Tuesday 5 August 2014

Checklist 12 Perkara Wajib Buat Masa Bujang

Salam...

Ohoii, lama gilak tak bukak belog... hahaha..
Lebih kurang 7 bulan kott
dan dalam masa 7 bulan tu dah macam2 benda yang jadi dalam life aku
yang mana tersangat2 lah banyak untuk dikongsi
sebahagiannya :

  1. Alhamdulillah, aku dah berjaya tamatkan program diploma aku dengan izin Allah. Tinggal tunggu nak grad dan tunggu offer ke degree bulan 9 nanti ;)
  2. Dah berjaya dapatkan lesen kereta. Yeahh !! walaupun bahagian 2 terpaksa ulang 2 kali tapi aku tetap bangga..koh koh koh
  3. Berjaya buat partime job sementara nak tungu offer degree. dan dah selamat berhenti kerja jugak atas alasan nak raya puas2..bhahahahahaaaa
  4. Berjaya memantapkan skill bawak motor. Alhamdulillah, akhirnya usaha mendapatkan lesen motor 2 tahun lepas membuahkan hasil apabila kini aku tidak lagi ragu2 untuk ronda2 johor bahru dengan bermotosikal... (moga dikurniakan keberanian yang lebih sikit untuk drive kereta pulak :P )
ok cukup.
sebenarnya motif update belog hari ni adalah untuk share tentang 12 perkara yang wajib buat masa bujang,
memandangkan aku masih bujang, so aku pun buatlah checklist senarai ni. ada yang dah buat, ada yang belum buat lagi. jom cekidaud....

1) Tinggalkan rumah, jangan duduk dengan mak ayah. 
done ! checked !
- aku mula tinggalkan rumah pada umr 16 tahun, jadi 2 tahun duduk asrama sekolah, 3 bulan duduk kem pLkn, 3 tahun duduk kolej kediaman uitm, 4 bulan duduk rumah sewa masa praktikal.
- the point is, once kau dah duduk jauh dari family, kau banyak belajar untuk jadi berdikari. kena campak dekat mana2 pun insha Allah boleh survive.
- pada pendapat aku, masa belajar adalah masa yang paling baik untuk kau tinggalkan rumah dan duduk asrama/rumah sewa. memang banyak gila kebaikan dia especially bab pengurusan kewangan. serius cakap.
- on the other hand, bila dah kerja aku rasa lagi better duduk dengan parents. masa ni diorang dah tua, dah tak larat dah nak kerja kuat. masa ni lah kau nak jaga diorang, belanja diorang, manjakan diorang pulak. sebab masa ni dah ada kemampuan. inilah moment yang kau patut cherish dengan parents kau sebelum kau kahwin. moga aku diberikan kesempatan untuk capai moment tu ;') 

2) Travel.
~ pending ! unchecked !
(done !!!! updated 1/4/2016 - cuti sem bulan januari lepas aku join classmate travel pi pangkor. syok gilaaa hoi pi pulau ni sebenarnya. memang bachelor trip jugak ah sebab yg pegi 13 orang anak dara haha. insha Allah next cuti sem bulan 7 nak pi langkawi pulak hewhew)
- aiyark..me and travel cannot be put in one words.. koh koh koh.. sebab aku adalah seorang budak yang sangat complicated yang hanya bersemangat travel hangat-hangat tahi ayam dan cepat hilang mood dengan benda2 leceh. makanya harus sabar dan tabah hati klau ajak aku travel..herherher..tapi sementara bujang ni aku nak jugak travel sendiri. sekali pun cukuplah ak ? asalkan buat masa bujang...

