 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Heyya peeps !
Sesungguhnya posting ni ada dalam draf bermula April sampailah dah nak habis Oktober, punyalah sibuk seketul zaza nak menulis hewhew

Alhamdulillah, Allah berikan rezeki untuk aku tunaikan umrah dari 29/12/2019 sehingga 09/01/2020. Rare tak pi umrah setahun ? haha
So, bertabahlah baca pengalaman seketul zaza selama 12 hari ni
And hope it helps untuk sesiapa yang first time nak pergi umrah jugak nanti ;)

**Semua pengalaman ni adalah sebelum wujudnya Covid-19, jadi mungkin sangat banyak perubahan untuk umrah norma baru selepas ni ya

==========================================================

Orait, actually sepatutnya trip umrah ni angah satu family and mak abah yang pergi.
but due to some unavoidable reason, abah tak dapat pergi.
But somehow, someone kena temankan mak sebab mak sakit lutut, and angah pun kurang sihat at that time.
Lepas berbincang, abah suggest suruh aku yang pergi.

So dapat tau aku yang pergi tu masa pertengahan bulan 10.
Time tu, tak sampai sebulan lagi kerja kat tempat baru.
Masa dapat tau tu, memang dah terus bagitau bos nak minta cuti panjang hujung tahun nanti.
Bos macam berat sikit nak bagi, aku pulak pi lancang sangat kot, cakap kalau tak dapat cuti saya resign. 
Mula2 semuanya okay, but somehow, awal bulan 12 tu bos bagitau dia tak dapat approve cuti.
Sedih jugaklah sebab aku macam suka je kerja situ, tapi sebab ini mak, dan peluang nak dapat umrah bukan senang.
Walaupun umrah ni boleh je pergi anytime, bukan macam haji, but still jemputan tu atas rezeki dan izin Allah.
(seriously syukur sangat2 Allah bagi aku peluang untuk umrah sebelum covid ni T__T)
Makanya, aku pun redha la hantar surat resign sobs.

Okay, so jom kita start dengan persiapan sebelum umrah.
Antara benda yang aku buat ialah :
1. Buat passport 
- sebab aku tak pernah pi oversea, so barulah terkedek2 nak buat passport. Pergi UTC 2 kali weh sebab orang ramai sangat. Kali kedua, beratur 2 jam untuk ambik nombor je. Dia cuma bagi 400 nombor sebab weekend kan tutup awal, dan aku dapat nombor 300++ haha. Dapat nombor pukul 11, turn nombor aku kena panggil pukul 4.15pm kui kui kui. Sabar2, ni baru cabaran awal. jangan merungut banyak, kau nak pi umrah ni.

2. Ambik suntikan vaksin
- yang ni alhamdulillah sebab klinik sebelah tempat kerja je haha. Kebetulan masa ambik tu, diorang ada offer. Suntikan wajib tu RM 150, kalau tambah vaksin influenza RM 50 je so total RM 200. Aku pun ambiklah dua2. Kena jab kiri kanan. Nasib baik jugaklah ambik, sebab masa mula2 balik Msia tu kebetulan tengah musim demam influenza, termasuklah abang ipar aku pun kena kuarantin kat rumah. 

3. Ambik gambar visa
- okay yang ni kelakar. memang tau nak gambar passport, tapi taktau pulak kalau visa kena ada format khas background putih semua. kelam kabut buat last minit. nasib baik sempat. 4 keping gambar cuma RM18. 5 minit je siap.

4. Cari ubat tahan period
-ni panjang cerita dia, sebab ada pendapat suruh ambik dan ada yang tak bagi ambik. Doctor kat klinik suggest suruh ambik, pharmacist pulak tak bagi haha. Dilema jugaklah mula2. Aku beli ubat ni kat Watson, kalau tak silap dia pil perancang actually. So pharmacist tu bila tau aku bujang lagi, memang macam tak bagi la aku ambik sebenarnya. Dia explain ubat tu ada side effect macam kacau hormon yang lain, akan buat period tak teratur dan lain2 lagi. Long term effect la. Alhamdulillah, timing pergi tu cun time aku suci, so aku tak makan la ubat tu.

5. Baca dan pergi kursus umrah
- disebabkan last minit, aku tak sempat nak attend kursus umrah. Sebab mostly buat hari Sabtu, aku pulak kerja half day. So memang banyakkan baca blog dan pengalaman orang yang dah pergi sana. Selain tu aku banyakkan baca buku persediaan haji/umrah, especially bab soal jawab.


================

So ni aku share checklist barang yang nak bawak sepanjang 12 hari kat sana. So skema siap taip dan print hahaha.
- Macam toiletries tu ada yg aku share dengan mak.
- Kopi 3 in 1 wajib, selaku peminum kopi tegar haha. aku bawak termos kecik sekali, saiz 300mL. beli kat shopee RM 8 je, tahan panas 8 jam.
- Iron pun aku bawak sendiri, bawak yg jenama philips yang ringan tu je. Alhamdulillah hotel kat Madinah and Mekah ada soket yg sesuai, so tak perlu guna adapter.




