Tuesday 29 January 2013

buat aku tersenyum.. :)


bismilahirahmanirrahim....

   assalamualaikum..

    mood senyum hari nie.. ahahaa... pagi tadi masa dalam kelas lecturer bagitau aku dapat best mark untuk test aritu.. :D ..  ekceli dah tau dah markah tu awal2 lagi. saje buat2 muka suprise.. eheh.. first time dapat hadiah lecturer bagi.. suka2.. insha Allah nak lagi.. XD



lepas tu,, baru dapat tau angah ade pos kan poskad mase die transit dekat abu dhabi on the way nak pergi umrah tahun lepas.. masya Allah, dah nak dekat setahun kot. dari angah belum mengandung sampai sekarang dah beranak dah. itu pun classmate bagitau sebab die nampak poskad tu dekat box surat tak dituntut. kat kolej ni kalo surat datang kena ambik sendiri dekat pejabat kolej.  sebab tu sampai ke sudah poskad tu bersemadi dalam box tu. angah cakap ingatkan nak buat suprise.. tapi die sendiri terlupe.. aiseh..


dan Alhamdulillah, adik aku dapat tawaran sekolah yang sama dengan aku dulu. sekolah menengah teknik jb. subuh lagi dah call tanya barang ape lagi die kena bawak. kantoi bangun subuh lewat, dia siap tanye lagi, " eh ida. dah solat ke belum nie ? baru bangun ea?"... malu saya.. macam tak percaya je umur die dah 16 tahun dan dah masuk asrama. disebabkan dia adik, bongsu pulak tu,, rasa macam yakin tak yakin je dia boleh bawak diri dekat sekolah tu. tapi ikut pengalaman akak die ni.. eheh.. insya Allah.. awal2 tu memang tension macam nak gile jugak la dengan senior semua. tapi bila dapat member satu kepala, mafia asrama pulak tu.. seronok je life kat asrama ni.. hoho

jum, melawat sekolah ni jap..

welcume to tijb.. !!


lencana sekolah.. kira lawa laa nie..


dewan ! ^^




aku paling suka surau sekolah ni. besar dan selesa. pompuan atas, laki kat bawah..
dan padang tempat main sofball hari2..  :')

aspuri.. dulu aku dok blok kaler kuning tu.


tengahari die telefon. bagitau dapat dorm tingkat 3. kurus la die lepas nie. haha..
semoga dipermudahkan urusan kat sekolah tu my dear.. :)


Saturday 19 January 2013

Pengalaman Seketul Zazazone Pergi PLKN 2011

bismillahirahmanirrahim...

  salam.. ^^

  tadi bukak facebook, ex-jurulatih masa dekat kem plkn dulu keep updating info pasal intake budak2 pkln kem sri ledang, siap letak gambar lagi.. how i miss that moment.. * terus bukak gambar plkn..

mintak maaflah sekarang baru nak share cerita 2 tahun lepas.. ahahahaaa.. ingat nak simpan buat pekasam. tapi bila tengok line laju semacam, bolehlaa bersharing- sharing sikit. sory kalo cerita panjang sangat.. hoho

aku kena pegi plkn ni untuk intake pertama, siri 8/2011... teringat lagi masa form 5 dulu, semua excited gile check nama guna sms nak tau dapat pegi plkn ke tak. 
mase tu memang seronok gelakkan member2 yang terpilih pegi plkn nie. dan dalam kelas aku, aku sorang je budak asrama yang tak check lagi.

sebabnya ? ahah,, tersangatlah confident takkan dapat pergi. konon2 biarlah check sendiri mase balik rumah nanti sebab kebetulan minggu tu budak asrama balik rumah. 
siap bet dengan member prep,
 ' kalo aku dapat plkn, aku belanje korang pisang goreng',, 
 dengan nada penuh sombong dan bongkak.

balik rumah, weekend tu aku check serentak guna sms dengan internet,,, dan keputusan kat internet keluar dulu....
TAHNIAH, RAUDZATUL......... NO KAD PENGENALAN........., ANDA TERPILIH MENYERTAI....... 
sesak nafas !! lari capai henfon, bukak mesej... TAHNIAH jugak!!!!!!!!!!
 *lari bawak hp tunjuk dekat mak abah. mak senyum, abah ketawa, along dan alang cakap padan muka. aku ? T__T ... sampai bengkak mata... 
percuma je belanje bebudak asrama pisang goreng... dan kena gelak balik.. siap kena kiss pipi..  =..=

2 Januari 2011,, satu family hantar aku naik bas dekat danga bay. family aku sikit punye hepi, angah sampai sanggup balik jb minggu tu. malam sebelum tu siap belanja makan lagi. aku je yg monyok. tak nak pergi.. T__T..

masa nak beratur bagi tiket bas, alang bisik kat telinga aku..

"Alaa dik.. rileks laa.. nanti kat sana ko cari laa sorang dua mamat yang kacak membunuh. buat penguat semangat dok sana.."