3) Cari ilmu banyak-banyak-banyak-banyak. 
~ in progressed !
( - Insha Allah, sebab ilmu ni benda yang meluas. setiap hari kita belajar benda baru. sekecik2 benda pun ilmu jugak. selain daripada impian personal achievement aku nak ade degree sekurang2nya, still ilmu2 lain tak boleh nak diabaikan terutama ilmu agama. benda tu nak bawak pi jumpa Tuhan nanti.. ) 

4) Spend duit beli buku.
~ done ! checked !
 ( - ok, yang ni memang dah achieved dah. Sesungguhnya aku adalah peminat buku yang tegar tanpa mengira genre asalkan ianya memikat hati. minat nak baca dan beli buku tu memang dah ade cuma masa je yang tak mengizinkan lagi ni. agak sedih jugak melihat rak dipenuhi buku dimana hampir 1/3 daripada koleksi tersebut masih belum sempat dibaca walaupun sudah dibalut rapi..hmmm.....)

5) Belajar bawak kereta. 
~ done ! checked !
(- Alhamdulillah, dah berjaya dapat lesen kereta pada usia 21 tahun...koh koh koh.. nampak tua di situ. lesen memang dah ada cuma keberanian saja belum ada. mungkin boleh diusahakan dalam masa terdekat..mungkin...hmmm,,mungkin...)

6) Join usrah. 
~ pending ! unchecked !
- benda ni dah lama dalam perancangan cuma...masih belum kesampaian. mungkin masih mencari kumpulan usrah yang sesuai, keberanian untuk terus hadir dan beri komitmen pada kumpulan ni.. sebab nak berubah itu memang mudah, nak istiqamah itu agak payah.. pelan-pelan kayuh.. doakan yang terbaik untuk aku :) 

7) Cuba benda baru. 
~ pending ! unchecked !
- percaya atau tidak aku sebenarnya ade plan nak belajar menjahit... cuma tak berani nak bagitau puan emak sebab mesti kena gelak sebab fail alter jubah sendiri masa raya aritu... hmmm....

8) Berniaga kecil-kecilan.
 ~ pending ! unchecked !
(done ! haha. start dari semester akhir degree sampailah sekarang aku dah berjaya try meniaga baju. boleh usha fb/instagram @dawiya clothing ok :) )
- pernah cuba tapi hajat tak kesampaian...koh koh koh... tapi mesti kena cuba lagi sebab 9/10 sumber rezeki itu kan dari perniagaan. tapi itu tak bermaksud setiap perniagaan tu menguntungkan. mungkin kena belajar lebih detail lagi pasal meniaga ni. insha Allah boleh..

9) Simpan duit dan buat perancangan kewangan.
~ pending ! unchecked !
- sapa taknak simpan duit hoiii. haha.. dah mula buat sikit2...mungkinlah tak banyak tapi yang penting berterusan iye dakk...

10) Jaga kesihatan, awasi berat badan dan banyakkan exercise
~ pending ! unchecked !
- ini semua hanya bersemangat di mulut tetapi tidak di perut..koh koh koh... entahlah, tolonglah bagi2 kata2 semangat kaw kaw sikit kat aku ni. dah bertahun azam nak kurangkan berat badan tak pernah kesampaian...heeeeee

11) Suka apa yang kau buat.
~ done ! checked !
- gentel karipap, baca belog, masak nasi, lipat baju, jemur kain, tengok tv...hmmm, aku suka je apa yang aku buat...hehehehe

12) Cari jodoh.
~ pending ! unchecked !
- cari memanglah cari tapi... haihhh.. payah nak cakap.. haha.. insha Allah, soon.. mungkin Allah nak bagi peluang dan masa secukupnya untuk aku spend dengan family dulu.. jaga dulu yang ada depan mata ni, tunaikan dulu tanggungjawab yang ada ni. sebab diri sendiri pun tau kemampuan setakat ni macam mana. sabar dulu ye, bagi saya bermanja habis habisan dengan keluarga saya dulu.. heheheee

so, in conclusion, banyak lagi yang pending
maka
belum boleh kahwin
ngeh ngeh ngeh

next update bila za ?
berdoalah moga ianya bukan tahun depan...
herherher ^^v