Monday 7 December 2015

23 tahun

bismillahirahmanirrahim..

heyya peeps..


hari ini, lepas maghrib tadi dah bersamaan
26 Safar 1437 Hijrah
alhamdulillah, dah masuk 23 tahun diberi nyawa dan kesihatan yang baik
23 tahun
23 tahun
series laaa tak percaya dah 23 tahun hahahahaha

kalau ikut perancangan sepatutnya umur 23 ni dah kahwin anak sorang
kihkihkih
ni semua sebab terpengaruh dengan abah lah
abah kahwin umur 21 tahun kott
umur 22 tahun dah dapat along
umur 23 tahun dah dapat angah
aku umur 23 tengah serabut lagi pakai tudung sebelah panjang sebelah pendek
dulu masa zaman2 remaja biasalah hormon gedik tengah memuncak
selalu lah berangan insha Allah mesti ada orang nak kat aku umur 21 nanti, lagipun aku perempuan kot tak payah pening nak pikir nak cari duit hantaran bagai duduk rumah goyang kaki saja...
.............................................
harapan menjadi layu nampaknyaaaa....

sebenarnya sejak tahun lepas lagi
aku dah jarang wish orang happy birthday
unless kawan2 yang rapat gilaaa je
lebih kepada nak memeriahkan group whatsapp biar padan muka penuh noti semua orang
mungkin sebab tu lah, masa birthday aku 15/8 ikut kalendar Masihi lepas
betul2 satu group whatsapp tu je yang beghiya wish aku
yang lain,,
kehidupan diteruskan seperti biasaa...hahaha

tapi aku tak kisah
serius aku tak endah langsung
instead masa birthday aku aritu aku boleh dok sebok tidur pukul 3 pagi
sebab dok gentel begedil, akak aku buat open house raya betul2 hari birthday aku
nikmat mana yang nak didustakan lagi
bilamana hari birthday kau
semua keluarga berkumpul
makan soto nasi dengan laksa utara hasil air tangan mak
sungguh...itu lagi bernilai daripada ucapan happy birthday semata..

sebenarnya aritu aku google
hukum sambut birthday
yang aku faham, hukum asalnya harus
ada yang kata bidaah, sebab zaman Nabi tak buat
tapi hukum tu berubah mengikut macam mana cara kita sambut
kalau ikutkan sebenarnya tiup lilin, potong kek bukan budaya kita
tapi tak birthday laa kalo takde kek kan??? haha
apatah lagi baling tepung pecah telur acah2 prank
iya, memang itu satu kenangan
tapi...apa guna kenangan kalau tercalit dosa ?
seriously bagi aku kalo nak sambut birthday, buatlah cara yang proper
prank2 bagai ni tak baik doe...aniaya orang kott..

sejak makin tua ni, sebenarnya makin sedar umur makin pendek
makin dekat dengan ajal
mungkin sebab tu dah takde rasa nak sambut birthday....kot ?
hmmm....
taktau sejak bila tiap kali birthday automatik rasa nak buat benda2 baik
its kind of reminder laaa
hidup kau dah lama dah laghaa zaa
arini cuba kembali kepada fitrah sikit
haaaa, gittewww.....haha


23 tahun hidup
dah macam2 pengalaman aku rasa
tapi tahun 2015/1436 yang lepas ni laa yang paling tough
makin kuat dugaan rupanya bila kita makin meningkat usia ni
kadang2 rasa tak terdaya
sudahlah umur makin dekat dengan kematian
sebab tu lah kadang aku mencari rasional
kenapa orang happy sambut hari lahir ?
apesal ea ?
aku pun happy je bila birthday
dia memang natural feeling ke macam mana ?



apa2 pun, ahkak dah 23 tahun
doakan ahkak berjaya menempuhi dugaan alam fana cinta ini
doakan yang baik2 untuk ahkak
yang penting sekali
doakan ahkak dipertemukan jodoh yang baik2 cepat2 ye dik
ahkak tak boleh ketinggalan jauh sangat dengan abah ahkak
ekekekeeee.....

zazazone©

Thursday 29 October 2015

Diploma dan Ijazah Sains Teknologi Makanan Uitm

Bismillahirrahmanirrahim..

Heyya peeps !