A'ah, alang dan nasihatnya yang sangat genius. tibe- tibe terbukak pintu langit, betul2 terbukak laluan org yg beratur depan aku, terus nmpak sorang mamat ni hensem tahap dewa.. heh3


dapat rm10, buat belanje makan.. 

bayangkanlah perasaan pergi latihan khidmat negara, 3 bulan, jauh dari mak ayah, tak kenal sape- sape.. sadis wehh...


kem aku hewhew

Sampai je sana, terus lunch dan solat Zuhur.
Lepas tu sesi ambil baju dan kasut pulak.
Ada 3 set baju kat sini.

1) Baju Loreng
- ni baju yg uniform tebal ala baju askar tu cewah. baju ni kira mcm baju formal la untuk pakai masa perbarisan, aktiviti fizikal, masa masuk hutan dan masa berlatih M-16.
Kitorang dpt satu set lengkap iaitu :
> baju loreng
> seluar loreng
> tshirt loreng (pakai kat dalam) 2 helai
> tali pinggang
> stokin panjang
> kasut boot
> beret

- biasanya cuma tshirt dan stokin je yg dpt baru, yg lain semua recycle batch2 lepas punya. Tp nasib batch kitorg agak baik sbb majoriti dpt suit baru hewhew

- yg peritnya cuma bila dpt but baru tu la, keras gila weh habis melecet ohh kaki. Siap letak pantyliner dan pad lagi nak bg kaki tak melecet, letak tisu tak berkesan huhu.

Bila hujung minggu cikgu suruh mandi pakai but tu nak bg kembang.
Cara dia, pakai stokin 2 lapis, pakai boot tu ikat ketat2. lepas tu mandi la mcm biasa. dah siap mandi, jemur but bg kering. 3,4 kali jugaklah kitorang ulang sampai boot betul2 kembang dan lembut.




2) Baju Kelas
- baju ni untuk pakai ke kelas dan ceramah. Bila parents datang melawat pun, wajib pakai baju ni. Lelaki pergi solat jumaat pun pakai baju ni.
Kitorang dapat 2 set untuk baju ni iaitu :
- 2 kemeja lengan panjang
- 2 seluar slack hitam
- 2 helai tudung biru
- 1 pasang kasut hitam bertutup
- 2 pasang stokin

- kasut kelas ni sama je keras dia mcm pakai boot. masa mula2 pakai, ramai gila kaki melecet. lepas 3 hari masing2 pakai selipar kaki penuh plaster huhu. tapi lepas 2,3 minggu dah ok dah la.



3) Baju PT
- ni baju untuk physical training setiap pagi dan petang, dan jugak baju untuk pergi khidmat masyarakat. Cumanya untuk khidmat masyarakat, baju pt ni matchingkan dgn seluar loreng dan kasut boot.
Baju ni pun dapat 2 set jugak iaitu :
- 2 helai tshirt
- 2 seluar track
- stokin
- kasut sukan




kalau pi program khidmat masyarakat, kena pakai camni

So bayangkan la betapa banyak baju yg ktorg nak kena ambik haha
Ulang alik 3,4 kali jugaklah angkut baju tukar size apa semua

Petang tu pulak, ktorang dibahagikan kpd 4 kompeni iaitu Alfa, Bravo, Charlie, Delta.
Jurulatih bahagikan random je, so nasiblah dapat kompen mana.
Nasib aku baik, dapat satu kompeni dgn dua orang budak sekolah aku which is Bravo ! hehe

Setiap kompeni ibarat satu family la.
Kitorang kena cipta slogan sendiri, bendera sendiri.
Bendera tu pulak amanah, pergi mana2 wajib bawak.
Kalau tertinggal, jurulatih terjumpa, habislah satu kompeni kena denda huhu
Kitorang pernah sekali budak lelaki tertinggal bendera kat dewan makan, jenuh kena denda bumping weh... T___T

Kalau perasan, bila pakai baju loreng dan baju kelas kitorang akan pakai tali dekat bahu.
apa nama tali tu aku lupa dah haha
Setiap kompeni ada warna tali yg berbeza :
Alfa - Merah
Bravo - Biru
Charlie - Kuning
Delta - Hijau

Jadi dari jauh, jurulatih semua akan kenal la kita dari kompeni mana.
Kalau ada masalah disiplin pun, point akan ditolak dari kompeni.
Mcm Harry Potter okay main tolak2 point rumah kita haha..

Ohh ya, semua jurulatih kat sini kitorang panggil cikgu.
Cuma komandem kem dgn beberapa orang je yg kitorang panggil tuan.
Masa mula2 aku taktau, semua yg aku jumpa aku cakap assalamualaikum tuan.
Yelah kat sekolah kan kalau jumpa pelawat kena sapa mcm tu kan haha
Padanlah cikgu2 semua terkejut, siap cakap "Wsalam, sy bukan tuan.." ekekekekee


Alhamdulillah, ditakdirkan dapat kawan- kawan yang sangat best. betul lah, bulan pertama je rasa bosan sebab nak sesuaikan diri dengan rutin baru, kawan baru, cikgu baru. macam mane rutin kat plkn?? cekidaud.. oh ya, ni rutin asas je laa.. kadang2 ade perubahan jugak..