==========================================================

Day 1

Flight pergi tu pukul 10am, so seawal 6.30 am dah bertolak dari rumah.
Trip kali ni pergi sekali dengan mak ayah mertua akak aku, and sepupu abang ipar aku.
So total kitorang 8 orang.
Thanks kat ehem ehem sebab sudi hantaqkan sekali pi KLIA hewhew
(dia nak jugak kredit nama dia dalam post ni)

Sampai je kat KLIA, terus hantar beg dulu. Lepas tu sarapan jap sementara tunggu nak boarding.

Beriya letak reben kat beg, sekali semua orang pun letak reben hahahaa

Family ! and bakal family aminnnn


Trip umrah ni actually trip company abang ipar aku, bawak agent semua.
Flight direct terus ke Madinah, tak ada transit. Ambil masa lebih kurang 8 jam 30 minit perjalanan.
So dijangka sampai Madinah 8 pm waktu Malaysia, tapi pukul 3 pm waktu sana.
Dalam flight dah solat jamak qasar siap2 dah.
Dont worry ada video panduan semua boleh follow. Aku pun first time jugak wudhuk guna spray and solat dalam kenderaan.
Dan boleh jugak tanya steward/stewardess yang always ready to assist. Diorang panggil kita haji/hajjah. fuhh, terus berkobar rasa nak pergi haji bila kena panggil macam tu huhu.

Omma !

panduan nak ambik wudhuk, solat dalam plane semua tunjuk kat sini.
masuk waktu solat pun pilot akan announce.

Breakfast

Lunch


Alhamdulillah, kami selamat sampai seperti yang dijadualkan.
Sampai2 je terus ambil beg, dan bergerak ke bas.
Setiap bas ada sorang mutawif/ ustaz yang jaga kitorang sepanjang 12 hari ni.
Oh ya, kitorang pergi ni under Andalusia travel. Memang tip top sangat servis, very recommended.

Sepanjang perjalanan, Ustaz Yahdi bercerita, bagi pesanan dan macam2 info untuk kitorang.
Sampai di hotel terus makan malam dulu, lepas tu baru check in.
Aku dengan mak duduk bilik bertiga, dengan lagi sorang akak ni.
Panggil je akak, padahal anak bongsu dia sebaya aku haha. 




Nama hotel kitorang, Hotel Mawaddah al Waha. 
Lebih kurang 150 meter dari pintu nombor 15 masjid Nabawi.
Malam tu lepas isyak, Ustaz Yahdi ajak 'ziarah Rasulullah'.
Ustaz cakap sebab hari ni kita baru sampai di bumi Madinah, 
jadi adalah beradab kiranya kita ucap salam dan tegur 'tuan rumah'.

Agak jauh jugaklah berjalan, sebab pintu 15 ni belakang, bahagian makan Rasulullah tu depan.
Masa ni memang ralat tak ambik kerusi roda siap2 untuk mak.
Kitorang jalan lambat sikit, ikut pace mak. Nasib baik ustaz pun okay dan tunggu sekali sebelum sama2 berkumpul dan berdoa.
Sebelum datang sni, aku suggest sangat2 korang exercise jalan at least 10 000 step sehari. sebab kat sepanjang ziarah dan umrah ni kita memang banyak berjalan sebab kawasan ni sangat luas.
Especially yang kerja pejabat macam aku ni, ofis tingkat 2 pun gedik naik lif keh keh.

Suhu masa tu memang sejuk dan berangin, sebab hujung tahun kan. 
Sekitar 13C-18C. Rasa macam ada aircond je kat luar.
Memang tiap kali pi solat Subuh / Maghrib, aku pakai sweater especially kalau solat kat perkarangan masjid. 

Our first night in Madinah

=============================================================

Day 2 - My first time to Raudhah ^^

Rutin subuh kat sini macam biasa, dalam pukul 5am macam tu gerak pi masjid nabawi untuk solat subuh.
Waktu subuh masuk dalam 5.30am macam tu.
The feeling masa pergi dan balik masjid tu masha Allah, susah nak describe. Happy dan tenang sangat2 sebab ramai2 semua jalan kaki pergi masjid. 
Ketenangan yang memang tak tergambar nikmatnya.
Lepas subuh, balik hotel dan sarapan.

Seawal 7.30 pagi, kitorang dah berkumpul untuk masuk ke Raudhah.
Yang lelaki melawat perkuburan Baqi' (perempuan tak boleh masuk, boleh tengok dari luar je).
Ada ustazah yang iring dan bawa kitorang untuk masuk ke sana.
So ramai2 kitorang berjalan dan masuk ke pintu 24/25.
Memang ramai sangat jemaah, tak tipu memang terdetik juga dalam hati lepas ke tak nak masuk Raudhah ni, sebab last kena kosongkan Raudhah pukul 11am untuk bg laluan jemaah lelaki pulak.
Tapi cepat2 tepis perasaan tu, istighfar dan yakin Allah tu Maha Mengetahui dan Maha Adil.

Why I'm always the tallest? haha. With mom and mak mertua angah.
Pinjam dulu la ye mak mertua orang haha



Mula2 masuk kitorang solat sunat tahiyatul masjid.
Lepas tu duduk dulu, sebab pintu dibuka satu2. Kita duduk tu macam dah ada bahagian2 dia tau, so kalau pintu bahagian kita buka baru boleh masuk. Selagi tak buka, duduk lah dulu. 
Kira ni baru kat checkpoint 1.
Ada polis Arab jaga. Masa ni kita niat je dalam hati kita permudahkan kerja diorang, Allah permudahkan kerja kita. 
Sebab memang kita rasa tak sabar2 nak masuk, dan geram je tengok ada jemaah potong line dan sebagainya.
Tapi bak kata ustazah pengiring tu, kita nak melawat Rasulullah S.A.W, jadi kena jaga adab kita sebab Rasulullah tengah tengok kita live depan mata ni huhu
Sementara tunggu tu boleh mengaji, berzikir dan sebagainya.

