Wednesday, 20 February 2013

majlis tunang alang

bismillahirrahmanirrahim...


  hari Isnin, 11 Februari lepas akak aku yg nombor 2 a.k.a alang dah selamat bertunang. iye, aku tau ramai bengang dengan aku sebab aku saje promote gambar aku posing pegang bunga dekat fb.. alahai,, bagi laa can aku nak berangan.  ^^

   agak express jugak majlis tunang tu sebab plan asal nak buat bulan 3, tetibe buat bulan 2. aku sendiri tau akak aku nak bertunang lagi 2 minggu sebelum majlis. haru betul die main rahsia2 dengan adik sendiri. alang kenal dengan tunang die pun tak lama. baru dalam 6 bulan la lebih kurang. tapi perkara baik tak salah kalo dipercepatkan kan. diorang dua2 pun memang serius dan alhamdulillah, urusan untuk melangkah ke arah perkahwinan pun dipermudahkan setakat ni..

  majlis tunang ni buat simple2 je. takde sewa pelamin, sewa baju bagai. cuma upah mak andam je untuk mekap. kitorang guna satu panel tingkap untuk gantung langsir untuk buat ganti pelamin. bantal besar untuk alang duduk mase sarung cincin pun upah org buatkan. lepas tu beli 4 bijik bantal kecik dekat The Store dan main campak2 dekat ruang tu bagi nampak penuh sikit. karpet untuk alas pun  pakai je ape yang ade dekat rumah tu. nak bagi naik seri, cilok pasu bunga nenek aku, then kasi tukar sikit susunan bunga dalam tu. 

part hantaran lagi best. recycle je bekas hantaran masa angah kahwin. ( haha,, terkantoikan pulak hantaran ko alang :P )..cuma tinggal isi dan susun je barang hantaran. nasib baik laa ade mak sedare yang kreatif dok gubah2 hantaran ni. aku dengan alang menghadap satu hantaran sejam lebih tak jadi ape pun. padahal nak susun coklat je.. =='   nak buat macam mane. mase sekolah dulu rajin ponteng kelas p.seni.







sampai sekarang aku taktau kalo nak sarung cincin, kena hulur tangan mane.. hohoho

muke lega.. >-<


berselera diorang makan. aku pun makan banyak jugak.. hoho.. menu hari tu nasi putih, ayam masak merah, kari daging, ikan keli masak lemak cili api ( jawa mari ), sambal goreng ( iye, jawa lagi ), burung puyuh masak ungkep ( jawa sentiasa di hati ), gulai lemak pisang, ulam dan sambal belacan. sebab tunang alang ni asal dari kedah, kire menu hari tu fusion laa utara selatan...

with our hero.. ^^





angah n her husband yang sebok jugak nak mengimbau kenangan bertunang dulu.. =='

aku dan kepakaranku menculik anak orang

yeah, sorang lagi berjaya diculik !

at the end of the day, alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. adik beradik abah pun banyak sangat menolong untuk kenduri kali ni. bagus2.. kekalkan momentum kerajinan itu untuk majlis aku pulak nanti.. hoho.. keluarga tunang alang pun katanye puas hati dengan layanan keluarga kami.. walaupun simple tapi berjalan lancar..

haaaaa,, last sekali.....




baru boleh tunjuk gambar tunang alang.. hahaa....






# for you my dear alang, semoga dipermudahkan lagi urusan membina masjid... guwa anytime boleh jadi pengapit... lalalalalaaaaa~

No comments:

Post a Comment