Saturday 21 February 2015

MuDah tErHiBuR..!!!

Salam..

Sekarang ni tengah cuti semester... akhirnya ku temui kebahagiaan abadi...hahahahaaa
Sebulan lebih je cuti, sebab hari tu paper habis lambat, makanya cuti pun pendek je.
Mula2 ingat nak kerja
Tapi memandangkan dah 3 bulan tak jejak rumah
Plus rindu gilaaaaa nak sembang lama2 dengan mak
so tak jadilah nak kerja..haha
sebab kalau kerja balik rumah dah penat, mandi, makan, solat, tidur, bangun tidur, mandi, gosok baju, setting tududng, hai mak, hai abah, salam cium tangan start motor pegi kerja mak aiii gila takde life kau ni...
itulah aku beberapa bulan yang lalu...haihhh


jadi malam semalam keluar melepakkan diri dengan member lama
kawan since sekolah rendah, satu kelas sebenarnya
so memang kamceng laaa
dah tau perangai kita dari dulu macam mana
pendek kata, segala perubahan kita dia memang tau la
bila dah jumpa, aktiviti bahan membahan dah jadi agenda utama
throwback segala bagai takyah cakap la, sentiasa teringat je memasing ni
rindu agaknya nak jadi kecik balik

dan masa tengah2 sembang tu
tetiba sorang member aku tegur
" za, apesal ko senang ketawa ea? lawak tak menjadi pun kau gelak. kau ok tak sebenarnya ?"
aku angkat kening.
oh, ye ke ????
hahahahaaaaa

aku rasa mungkin aku terpengaruh dengan hashtag mudah terhibur kot
sebab tu senang gelak... kehkehkeh

takdelah
aku memang macam ni
sensitif. sangat sensitif.
cepat ketawa, cepat menangis, cepat terasa, cepat terkejut
semuanya cepat
ada masa aku ingat aku sakit jiwa...haha
gila kau tak takut bila tengok movie orang tak gelak, kau gelak sampai keluar air mata
orang cakap cerita tu bosan, kau sebok lap hingus sedih sangat
orang tu cakap biasa2 je, kau dah sentap sampai rasa nak bakar kereta dia
normal ke tu ?

it's all about sensitivity actually
aku gelak sebab aku memang terhibur pun walaupun punchline tak sampai
aku menangis sebab aku jenis mendalami
contoh bila tengok movie sedih, aku akan letak diri aku dalam situasi pelakon tu
macam mana kalau benda tu jadi kat aku ?
dan aku jenis pemerhati
bila tengok cerita atau baca cerita
aku akan perhati semua sekali watak dalam cerita tu
how's the feeling of being someone' mom, dad, brother, friend segala bagai tu
feeling tu penting
haaa, nampak ????
sebab baca bukan sekadar baca, tonton bukan sekadar tonton
value sesuatu cerita yang penting kan ?

one thing for sure, i'm having a problem when it comes to relationship
payah weh bila kau sensitif tak menentu ni
mak aku pun garu kepala...hahaha

dan lagi satu
aku cepat gelak bila jumpa diorang ni sebab aku happy
life aku kat uni susah weh
kawan2 macam korang ni payah nak jumpa
jadi bila korang ada, aku hargai sangat2
aku happy untuk korang
sebab aku tu sentiasa happy je bila korang ada
ok ? ;)

#mudahterhibur