Lepas pintu dibuka, kitorang gerak ke Checkpoint 2.
Kat sini kitorang sempat solat sunat dulu dan dengar penerangan dari Ustazah.
Checkpoint ni dah tak jauh dah dari Raudhah, jadi salam untuk Rasulullah boleh disampaikan di sini.
Kat sini Ustazah banyak tazkirah kitorang.
Antaranya, kita selalu rasa nak cepat2 masuk Raudhah. Tapi kalau cepat2 masuk, kan akan cepat keluar juga?
Jadi ustazah kata ambil peluang untuk beriktikaf, and enjoy the moment yang kita sedang berada sangat dekat dengan Rasulullah, masha Allah...

Lepas tu kitorang bergerak ke Checkpoint 3,
Masa ni memang ngam2 je group kitorang last turn untuk masuk Raudhah sesi pagi tu
Kat sini, polis dah asingkan ikut negara.
Contoh macam asia dok hjung sekali, negara timur dok tengah dan sebagainya.
So masa ni kitorang duduk sekali dengan jemaah Indonesia, Brunei, Singapore semua. 
Dan by group, kita akan dilepaskan masuk ke Raudhah.

Memang sangat pack dalam Raudhah tu, ruang memang ngam2 je untuk berdiri.
Semua orang berebut nak doa dan solat di kawasan 3 tiang paling hadapan.
Ada polis jaga, jadi biasanya lepas solat memang polis akan arahkan keluar.
Polis hanya takkan kacau kalau kita tengah solat je, so even nak doa pun kita kena berdiri sebab nak bagi ruang solat pada jemaah lain.
Masa ni memang banyakkan istighfar dan mohon sangat Allah permudahkan.
Baca tips ramai yang suggest rapat ke kanan, sebab kawasan paling tepi (kiri kawasan keluar),
tapi first time masuk tu kitorang memang kat tengah2. 
Tak mampu dah nak ke tepi huhu.
Beg aku dah ikat kat pinggang untuk mudahkan solat.
Uncang kasut kitorang pegang sekali, sebab takut nanti balik nak ikut pintu lain.
Tapi jangan ikat kat badan tau, takut masa solat kita terbawa najis pada kasut tu.
So, masa solat letak uncang kasut kat tepi.

Cecah je kawasan 3 tiang paling hadapan, alhmdulillah kitorang dapat peluang solat sunat kat situ,
Join sekali dengan group indonesia dalam 10 orang, gilir jaga2 orang tengah solat.
Sebabnya ramai yang bertolak dan berjalan keluar, jadi kita jaga kawan2 yang tengah solat supaya tak kena pijak.
dan jangan lupa tolak ansur, lepas kita solat, bantu dan bagi ruang untuk jemaah lain solat jugak ya.
Lepas solat, kitorang bergerak lagi ke depan sikit demi sikit untuk ke saf paling depan dan paling dekat dengan Raudhah.
Badan bergerak, tapi mulut dan hati teruskan je berdoa.

Alhmdulillah, rezeki aku, mak dan angah dapat solat sunat di saf depan sekali.
Bergilir kami solat dan jaga satu sama lain.
Dalam ramai2 tadi, memang tak sangka dapat spend masa hampir 30 minit kat depan ni.
Ikutkan lepas solat aku dengan mak memang dah beransur nak keluar, mungkin rezeki, tiba2 ada ruang kosong dekat depan tiang, aku dengan mak dapat berdiri depan tiang dan sambung berdoa lagi.
Angah pulak dapat rezeki untuk solat sunat lagi Allahuakbar
Perasaan masa tu, tak terucap. Sedih, gembira, kerdil, sebak semua ada.
Its really such a wonderful feeling and really blessed to be there Allahuakbar...

Pintu keluar dari kawasan Raudhah



Lepas keluar dari Raudhah tu, kita akan keluar balik ikut pintu yang sama, sebab laluan dia dah lorongkan macam tu.
Lepas tu duduk dan rehat jap, sambil minum air zam zam.
Sepanjang kat sini, memang aku sentiasa bawak botol air dan refil air zam zam setiap kali pi solat.
Ambik peluang minum sepuasnya.
Air zam zam ni ada suhu biasa dan sejuk, dia ada label. tapi sebab suhu memang sejuk masa pergi ni, even ambil air suhu biasa, bawak balik hotel automatik sejuk juga huhu.


===========================================================

Day 3 - Ziarah sekitar Madinah

Hari ni ialah hari ziarah Madinah.
Antara tempat yang kami ziarah :
- Masjid Quba
- Pemakaman syuhada uhud
- Masjid Qiblatain
- Masjid Khandaq
- Ladang Kurma

Sepanjang perjalanan, Ustaz Yahdi banyak bercerita tentang sejarah dan sirah tempat2 yang kami ziarah tu.
Jadi kita lebih memahami sirah dan purpose ziarah tu.
Sebenarnya banyak lagi input sepanjang ziarah ni tapi sebab dah almost setahun dah lupa banyak dah T___T

Mula2 sekali kami melawat Masid Quba'. Masjid Quba' ni masjid pertama yang Rasulullah bina ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bayangkan, ini adalah masjid pertama yg dibina dengan air tangan Rasulullah sendiri, Subhanallah !

