Saturday 25 November 2017

Hari Jubah ZazaZOne ^^

Bismillahirrahmanirrahim....

Hai gaisss !!!!!

Lama gila tak menulis.. haha..dah banyak kali bukak blogspot tapi baru taip bismillah tetiba dah mengantuk terus simpan kat draft ekekekee

Kali ni nak cerita pasal hari jubah zazazone...acewah !
Seperti yang korang sedia maklum, alhamdulillah aku dah selamat tamat pengajian hujung bulan Januari 2017 lepas
UiTM ni konvo dua kali dalam setahun.
Sepatutnya kalau yang batch dulu2, tamat bulan Januari, bulan May dah boleh konvo dah.
Tapi disebabkan tarikh tamat belajar dengan tarikh konvo tu pendek sangat, jadi ramailah yang masih tanam anggur dan belum ada rezeki dapat kerja
So benda ni effect reputasi uitm sebabnya masa konvo kita wajib isi form kajian kebolehpasaran graduan
Kiranya nak tengok berapa ramai graduan yang dah kerja, belum kerja ataupun yang kerja sendiri
Dari kajian ni, boleh nilai la graduan universiti sekian2 ni laku kat pasaran kerja atau tidak
Jadi bila jarak masa habis belajar dengan konvo tu dekat sangat, tak sampai 4 bulan pun, jadi nampak macam graduan uitm ni tak laku padahal jarak masa tu pendek gila.
So batch aku ditunda la tarikh konvo tu ke sidang konvo yang bulan Oktober punya.
Jadi ada masa lebih kurang 9 bulan la untuk cari kerja ekekee...

Alhamdulillah, despite macam2 benda jadi lepas habis degree hari tu, aku dah berjaya dapat kerja sebulan sebelum tarikh konvo hoho
Disebabkan kerja, jadi tak dapatlah nak ambik jubah sendiri sobs
Nasib baik ada kakak kat shah alam sana so dia laa wakil yang tolong ambikkan hehe
Makasih bukkk...jasamu dikenang selalu di lubuk hati yang terdalam....

Lepas tu disebabkan mak ayah aku dah pernah tengok aku konvo masa diploma dulu
So yang konvo degree ni diorang langsung tak heran cett
Tapi aku pun tak kisah sangat sebab kalau ikutkan aku pun malas nak pi konvo sebab baru kerja weh,  gaji pun dapat separuh je takde duit nak bayar yuran konvo, kos nak pergi shah alam bagai hahaha
Bayangkan laa weh, almost 8 bulan tanam anggur dia punya level berjimat tu tuhan je yang tahu
Lagipun segala gambar konvo tu dah ada kan jadi macam hmm takpelah

Tapi dasar kakak yang tak sampai hati
Angah aku pujuk laa suruh pergi jugak
Dia kata sekarang memang tak rasa apa karang tengok kawan share gambar konvo haaa baru menyesal
Jadinya beliau bantu sponsor yuran konvo (hehehee)
Dan beliau juga balik kampung ambik aku dengan mak pergi shah alam hehehee lagi sekali
Nasib baik angah memang dah stay Shah Alam so jimat dah duit penginapan takyah sewa hotel bagai an,
Abah tak dapat pergi sebab kerja katanya,
Padahal kerja main2 je pun tapi sebab kesian kat kawan dia tak sampai hati nak cuti
(lepas tu kerja separuh hari je dan selebihnya terpaksa cuti jugak sebab barang nak buat kerja tak ada pastu menyesal tak ikut pi majlis konvo aku agaknya aku ni berdaulat kot ? gurau2...)