Hari ni tetiba mcm nak share informative point sikit
sebab bila scroll previous post banyak sendu senda seorang zazazone je...haha

seperti yang diketahui, (ayat skema seorang pelajar yang suka subjek bm-penulisan masa darjah 6)
dulu aku pelajar diploma teknologi makanan uitm kuala pilah
dan sekarang adalah pelajar ijazah sains dan teknologi makanan uitm shah alam.

terus terang, dulu masa dapat offer diploma kos ni aku main gamble je pergi
padahal tak minat pun
pergi semata2 sebab tak nak masuk matriks
tapi bila dah belajar, Alhamdulillah, minat tu datang sendiri
walaupun bukan pada semua subjek, tapi tetap minat jugak haha
sebab ?
belajar itu kan fardhu kifayah
dan kos ni banyak mengajar tentang sains makanan
makanan ni sangat penting dalam kehidupan seorang Islam
" you are what you eat "
kos ni bukan semata untuk bagi kau diploma/degree dan keluar mencari kerja
tapi apa yang dipelajari tu boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian
open wide your eyes, then you know what is food industry all about :)

kepada sesiapa yang berminat atau tiba2 dapat tawaran dip tek. makanan uitm
ini senarai subjek yang bakal awak belajar sepanjang 3 tahun,

 Semester 1 :
National Kesatria
Consolidating Language Skill a.k.a English
Fundamental of Islam
Pre Calculus
Basic Chemistry
General Biology
Fundamental Of Physics.


Semester 2 :
National Kesatria II
Preparatory of MUET
Islamic Thought and Civilization
Calculus 1
Biochemistry
Organic Chemistry
General Microbiology



Semester 3 :
National Kesatria III
Basic Analytical Chemistry
Computer and Information Processing
Science & Technology in Islam
Principle Food Engineering
Basic Nutrition
Basic Food Microbiology
English for academic Purpose


Semester 4 :
Computer&Information Processing
Food Hygiene and Legislation
Introduction to Food Chemistry
Principles of Food Preservation
Introduction to Unit Operation


Semester 5 :
Basic Entrepreneurship
Food Processing
Food Analysis
Basic Nutrition
Sensory Evaluation & Food Product Development

Semester 6 :
Practical Training


*kredit to blog classmate uitm dulu... hikhik dan tertakluk pada perubahan dari pihak uitm


tapi dulu macam pernah dengar cerita practical training untuk diploma foodtech ni nak dimansuhkan. tapi tak sure lah. haha. sebab masa aku prktikal dulu lecturer ada bagi borang survey ni setuju tak kalau practical training tu dimansuhkan masa diploma, tapi dibawa ke peringkat ijazah. haruslah kitorang tak setuju. tak adil. biar semua adik2 pun kena habiskan 3 tahun kat diploma jugak...hahahaha

kalau dah prktikal masa diploma tak perlu lagi praktikal masa degree bila sambung foodtech jugak
dan untuk sesiapa yang tak nak sambung degree,
nak kerja terus
kira ada kelebihan laa sebab dia dah pernah praktikal dulu
haaa, gituuuu...

jadi kepada ex-diploma foodtech yang nak sambung degree
korang kena sambung lagi 2 tahun setengah = 5 semester
iya, lama kan
sebab kos degree foodtech ni 4 tahun weh
lepasan dip foodtech akan terus masuk ke semester 3 hingga semester 7
semester 8 practical training takyah pergi dah boleh duduk rumah tunggu surat convo hewhew

degree foodtech ni ada dua minor
1) perundangan makanan islam/ islamic food law(IFL)
2) keselamatan dan kualiti makanan/food safety and quality(FSQ)

minor tu maksudnya macam pengkhususan la
korang boleh pilih nak sambung yang mana satu ikut minat masing-masing
cuma, untuk sesiapa yang ambik IFL, bahasa ketiga wajib ambik bahasa Arab.

nah, aku siap buatkan table haa nak bagi nmpak beza dia...


FSQ
IFL
Semester 3
1.     English For Academic Reading
2.     Malaysian History
3.     Organic Chemistry
4.     Physical Chemistry
5.     Calculus I
6.     Food And Human Nutrition

7) Principle Of Management
7) Introduction To Shariah
Semester 4
1.     Bahasa Ketiga 1
2.     English For Academic Writing
3.     Biochemistry
4.     Physics 1
5.     Theory And Techniques In Analytical Chemistry
6.     Food Preservation
    -
7) Usul Fiqh
Semester 5
1.     Bahasa Ketiga 2
2.     Technology Entrepreneurship
3.     Food Product Manufacturing
4.     Instrumental Analysis Of Food
5.     Food Chemistry 1
6.     Statistic For Science And Engineering
7) Food Quality System And Assurance
7) Ayat And Hadith Ahkam
Semester 6
1.     Bahasa Ketiga 3
2.     Advanced Sensory Evaluation And Product Development
3.     Food Chemistry 2
4.     Food Safety And Toxicology
5.     Project 1
6)Occupational Safety And Health : Industrial Safety
6) Qawaid Fiqhiyyah
Semester 7
1.     Project 2
2.     Introduction To Computer Programming