Selain tu, Rasulullah juga bersabda; 
Sesiapa yang bersuci di rumahnya, dan datang ke masjid Quba’ kemudian solat, maka pahalanya seumpama pahala mengerjakan umrah.

Riwayat Ibn Majah (1412)

Dari hotel, kami dah siap berwudhuk dan sampai je kat Masjid Quba' ni, terus ambil fadilat solat sunat di situ. alhamdulillah rombongan tak rushing so kitorang memang ambil masa sepanjang ziarah ni.



amboi kemain mak limah posing 😝

anak mak limah pulak sibuk nak menyelit sekali



Ammar guna duit paw ateh 1 riyal beli kopok haha

============================================================

Day 4 - Aktiviti bebas

Hari ke-4 ni tak ada sebarang program. Macam biasa rutin solat berjemaah di Masjid Nabawi. Aku dengan angah ambil peluang ke Raudhah sekali lagi.



Sunset at Madinah


 Lepas tu shopping jubah sebab ramai cakap jubah kat Madinah lagi murah dan banyak pilihan dari di Mekah. (tapi banyak je kat Mekah sebenarnya haha). Jangan risau, semua peniaga pandai cakap melayu haha. and dia tengok kita pun dia tau dah melayu sebab memang ramai je jemaah indonesia & malaysia kat sana. dan petang pulak kami singgah pasar kurma untuk beli kurma & kekacang.

Tapi kalau ikut saranan ustaz Yahdi, lebih baik membeli-belah di Madinah sebab kita membantu membangunkan ekonomi sana sebab Madinah ni bumi yang sangat Rasulullah cintai.


**Cuma mungkin aku boleh kongsi sedikit tips untuk tawar menawar, jangan ambil dulu dan tawar masa nak bayar. Diorang tak bagi diskaun dah, sebab dia tau kita memang confirm nak beli. Tapi kalau kita usha2 dulu, tanya harga, tawar harga, baru diorang turunkan harga. haaa dah dapat harga baru pilih okay. atau kalau nak murah lagi, korang cakap takpe nak tengok kedai lain, kalau kena dengan peniaga yg okay dia pulak suruh kita bukak harga haha.
(benda ni aku dengan angah apply masa shopping kat Mekah, alhmdulillah menjadi hewhew)


================================================================

Day 5 - Umrah pertama

Hari ke -5, for the first time aku pi solat subuh kat masjid nabawi sorang2.
Mak tak berapa sihat, angah pun sama.
Mungkin sebab faktor cuaca yang sejuk kering, memang ramai yang batuk dan demam. Aku pun on off jugak batuk tu, tp alhmdulillah tak teruk sangat.
Alhamdulillah dipermudahkan aku menyelit untuk dapat berjemaah dalam masjid. 

Untuk umrah pertama, kami bergerak lepas Zuhur dari Madinah. Lunch tu sempat merasa nasi arab lauk unta hehe. Bab makan kat hotel Madinah ni memang best, selera nusantara sangat. Hari-hari ada sambal belacan dan memang menu Asia.

Kami singgah di Masjid Bir A'li untuk solat sunat dan berniat serta ihram. Maka bermulalah segala pantang larang dalam ihram. Perjalanan ambil masa lebih kurang 7 jam ke Mekah menaiki bas. Kitorang bertolak pukul 3 petang, dan sampai lebih kurang 9.30 malam di Mekah. Lepas tu ada singgah macam RnR lebih kurang untuk makan malam dan solat jamak maghrib dan isyak.


Sampai je di hotel, rehat sekejap sebelum kumpul balik untuk mula tawaf pukul 12am. Masa ni punya paranoid nak bukak tudung pun takut, takut rambut gugur huhu. Ambil masa rehat sekejap, cuci muka dan ambil wudhuk baru. Aku siap minum kopi dah, sebab tau nak pakai banyak tenaga tengah malam ni huhu.


View dari hotel kami 

Perangai anak dara sorang ni laaa 😂


Lepas berkumpul di lobi dan taklimat bersama ustaz Yahdi, kami pun bergerak untuk tawaf. Mak pulak masa ni kami upahkan orang untuk bantu mak sepanjang umrah. Seronok oii mak limah saie naik skuter haha. Masa ni nervous sangat-sangat, sebab selama ni tengok dalam TV je kan. This time it is real !!!!

The best feeling is when the first time you're seeing Kaabah. 
Masha Allah, Subhanallah....
It is priceless. Sangat-sangat priceless. 

*especially bila kecik-kecik kau rajin baca mastika lepas tu baca kisah orang tak nampak kaabah, the nervous tu memang Allah je la yang tahu, takut2 Allah tarik nikmat tak dapat tengok dan sujud depan kaabah ya Allah serius takut betul tak tipu.

I'm sorry I couldn't share the picture, sebab tengah umrah weh nak keluarkan phone pun takut, nanti tak khusyuk huhu. But aku doakan semua yang baca ni diberi kesempatan dan rezeki to witness it yourself, to feel what i feel, with your own eyes and feeling one day insha Allah, aminnn...