Dipendekkan cerita, disebabkan aku mmg dari awal mood ala-ala je nak konvo ni jadi semuanya tak prepare
Baju konvo pun cari last minit (order online pastu besar gila gigih pukul 3am alter sebab dah tak sempat nak tukar size pastu terlebih alter baju jadi ngam-ngam je muat sendu betul aku rasa)
Kali ni dapat sidang pagi, dulu masa diploma dapat sidang petang,
Jadi pukul 7.30 am dah kena berkumpul,
Aku pukul 7.20 am baru terhegeh-hegeh keluar rumah. Nasib baik time tu budak uitm cuti midsem so jalan tak jem.
Kalau tak memang tak konvo laa haku T___T

Angah cuma drop je aku kat DATC tu, memang mak awal2 dah cakap tak masuk dewan.
Sebabnya,
DATC tu 3 tingkat, parents akan duduk kat tingkat 2 dan 3, yang mana nasib baik dapatlah duduk bawah sekali sama level dengan graduan.
Mak aku sakit lutut, masa aku konvo diploma dulu kesian gila mak kena naik tangga sampai tingkat 3 sebab tak tau lif kat mana.
Maklumlah DATC tu besar, first time datang manalah tau kan main ikut je lah orang ramai.
Lepas tu kerusi pulak memang rapat2, aku yang tinggi 165cm je ni pun bila duduk, lutut cecah kerusi depan,
Jadi kalau orang tengah nak pi toilet, satu row tu kena bangun sama sebab memang tak boleh jalan langsung pun.
Abah cerita dulu nak pi toilet pun tahan je sebab malu kan nak minta orang semua bangun.
Jadinya demi keselesaan mak, aku pun ok je mak tak masuk, sebab dah pernah tengok dah dulu and aku dah rasa dah eksaited lambai2 kat mak masa nak turun pentas kohkohkoh

Sebab dah kelam kabut, plus tak prepare, aku pun sesat taktau nak berkumpul kat mana haha
Dah la naik tangga dekat 5 tingkat ( lif penuh, 3 tingkat pertama adalah level parking sahaja sekian), pastu nampak graduan kos lain je semua...haaa sudah...
Nasib baik nampak urusetia, tanya dia batch aku kena beratur kat mana
Dia tanya nombor giliran, aku buat kelakar cakap tak ingat sebab memang tak prepare kan haha,
Cuma bagitau aku fac sains gunaan, kos foodtech,
Rupanya nom giliran aku B, so aku akan masuk dari pintu kiri
Dan masa tu aku dekat graduan yang nombor gilirannya A, yang akan masuk dari pintu kanan.
Jadi adik-adik sekalian, mohon hafal nombor giliran, kalau tak hang malu macam akak hang nih.
Dah satu kerja nak kena merentas halangan segerombolan graduan ni nak pergi ke side sana pulak.
Malu gilaa weh kau kena lalu tengah2 laluan yang orang dah beratur, dah ready complete pakai jubah nak masuk dewan,
Kau tergedik-gedik lagi togel je dengan jubah dalam beg
Nasib baik mekap tebal sikit takdelah malu sangat orang bagi laluan kat itewww hewhew...



Finally jumpa jugak kengkawan aku semua,
Pastu kelam kabut lagi sekali sebab tak reti nak pakai yang layer atas jubah tu, minta tolong classmate pinkan,
Alhamdulillah nampak senonoh jugaklah walaupun tak iron jubah tu.
Majlis start dalam pukul 8.30am macam tu.
Majlis pun berjalan lancar, tapi rasa macam masa konvo diploma dulu lagi best, mungkin sebab first time kan haha
Bila dah second time ni rasa macam biasa2 je hehe..


My favourite kakak ^^

akak ikan masin ekekeke

Bro susah senang

kak aira minda menarikkkkkkk

*uhhh, ada orang call aku !


Akak ANC hehehe

Yuran konvo yang kita bayar tu dah termasuk dengan gambar pentas tau masa ambil skrol,
Meh nak share tips untuk nak gambar cantik masa ambik skrol tu.

Step untuk nak gambar cantik :
1) Alert dengan sticker/nombor dekat pentas. Kalau tak pijak betul atas sticker tu, tak lawa position hang nanti.

2) Jalan rileks2 je. Takyah laju sangat. Emcee akan announce nama berdasarkan pergerakan kita. So take time masa jalan and ambil skrol tu ok. Kena ingat , bagi masa orang yang ambil gambar tu shot gambar kita. Ada 3 keping yang dia bagi, so at least dia akan ambik 3 shot, so please make every shot gambar tu cantik. 3 keping gambar, berbeza size. Nasiblah kalau tetiba shot yang paling tak lawa tu yang dia print paling besaq keh keh keh

3) Masa jalan, tengok muka orang yang bagi skrol tu. Jangan tunduk tengok skrol langsung ! Hulur je tangan, dia akan letak terus kat tangan kita.

