Sunday 21 December 2014

penghujung disember

.....
.....
pejam celik...pejam celik..
dah hampir ke penghujung disember 2014..
masa berlalu pantas..
sangat pantas..
maka terbukti benar kalam Tuhan..
Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh..

a lot had happened...
a lot...
rasanya sepanjang hidup, tahun ni paling banyak air mata tumpah..
air mata gembira, air mata sedih, air mata stress, air mata feeling tengok the fault in our stars..eheh
sampai ada masa rasa macam tak nak bangun dari pembaringan
sebab rasa tak berdaya nak tempuh hari yang mendatang
tapi kita manusia, ada amanah yang perlu dilaksana
aku terkesan dengan kata-kata sorang member aku ni

" semua orang ada masalah dalam hidup dia. kita tak boleh nak expect dia akan luahkan semua masalah dia kat kita, dan kita pun tak boleh expect orang akan faham masalah kita. benda ni normal. berlaku kat semua orang.."


orang nampak kita senyum pergi kelas
orang nampak kita serabut tak siap assignment
orang gelak tengok kita tutup muka cover line kantoi salah naik bas
orang nampak kita mereng dok menghadap how i met ur mother hari-hari..
sebab kita nak jadi normal..
kita nak orang tengok kita normal..
walaupun hakikat dia, aku pun tak tau betul atau tak benda yang aku buat ni..
haha

tapi, hidup pun ada warna warni dia kan
alhamdulillah, aku diberi peluang untuk tamatkan diploma
diberi rezeki buat partime job
dibukakan ruang untuk sambung ijazah
banyak lagi sebenarnya nikmat yang Allah dah bagi,
terlampau banyak..

sebab tu setiap kali aku rasa nak mengalah
aku ingat balik rahmat yang Allah dah bagi pada aku
Allah bagi ujian sebab nak bagi ada rasa syukur bila dapat nikmat
ada rasa prihatin pada yang kurang mampu
Allah nak bagi hati tu kuat, sebab cabaran hidup masa depan lagi susah
lagi payah dari sekarang
dugaan Allah bagi bukan saja2...mesti ada sebab..
mesti ada sebab..

apa kau mengarut za ?
hahaha
tension weh nak dah final exam ni
ni namanya kaunseling untuk diri sendiri
sebab tahun baru bakal menjelma
tanggungjawab baru bakal muncul
kau harus kuat ! mesti kuat !
mesti !

#walaupun kita tiada bahu untuk bersandar, tapi kita sentiasa ada lantai untuk bersujud kan :)