Selesai tawaf 7 pusingan, kami solat sunat selepas tawaf. The moment kau bersujud, dahi kau menyentuh bumi Mekah dengan Kaabah tepat di depan mata is another level of nikmat yang demi Allah, priceless. 
Terasa diri ni sangat kerdil, teringat segala nikmat yang Allah beri, dan syukur sangat2 sebab Allah beri peluang untuk kau bersujud di kota suci ini subhanallah..

Selepas solat dan basahkan tekak sebentar dengan air zam-zam, kami bergerak untuk saie. Saie ni ada 3 tingkat, 2 tingkat untuk jalan kaki dan tingkat 3 untuk naik skuter. Kami saie di tingkat 2. Mula saie dah nak masuk pukul 2 pagi.

Masa ni abang ipar aku dengan Ammar dah tinggalkan kitorang dah berlari2 anak sebab diorang banyak gula. Aku dengan angah dah slow pace, angah takpelah sebab mengandung, yang aku ni sedari dulu penyakit cepat lenguh bila jalan banyak masih tak hilang. Siap aku yang mintak angah berhenti rehat kejap haha.

Masa rehat tu, sempatlah bermuhasabah diri sekejap. aku ni ulang alik waktu malam, sejuk ada aircond, dalam bangunan berbumbung lagi. sangat selesa. Macam manalah keadaan Siti Hajar yang berlari2 bawah terik matahari mencari air di kawasan gunung dan berpasir kan ? Masha Allah memang jauh sangat dengan diri ni.

Hampir pukul 2.45 pagi, alhamdulillah selesai umrah pertama kami. Lepas berehat sekejap, kitorang bergerak balik ke hotel dan tidur.





Total langkah dari mula keluar dan balik semula ke hotel untuk umrah. Please do practice walking and maintain your stamina before umrah gaisss.

==========================================================

Insha Allah untuk pengalaman seterusnya aku akan share untuk next post ya. Semoga apa yang aku kongsi ni dapat beri manfaat pada yang membacanya insha Allah ^^

Sunday 26 January 2020

SEMPORNA TRIP 2019 - PART 2


Post part 1 boleh baca kat sini
>>> https://budakspecbintang.blogspot.com/2020/01/semporna-trip-2019-part-1.html


Day 3
========================
So hari ketiga, aktiviti kitorang adalah untuk hiking kat Pulau Bohey Dulang, dan ada 2 sesi snorkeling dekat Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan.

Malam lepas balik dinner tu, En Adli dah buat short briefing dulu
So kitorang dah ada gambaran and dah ready nak prepare apa yang patut.
Since dekat Mabul kitorang tak banyak gambar, so kali ni kitorang add on sewa GoPro hehe.
Sewa GoPro tu RM 100, kongsi 3 orang bolehlah tong-tong kan.
Plus diorang yang ambikkan gambar, kita tinggal posing je so berbaloi la tu weh.

Untuk trip ke Bohey Dulang, ada lagi sorang tour guide yang bawak kitorang iaitu Angah.
This time Alai tak dapat join sebab dia cuti.
Diorang kata nasib baik Alai tak join, kalau Alai jumpa Angah hari biru jadinya.
Sebab, Angah pun sama lebih kurang masuk air macam Alai.
Positif betul diorang ni, memanjang gelak je semua benda pun kelakar haha

So pagi tu kitorang sarapan dekat restoran biasa
Sarapan buffet, boleh makan banyak mana yang kita nak
Pilihan takdelah banyak, tapi kenyanglah weh ada bihun, maggi, sosej, ayam goreng, telur sambal semua.
Cumanya pagi tu seram sikit sebab hujan, so diorang risau kalau kat sana pun hujan so track tu licin.
Time ni dah pakai baju snorkeling siap2, sarung je baju hiking kat luar.

Dalam pukul 9.30 am macam tu baru kitorang naik bot.
Lagi sekali dugaan, enjin bot tak hidup lagi sebelah.
Diorang repair ketung ketang bagai, dekat 10.30am jugaklah baru kitorang gerak.
Sampai kat Bohey Dulang dah pukul 11.30am macam tu.
Kira masa hiking tu dah tak pagi la, dah panas terik. agar mencabar la time tu huhu.



credit to angah for this gambar lawa

credit to angah for this gambar lawa

credit kat najwa je hahaha


Puncak Bohey Dulang ni takdelah jauh, 700 meter je. Tapi dia curam ! haha
Serius talk aku memang pancit weh
Sebab stamina memang out, kerja duduk makan tido je kan. Ofis tingkat 2 pun naik lif kah kah.
So banyak kali berhenti nak ambik nafas.
Boleh kata every 100 meter checkpoint je mesti berhenti.
Compare dengan hiking kat kincir angin Pulau Perhentian, lagi jauh sana aku rasa. Cumanya sana tak curam, dia jauh tapi jalan landai.
Yang paling hampeh bila pelancong China selamba je hiking pakai short, pakai skirt, siap kain meleret bagai macam nak pi photoshoot tu lalu pass kitorang.
Diorang ni tak semput ke woihhh hahaha