4) Masa dia bagi skrol, dia akan cakap tahniah. Time ni kena ingat, cameramen tengah ambil gambar. So, maintain senyum dalam 2 saat macam tu. Ambil masa sekejap. Then baru cakap, terima kasih/thanks.
*bila kita terus cakap terima kasih, takut masa tu dia shot gambar mulut tengah bercakap. so bagi dia shot dulu, maintain muka senyum tu tau. macam aku sebut thanks je, sebab takut gambar buruk. tapi hmmm buruk jugak sebab terlebih sengih dasar memang tak reti sengih hmmm

5) Then nak tunduk hormat dah boleh dah, sebab masa kritikal dah lepas haha. So tunduklah sikit, and baru jalan turun tangga

SETEL !


Nah, 3 keping gambaq

ni beza saiz setiap gambar tu

Close up aku sengih keh keh keh

Gambar ni cuma ambil masa satu hari je siap. Aku konvo pagi ni, pagi esoknya dah siap..

Jubah konvo tu pulak, kalau pulangkan pada hari yang sama dengan sidang konvo, tak perlu bayar. Kalau pulangkan hari esoknya, kena bayar RM2. Kalau pulangkan lusa, kena bayar RM30. Jadi, disebabkan jubah dah ambil seminggu awal, pegilah photoshoot siap2 kalau tak nak kena bayar denda huhu.

Dah happy ambik gambar, aku pun call akak aku suruh ambik. Dia terkejut gila sebab 11.15am dah setel kan. Rupanya diorang kat rumah baru lepas mandi.
Sebab ingatkan majlis habis dalam pukul 12 lebih so kekonon sempatlah nak datang.
Time tu angah cakap kejap nak salam laki dia nak pi kerja, then baru angah datang ambik aku,
Pastu abg ipaq aku buat kelakar weh
Dia pi kerja naik Uber sebab nak bagi angah pakai kereta dia,
Tapi DIA PERGI BAWAK KUNCI KERETA LETAK DALAM POKET !!!
Sebab dah terbiasa ambik kunci kereta sebelum keluar rumah kan
Angah pulak tak boleh nak keluar sebab tak ada kunci
Nak bawak kereta dia sendiri pun tak boleh sebab kereta laki dia dah parking kat belakang, dah block dah,

Aku pulak nak ambik Uber/Grabcar fikir banyak kali sebab time orang sidang pagi balik dan parents yg sidang petang dah sampai kan, memang jammed laluan kat DATC tu.
Plus dah tengah hari, dah letih, lapar dan sakit kepala sebab tak pekena kopi, aku macam blur sorang2 haha
Then abg ipar aku call bagitau takpe dia patah balik bg kunci kereta
Nak tunggu dia patah balik kemain lama, Damansara-Shah Alam 35 minit kot,
Bertabah la aku tunggu sengsorang sampai pukul 2.15pm T___T
Masa bukak pintu kereta eh ada bunga nak pujuk la tu konvo girl terdampar sorang2 haha
Pastu dapat extra gift lagi hehehe

Oleh sebab kekangan bajet dan masa, aku tak ambik gambar studio pun untuk gambar konvo
Lagipun abah tak ada, abang aku pun tak ada, akak aku lagi sorang pun tak dapat join,
Jadi rasa tak best bila tak cukup tu,
So photoshoot dekat rumah angah je laa,
Nasib baik owner rumah dia dulu memang buat landskap rumah konsep Bali,
Senang aku takyah photoshoot jauh2 nak posing macam2 pun tak malu haha



Aku memang teringin gilaaaa nak posing macam ni hahaha


Since takde photographer, terpaksa minta ammar ambikkan gambar
 tapi macam biasalah cap jari dia mesti ada


Bercahaya tak muka ahkak ?

Ammar the musuh ketat




Angah tercayanggggg....


Sekian laa cerita hari jubah seketul zazazone
Moga adik2 foodtech nanti ada panduan la cemana nak menghadapi hari jubah ececeh
Daaaaa..................




-zazazone©-