3) Food Packaging Technology
4) Seminar
5) Halal And Other Religious Food
6) Occupational Safety And Health : Industrial Hygiene
3) Halal Standard Food Law And Sanitation
4)Fiqh And Other Religious Food
5) Muamalah In Islamic Business



ok, basically inilah beza antara dua minor ni
yang subjek lain sama je semua kena belajar
choose wisely ok :)
minta maaf pada lepasan stpm/asasi/matriks dan diploma sains,
hakak tak ada lesson plan untuk hangpa
minta maaf sangat2 naaa

notakaki : hakak amik minor IFL...hewhew...nanti bebila kalo hakak rajin hakak share ye pasal IFL ni..tapi serius IFL best :)

*UPDATE : hakak dah share pasal IFL dekat link pilihan minor ifl ni. Feel free to read !

-zazazone©-

Saturday 21 February 2015

MuDah tErHiBuR..!!!

Salam..

Sekarang ni tengah cuti semester... akhirnya ku temui kebahagiaan abadi...hahahahaaa
Sebulan lebih je cuti, sebab hari tu paper habis lambat, makanya cuti pun pendek je.
Mula2 ingat nak kerja
Tapi memandangkan dah 3 bulan tak jejak rumah
Plus rindu gilaaaaa nak sembang lama2 dengan mak
so tak jadilah nak kerja..haha
sebab kalau kerja balik rumah dah penat, mandi, makan, solat, tidur, bangun tidur, mandi, gosok baju, setting tududng, hai mak, hai abah, salam cium tangan start motor pegi kerja mak aiii gila takde life kau ni...
itulah aku beberapa bulan yang lalu...haihhh


jadi malam semalam keluar melepakkan diri dengan member lama
kawan since sekolah rendah, satu kelas sebenarnya
so memang kamceng laaa
dah tau perangai kita dari dulu macam mana
pendek kata, segala perubahan kita dia memang tau la
bila dah jumpa, aktiviti bahan membahan dah jadi agenda utama
throwback segala bagai takyah cakap la, sentiasa teringat je memasing ni
rindu agaknya nak jadi kecik balik

dan masa tengah2 sembang tu
tetiba sorang member aku tegur
" za, apesal ko senang ketawa ea? lawak tak menjadi pun kau gelak. kau ok tak sebenarnya ?"
aku angkat kening.
oh, ye ke ????
hahahahaaaaa

aku rasa mungkin aku terpengaruh dengan hashtag mudah terhibur kot
sebab tu senang gelak... kehkehkeh

takdelah
aku memang macam ni
sensitif. sangat sensitif.
cepat ketawa, cepat menangis, cepat terasa, cepat terkejut
semuanya cepat
ada masa aku ingat aku sakit jiwa...haha
gila kau tak takut bila tengok movie orang tak gelak, kau gelak sampai keluar air mata
orang cakap cerita tu bosan, kau sebok lap hingus sedih sangat
orang tu cakap biasa2 je, kau dah sentap sampai rasa nak bakar kereta dia
normal ke tu ?

it's all about sensitivity actually
aku gelak sebab aku memang terhibur pun walaupun punchline tak sampai
aku menangis sebab aku jenis mendalami
contoh bila tengok movie sedih, aku akan letak diri aku dalam situasi pelakon tu
macam mana kalau benda tu jadi kat aku ?
dan aku jenis pemerhati
bila tengok cerita atau baca cerita
aku akan perhati semua sekali watak dalam cerita tu
how's the feeling of being someone' mom, dad, brother, friend segala bagai tu
feeling tu penting
haaa, nampak ????
sebab baca bukan sekadar baca, tonton bukan sekadar tonton
value sesuatu cerita yang penting kan ?

one thing for sure, i'm having a problem when it comes to relationship
payah weh bila kau sensitif tak menentu ni
mak aku pun garu kepala...hahaha

dan lagi satu
aku cepat gelak bila jumpa diorang ni sebab aku happy
life aku kat uni susah weh
kawan2 macam korang ni payah nak jumpa
jadi bila korang ada, aku hargai sangat2
aku happy untuk korang
sebab aku tu sentiasa happy je bila korang ada
ok ? ;)

#mudahterhibur