Sunday 3 April 2016

life update...i guess?

bismillahirrahmanirrahim...

heyya gais !

alhamdulillah, sekarang dah masuk semester 6 untuk degree
insha Allah tak sampai setahun dah habis belajar
dah boleh mula cari duit bayar hutang ptptipu yg menimbun tahap boleh bayar cash axia sebijik
dan dah boleh menabung simpanan untuk masa depan anak2 kelak
koh koh koh

sekarang baru masuk minggu ke 5 degree
tapi dia punya bz tu dah macam minggu 10
semua event nak kejar sebelum bulan puasa
presentation proposal FYP, pertandingan food innovation, assignment, presentation subjek lain
quiz, lab report, test setiap minggu
pastu final exam time raya
sadis betul hidup semester ni

last week aku tersalah tengok jadual
sepatutnya dah hantar chapter methodology untuk proposal FYP
tp aku ingat hantar minggu depannya
gelabah gila siapkan dalam masa satu malam !
sedar masa supervisor ingatkan hari khamis petang, dia suruh hntar by 9 am hari jumaat
tak tido weh, take a nap je sejam, minum kopi oldtown bancuh pekat2 2 sachet
lepas subuh tu ade 3,4 kali jugak ah ulang alik toilet sakit perut
dahlah jumaat tu kelas pkul 8 am
memang lalok gila, plus sakit perut yang aku pun konpius
sakit sebab minum kopi, or nak gastrik
masa kelas take 5, berlari kejap pegi cafe beli kuih buat alas perut
habis kelas terus singgah kolej, tumpang internet sambung siapkan methodology tu
last2 give up, jumpa supervisor mengaku salah tengok jadual
nasib baik dia tak marah, cuma nasihat, tapi tetap rasa bersalah
siap advise suruh ada personal schedule
so that boleh arrange masa n hidup lebih teratur
balik rumah, first thing first, terus aku print 2016 planner lawa2,
catat segala assignment, report, quiz, test, cuti siap2
dan kemudian qada' tido straight 14 jam


despite banyak gilaa kerja nak kena setel
time2 macam ni ramai kawan2 lama contact
ada yg tanya khabar, ada yg share masalah, ada yg share pengalaman,
korang pun time2 macam ni lah baru nak cari aku hahaha
sampai aku rasa patutnya dulu aku ambik kos kaunseling, bukan sains
haha... serius doe..
terharu jugak ah sebab diorang sudi share masalah dengan aku
it means they trust me enough, rite ?

itu je kot nak meroyan setakat ni
adik2 foodtech ku sayang
sediakan stock kopi, kerepek pisang, tisu, dakwat printer banyak2
final year susah hoiiiiii
ekekekekeeeeee

zazazone©