Lepas almost 40 minit hiking, Alhmdulillah finally kitorang sampai jugak kat puncak.
Orang time tu agak ramai, semua memang tak lepas peluang la ambik gambar.
Subhanallah, memang serius cantik sangat sangat sangattttt......
Ni one of the reason aku nak datang sini, sebab terbakar je tengok orang share gambar
Finally berjaya jugak sampai sini.
dah sampai baru ada sinyummm
again, credit to angah for this breathtaking viewwwwwwwww


bila suruh posing tapi kau kayu nampak sangat fake kah kah
Masa mula sampai tu kitorang lepak-lepak dulu ambik nafas
Plus memang orang tengah ramai, nak posing pun tak feel weh orang sebelah masuk gambar kau.
Tak lama lepas tu ramai yang dah start turun sebab dah tengahari, matahari memang dah terpacak atas kepala.
Lepas tu apa lagi, puncak itu kami yang punyalah !!! haha
Memang sakan la ambik gambar, cuma bertabah je muka rentung cam haremm
Banyak video sebenarnya tapi malas nak upload sini buat loading je korang nak scroll kan heh heh


Angah dengan Alai sama je selalu kutuk kitorang tak reti posing cettt

We take Bohey Dulang !

Dah sakan bergambar barulah kitorang turun.
Masa turun ni tak jauh, 600 meter je, cumanya dia lagi curam.
Tapi dah ada tali and certain area tu dah ada tangga so ikut je.
Gigil weh lutut nak tahan badan, sumpah tak tipu hahaha
Ingat aku sorang, rupanya najwa dengan mira pun sama lutut vibrate, sapa ntah gatal main miscall2.
Terjelepuk la jugak aku sekali tu sebab ralit rakam video, sedar2 dah melutut kat tanah.
Seluar tak koyak tapi lutut luka plus lebam jugaklah, nampak nau berat.

Masa dah sampai bawah tu, langit memang dah gelap sangat dan tak sampai 10 minit hujan lebat
Meanwhile, kitorang makan bekal lunch dulu.
Nikmat betul makan atas laut dalam hujan fuhhhhh




Selesai makan, hujan pun berhenti dan kitorang pun gerak ke Pulau Sibuan.
Disebabkan dah lambat, air dah surut, so kitorang tak dapat masuk ke Pulau Mantabuan.
Dah rugilah satu session kat situ.

Sampai je kat Pulau Sibuan, Angah bagi chance kitorang fefeeling diva dulu ambik gambar bagai.
Pulau tu kecik je, tapi pasir putih sangat.
Air takyah cakap la semua tempat pun jernih.
Dia punya level jernih tu, bila masukkan air laut dalam botol mineral, tak boleh beza mana air laut mana air mineral.
Gambar banyak tapi takleh share sebab hmmm cekci hahaha

ye, inilah antara gambar yang dikatakan fefeeling diva
Lepas tu kitorang buat semula sesi water confident, praktis balik cara berenang and pakai fin tu.
Time ni Wan buat coaching one to one dengan aku ajar berenang.
Tapi jujurlah aku rasa fin tu banyak main peranan, serius.
Memang beza pengalaman snorkeling sebelum ni tak pernah pakai fin, pakai life jacket je, memang tak confident weh.
Plus sebab masih boleh bernafas guna mulut kan, memang mudah la, sebab aku paling tak reti nak control breathing tu.
Si mira dengan najwa mati2 aku ingat diorang buat water confident dengan Angah, rupanya sambung photoshoot cehhh
Bukti tak main tipu kaki jejak bawah hakhak

Lepas dah ready, kitorang naik semula ke bot dan pusing ke belakang pulau tu sikit untuk snorkeling.
Kat sini ombak dia kuat sikit, memang terlambung2 jugaklah.
Time tu acah berlagak gila snorkeling tak pakai life jacket
Sebab group lain semua timbul tak bergerak2 dengan life jacket diorang haha
Kitorang acah sikit la laju je kejap kat sana kejap kat sini
Kat sini diorang bagi roti, so kitorang bagi ikan makan
Mula2 aku taktau, aku carik2 roti tu bg ikan
Pastu Angah tegur, kamu ingat kamu YB kah bagi ayam makan ?
Kuajaq dia perli aku.
Rupanya dia kata ramas je roti tu, biar ikan yg datang kat kita dan makan roti tu dari tangan kita.
Manalah aku tau hang tak cakap awai2, roti dah habis baru nak cakap haha

punya payah nak kumpul 3 orang ni, sebab ligat sangat ke sana sini



the only shot yang jadi, yang lain tersenget2 macam obor2 dah

Peace !!!

Dalam pukul 4pm macam tu, kitorang pun beransur balik semula ke Semporna.
Again, naik bot almost satu jam.
Memang penat jugaklah, thats why bawaklah coklat ke air manis ke untuk topup tenaga balik.

Malam tu aktiviti bebas, dan makan malam tak disediakan.
So kita bebas nak explore atau nak jalan2 pergi pasar malam ke apa ke.
Kebetulan malam tu aku memang malas nak keluar, dah plan nak makan maggi je.
Lepas maghrib aku terus la tidur.
Tak lama lepas tu, Mira kejut, ajak keluar makan. En.Adli ajak katanya.
Aku macam pelik la, malam ni kan makan sendiri, jadahnya pulak En Adli ajak makan ?
Alasan Najwa lagi tak logik, dia anggap kau macam anak dia kot tu yg dia ajak makan kah kah.