5 a.m : bangun pagi, mandi, solat subuh jemaah
6.30 a.m : pt pagi ( physical training/ senam pagi)
7.15 a.m : sarapan
8.15a.m : kelas pembinaan karakter
10. 15a.m : minum pagi, sambung kelas
12.30 p.m: makan tengahari
1.15 p.m: solat zuhur jemaah
2.00p.m : kelas / ceramah
4.15p.m : minum petang dan solat asar jemaah
5.00p.m : riadah
6.15p.m : makan malam
7.00p.m : solat maghrib jemaah, kuliah maghrib dan solat isyak jemaah
9.00 p.m: ceramah
10.30 p.m: supper
11.30p.m : light off

bayangkanlah dok 3 bulan kat sini, nak pegi mana2 mesti kena kawad dan dalam kumpulan.
memang nak kena hambat je laa kalo jalan melenggang kangkung sorang- sorang..

bulan pertama banyak duduk dalam kelas untuk modul Pembinaan Karakter. diorg cakap kelas ni macam kat tadika, belajar nyanyi2, kenal diri sendiri, berlakon, main game.. remember that mamat kacak tahap dewa tu ??? haha.. kebetulan dia sama kelas dengan aku, dan untuk modul satu siap sama kumpulan, siap bertentang mata lagi...alahai...even orang lain cakap kelas character building sangat bosan, tapi aku dengan penuh semangat cakap kelas itu sangat best !


peraduan mencari mamat kacak membunuh ... sila- sila..

dewan makan

gambaran dorm. cilok gambar kat blog orang lain.


Bulan kedua, barulah banyak aktiviti fizikal. Ada flying fox, abseiling, kayak, renang, masuk hutan, aktiviti khidmat masyarakat dan macam-macam lagi. Time ni mmg heaven gila rasa.

So far, aku enjoy semua aktiviti fizikal tu even aku bukan budak sukan pun.
Sbb dari umur 10 tahun, aku dah biasa travel sana sini wakil sekolah menari zapin.
Dan muka ni jugaklah yg wakil sekolah pergi aktiviti camping 5 hari dekat Kem Pusako, Negeri Sembilan masa umur 11 tahun.
Sebabnya, tak ramai parents yg berani lepaskan anak2 pergi aktiviti sekolah luar Johor, berhari2 pulak tu tanpa parents ikut kan.
Cikgu koko pun memang aim bebudak zapin je lah untuk wakil sekolah sebab mmg muka rajin berjalan kan haha..

Bila fikir balik pun, cemanalah mak abah aku selamba lepak bagi aku pergi Shah Alam, Penang, KL sejak aku darjah 4 okay. Setiap kali trip, biasanya 5-8 hari.
Rasanya kalau aku ada anak sendiri belum tentu aku bagi haha..
acah- acah bajet dengan m-16
Untuk persembahan penutup, boleh pilih nak join buat persembahan apa. Ada TTS, kawad dan tarian. Mula2 nak masuk TTS sbb mcm tough2 je kan haha. Tp tak tahan temptation menari zapin, aku choose la zapin. Rindu dah 5 tahun tak menari since sekolah rendah. Tp ni last aku join menari depan public. insaf dah.. XD


kalo nak bukak hikayat 3 bulan dekat sana, 7 hari 7 malam pun tak habis cerita.
in one word, superb !!!! sangat seronok sebenarnya.
walaupun kena buli dengan salah sorang jurulatih kat sane.
 mmg saya akan ingat cikgu buli saya tu ingat sampai bila- bila T__T

Puncanya satu je, ada wira Bravo ni suka kat aku.
Lepas tu cikgu kompeni aku ni tau, tak memasal aku kena aim.
Ada je yg tak kena kat mata dia lepas tu
Dia suruh aku tulis surat reject cinta wira Bravo tu, padahal mamat tu takde buat pape pun
 Dia sound aku tak reti iron baju, line atas lengan tu tak straight
Esoknya semua wirawati dia suruh iron baju jangan ada line langsung
Ugut nak tambat aku kat pokok kelapa sawit la
Aku gelak sikit terus kena sound
kalau aku buat silap masa kawad ke rentas halangan ke cepat je dia nampak
eh minta maaf cikgu termengumpat secara terang terangan pulak hahaha


learnt to work as a team,
Alhamdulillah, kompeni kitorang menang kompeni terbaik keseluruhan..
muka rentung.. sampai orang ingat aku kena penyakit kulit.. = ='
first time main netball (selama ni aku benci netball),
belajar cakap depan public,
dapat buddy yang sangat best dan still in contact,
experienced guna m-16,
first time dapat bunga kutip tepi jalan, burung kertas dan surat cin.... #bhahahaaaa
first time join pertandingan kawad, pass semua rentas halangan ^^



suprisingly,, aku nangis masa hari last nak tinggalkan kem.. sungguh tak dapat dipercayai. hilang segala kemachoan.. 
for those yang rasa takut- takut nak pegi plkn.. its ok..
boleh cube method alang aku, cari sorang penguat semangat.. sangat membantu.. :P
peluang sekali seumur hidup.. 3 bulan takyah pikir study, makan minum tanggung, dapat elaun rm400 lagi..