Sebab diorang bersiap, aku pun bersiap la.
Memang tak percaya, tapi kalau betul macam tak baiklah pulak kan.
So lepas dah siap2, kitorang tunggu kat lobby.
Najwa cakap tunggu staf perempuan En Adli tu ambik kitorang, aduh apesal la aku lupa nama dia.
Time ni dah percaya sikit la since memang staf dia yang bawak kan.
Kitorang pergi kat restoran seafood semalam.

Masa kat sini pun Najwa so suspicious sebab masa sampai tu dia terus hilang kata nak pi cucuk duit ke apa ntah.
Makan boleh tahan la lauk macam semalam jugak, but bila tanya mana En Adli dorang cakap dia lambat sikit suruh makan dulu.

Masa tengah makan sembang2 kencang tu, tiba2 bunyi lagu happy birthday !!!!
haha aku dah agak dah diorang ni memang soooooo fishyyyy.
Alhmdulillah so happy for the suprise, just memang tak tau nak react macam mana sebab terharu plus tak nak susahkan diorang sebenarnya.
Orang kedai tu bawak kek sepotong nyanyi reramai ohh sis is so maluuuu haha
Lepas tu dia bagi hadiah sikit, dari En Adli dan pengurusan katanya.
(En Adli cakap tu hadiah dari company tu, kau jangan fefeeling abang bagi kau. iye saya tau laaa alahai hahaha)
Trimas semua, sis terharu angat angat hewhew
Yay dapat tumbler hehe

Lepas balik dari makan tu, aku dengan mira pergi dobi sekejap nak keringkan baju.
Sebab bilik tu kan takde tingkap, baju snorkeling apa semua tu masih basah, buat berat beg aje.
Ada kedai dobi 24 hour kat situ, plus ada polis ke guard ntah ada kat kawasan tu so memang tawakal je la masa pergi tu sebab dah pukul 10 lebih.
Ohh ya, kat sini banyak gila anjing jalanan tp semua jenis nampak jinak so aku memang memberanikan diri je la jalan padahal dalam hati mengucap tak berhenti huhu


Day 4
=============================

Hari ke empat masih sama, breakfast macam biasa kat restoran tu.
Cumanya hari ke empat ni sebenarnya free and easy.
Sebab transport akan hantar kitorang semula ke airport Tawau pukul 1 pm.
So, kitorang add on pakej Seawalking hehe

Basically seawalking ni yang kau jalan kat dasar laut pakai topi angkasawan tu,
Bayaran RM 180 untuk satu sesi, plus dapat snorkeling sekali.

Mula2 aku takmau, sebab harga boleh tahan mahal.
Tapi sebab birthday aku semalam kan, so hasil bodek En Adli tu aku dapat diskaun hahaha
Aku sorang je la, Mira dengan Najwa tak dapat keh keh
So aku pun ikutlah sama.

Sebelum pergi macam biasa ada briefing dulu dengan En Adli, plus dia kenalkan dengan instructor yang akan bawak kitorang hari tu.
Dia ajar jugak basic2 isyarat dalam air for emergency cases.
Dah ready, kitorang pun bergerak ke Pulau Sebangkat.

Kata En adli, seawalking ni korang cuma boleh buat kat Sabah je, sebab dia bukan laut china selatan
Jadi airnya tenang dan tak berombak.
Macam kita kat semenanjung kan ada monsun laut apa semua, hujung tahun pulau2 semua tutup kan.
Tapi tak kat Sabah, kat sana pulau semua buka sepanjang tahun sebab tak ada monsun2 ni.
So alang2 dah sampai, ambiklah peluang walaupun poketku hangus haha

Masa nak masuk tu, kita turun satu satu anak tangga
Air dah paras bahu baru dia letakkan benda alah tong oksigen kat kepala
Berat tong tu dalam 30-40kg. Biasanya tong tu diorang kata orang yang kerja welding kapal yang pakai, tp sekarang dia dah jadi untuk tujuan komersil.
Konsep dia macam kau telangkupkan gayung dalam kolah air. So basically ada ruang udara kan dalam gayung tu ?
Haaa, samalah macam ni. So ruang udara tu membolehkan kita bernafas macam biasa, sebab oksigen tu diorang salurkan dari atas topi tu haaa gituuu.

Masa mula2 turun tu rasa pressure kat telinga makin kuat,
So kita boleh pilih sama ada picit hidung dan hembus kuat2, atau menguap, atau telan air liur.
Bila dah okay tu berjalanlah seperti biasa ewahh
Tapi jalan tak laju pun sebab berat weh, memang fefeeling angkasawan sangat.

ni tandanya awesomeeee!!!



Bila dah smpai tengah laluan tu, instructor tu bagi roti untuk bagi ikan makan
Dasar rakus2 ikan dia, bukan sekadar makan tapi meragut roti dan jugak jemariku !
Sakit jugaklah kena gigit, mana ada gigit2 manja bak kata En Adli haha
So aku tak bagi ikan makan direct dari tangan, aku ramas2 isi roti tu bagi dia makan jauh2.
Serius rakus weh ikan2 ni, kekadang dia gigit kaki kita, aku dah seram sejuk dah takut ular laut ke apa, nak tunduk tengok kaki tak boleh.

Masa dalam tu, instructor tu ada rakam video dan ambik gambar
So korang ada peluang la posing dengan ikan nemo
Tapi nemo tu tak suka aku, semua gambar aku dia tak nak keluar kuangsam.

aku syak masa ni najwa kena gigit hahaha


Mira got this nice shot !!! Marlin pandang kamera haha


Kitorang ada kat bawah tu lebih kurang 30 minit sebelum naik balik
Sebab ada masa lagi, aku dengan Najwa sambung snorkeling
Wan siap perli lagi, amboi korang mentang2 dah pandai berenang sendiri lincah je haha
Tapi jauh2 aku tak berani sebab aku takut satu ikan ni rupa macam ikan todak muncung panjang,
dia selalu ada je kat permukaan air,
takut kang tercucuk naya je haha
Masa dah naik tu aku ada tanya betul ke tu ikan todak, diorg cakap sama spesies tapi takde la dia saja2 nak tikam kau tak tentu hala haha
Lepas tu diorang ada jugak lah promote next time datang boleh join diving,
Even tak pandai berenang pun boleh je since dia tengok kitorang boleh handle panic jalan underwater kan,
Hmmm takpelah sebab terus terang cakap aku memang takut diving sebab dalam laut sunyi sangat and paling takut kalau ada ulaq ayaq huhuhuuuu

So tengah hari tu lepas siap packing bag, kitorang lunch
Time ni kemain order lauk mahal2 sebab dah last day kan haha
Order butter prawn la, siakap sweet and sour sampai 2 pinggan ekekekee
Dah En Adli kata suka hati korang nak makan apa, korang dah bayar, apa lagi serang laaa!!!
Lepas tu balik semula ke lobby dan tunggu van datang ambik
En Adli pass semua gambar dalam pendrive untuk kitorang pilih sendiri hewhew

Kalau ikut itenary, should be day 4 ni transport akan hantar terus ke airport Tawau
Sebab pakej yang kitorang ambik ni 4 hari 3 malam je.
But since flight kitorang pukul 9 am esoknya, kitorang overnight dekat bandar Tawau satu malam.
So sebab tak familiar kawasan tu, kitorang check in sama hotel dengan family akak tu haha
Lupa dah nama hotel, tapi satu malam harga RM 150 share tiga orang.
Dan transport tambah lagi RM 20 setiap sorang, sebab bandar Tawau tu lebih kurang 30 minit juga dari airport.

Lepas babai babai dan say thanks to En Adli and team, kitorang singgah jap dekat kawasan jual kraftangan kat belakang hotel tu nak beli souvenir,
Alhmdulillah harga okay dan beli banyak boleh tawar lagi untuk dapat murah,
Orang kedai baik gila, dah la bagi diskaun, lepas tu beg Mira memang dah koyak tau kat tali tu, dia pin je,
Lepas tu Mira tanya akak tu ada stapler tak, dia nak ketip balik tali beg yg koyak tu,
Sekali akak kedai tu cakap tak apa dia tolong jahitkan,
Aduhh, memang nak nangis ingat balik level baik diorang ni.

Sampai kat hotel dalam 5.30 pm, terus melepak dekat bilik tengok gambar2 haha
Malam tu mira and najwa keluar cari makan tapi aku stay bilik je.
And diorang sempat tanya orang situ kat mana nak beli ikan bilis apa semua.
And tapau coconut shake, fuh sedap gila weh.

DAY 5
============================
Najwa and Mira keluar bilik seawal 6am sebab nak borong ikan bilis dan segala ikan kering keropok apa ntah
Mak pesan katanya
Aku tak ikut sebab angah punya stok ikan bilis sabah tak habis lagi haha
Tak ingat diorang pergi mana, pasar Tawau kot, tapi naik grab la.
So aku setelkan urusan check out sementara tunggu diorang balik.

Dalam pukul 7.15 am macam tu kitorang naik Grab ke airport Tawau, sampai dalam pkul 8am.
Tambang kalau aku tak silap dalam RM 30++.
Gerak awal sebab nak check in kotak ikan bilis tadi tu, alhmdulillah sempat.
Lepas tu sarapan kat airport dan merewang last minit.
Sempatlah aku tambah lagi satu gelang mutiara and butang baju melayu abah, siap bodek orang kedai mintak diskaun sebab birthday aku haha
Mira dah perli tak habis2 dok bagitau orang birthday dia :P
Masa nak bayar tu, dah ada announcement flight kitorang, so aku pun terus la bayar.
Sekali orang kedai tu bagi satu brooch set ni as hadiah birthday.
Awwwww baiknya memang rasa nak duduk Sabah terus je rasa huhu

And finally alhmdulillah touch down KLIA2 pukul 12pm lebih kurang.
Mira and Najwa sambung flight ke JB pukul 3.30pm.
Meanwhile diorang tawaf KLIA2 sambil tolak ikan bilis ekekekee





So basically itulah pengalaman and itenary lengkap trip aku ke Semporna
Hopefully boleh dijadikan panduan untuk korang.
Total belanja hangus termasuk makan minum tambang grab add on itu ini apa semua bolah kata dalam RM 1800 la.
But again, ni bukan pakej bajet weh haha, its more like fun trip.
Sebab accomodation memang selesa, makan kenyang sedap teruks, pengalaman baru yang totally berbeza dengan percutian kat semenanjung.
As for me, totally worth it ;)

Till then, dadaaaaaaaaa