Saturday, 13 July 2013

kem rakan remaja patriotik 2013

bismilahirrahmanirrahim....

walaupun ni citer lama tapi aku tetap nak hupdate.. hoho
dua minggu lepas aku join satu kem ni
buat mase weekend, jumaat sampai ahad
housemate yg ajak, dapat sijil katanye
disebabkan excited dah lama tak pegi kem
aku pun daftar laa nama.. siap ajak classmate bagai
sekali bila ambik tentatif, rase macam nak menangis
KEM RAKAN REMAJA PATRIOTIK 2013

mula2 rase macam nak sepit kepala kat pintu
tapi redha je laa sebab dah bagi nama kan
kem ni buat dekat kem d'agroloka, jelebu
selain kitorg ade peserta dari politeknik nilai dengan kolej uniti
kem ni memang jauh dari rumah orang, jalan nak masuk pun ngam2 je bas lalu
tapi not bad lah sebab fasiliti semua lengkap
ade dewan, surau, dorm siap katil double decker, dewan makan bagai...
teringat mase kem plkn dolu- dolu.. eheh





siap bawak teddy bear haaa datang kem..

ni dorm rizal.. dorm effa takde. apetah lagi dorm ehsan..

dewan



dipendekkan cerita, my first impression was totally wrong
instead, it was quite interesting actually...
kecuali part ceramah je laa buhsan sikit.. sempat laa mata aku main layu- layu dibuai kenangan..
then banyak aktiviti berkumpulan mcm kembara, malam kebudayaan..
aku rase macam enjoy mungkin sebab kitorg yg dari uitm ni kire paling tua
yang lain baru 18, 19 tahun
so bile ko cakap atau bagi idea diorang akan dengar
haippp, berani diorang nak lawan cakap ahkak..???

antara aktiviti mase kembara kitorang main game caterpillar
sumpah sakit badan main game ni
kena duduk beratur rapat2, kaki peluk org depan, pastu bergerak guna tapak tangan
rase nak tomoi je orang yg cipta game ni
pastu kena bina tiang bendera guna pvc, gntung bendera n nyanyi lagu negaraku
then, bina menara guna lidi
cari barang tersembunyi
kena tangkap 5 jenis haiwan.. okeh, part ni aku hero
dapat tgkap rama2..!!  yay, tepuk2...
sambil2 tu kitorang kena reka syair guna perkataan yg mula dgn huruf J
syaratnye, syair tu kena kelakar
habis keluar semua joyah jonggang jolok jamban bagai... =='

malam kebudayaan tu pulak kena buat persembahan ikut tema yg diberi
kitorang ade 8 kumpulan
setiap kumpulan kena buat 2 persembahan
tema die start dari zaman kesultanan melayu melaka, belanda, portugis, british, jepun, komunis, tunku abdul rahman sampailaa zaman najib tun razak
kumpulan aku dapat tema zaman kedatangan jepun dengan kena jadi penjenayah sulu
sumpah malam tu persembahan semua ohsem giler !!!
especially kumpulan aku laa, kumpulan hitam... hoho
dua orang budak india dlm kumpulan aku berlakon jadi laki bini, anak 4 orang tetibe semua melayu
siap bahasakan diri bapaknye, maknye lagi..
sampai fasi terpakse bagi mic sebab tak dengar dialog diorang
sebab yang lain dah riuh ketawa dengan tepuk tangan
fasilitator pun pandai naikkan semangat kitorang
mane penah aku semangat macam ni weh.. tambah2 part politik
sesungguhnye aku kagum dgn diri sendiri.. :P

sekejap je main2 bagai, lepas tu dah balik
ade laa still keep in touch dengan adik2 ni kan.. hoho
anyway, tak menyesal laa pegi kem tu
one of the best memories ever..
thanks guys.. :)


kumpulan 7.. hitam itu menawan tahu... :P

wakil uitm ;)



Thursday, 27 June 2013

orange cordial by gadis mannissss....

bismilahirrahmanirrahim...

dah minggu ke- tiga kat pilah. dah start rushing dengan macam- macam benda.
awal- awal lagi dah kena cari idea untuk food product development, projek entrepreneurship dengan indipendence study.
3 projek besar kot.. pengsan !
dengan nak kena call kilang sana sini untuk praktikal semester depan.
so far, dah booking dekat kilang biskut kat alor gajah.
nak mintak area jb, tapi most of the food company kat jb tak ambik practical student.
tecik hati titew T___T...

minggu lepas jerebu melandaa.. agak teruk juga tahun ni..
pilah yang selama ni desa indah permai pun terkena tempias jugak..





minggu ni dah masuk makmal. 
untuk subjek food processing, kitorang belajar buat cordial.
actually nak kaji concentration of gum towards the cordial, bukan saje2 nak belajar buat cordial..
kelas kitorang semester ini seratus peratus gadis2 mannis sahaja.
mula2 gelabah jugak sebab tak pernah guna jacketed kettel sebab selalu budak lelaki je yang handle.
jacketed kettel ni macam periuk besar untuk masak air panas..
tapi perempuan pun boleh je buat sebenarnya ( bukan aku la.. haha)
seronok jugak masing2 kumpul masak sama2
tau je la kalo pompuan masuk dapur
riuh satu kampung..

untuk experiment


cordial lebih.. yang ni untuk di bedal secara berjemaah..


girls and camera.. will never be apart...




sedih sebab hari tu pose.. jadi taktau macam mana rasa air ni.
dah la diorang bancuh siap letak ais.. * telan air liur
maka gmbar mereka bersama air oren sejuk tidak di snap memandangkan iman di hati tak berape nak tebal (maklumlah pose sunat, sesuke hati je rase nak berbuka)
aku ambik jugak sikit bawak balik, tapi belum bancuh lagi.
agak2 elok lagi tak ?

duta orange cordial cap makmal processing uitm negeri sembilan..
tepuk kuat sikit... kuat lagi !.. lagi !!

Tuesday, 18 June 2013

awak part 5 ke ?

bismillahirrahmanirrahim...

malam tadi ade perjumpaan blok.
 maklumlah, duduk hostel kenalah merajinkan diri datang aktiviti blok.
bukan ape sangat, sekadar dengar ppp (pegawai pembangunan pelajar) bagi amanat yang mana kalau di translatekan dalam bentuk teks boleh buat satu novel motivasi, kalau ditulis dengan pen boleh habis dakwat pen kilometrico menulis beribu2 perkataan tu..
dekat 2 jam kot ceramah.. selamat dah aku pass berape stage main game manuganu..

last sekali, ketua blok cari sukarelawan untuk aktiviti blok
kalo boleh tak nak student part 5
maklumlah, kan sibuk sikit banyak projek sem 5 ni
kira selamat laa aku kan takyah involve benda ni (mmg tak penah join pun.. heh3)
riuh mulut masing2 dok promote nama member yang part 1,2,3,4 semua tu
sampai lah cik jiran depan rumah ni pandang aku

cik jiran : awak, tak nak jadi sukarelawan ke ?
aku       : eh, tak boleh. kite part 5. sibuk sikit sem ni. ade banyak projek. :)
cik jiran : awak part 5 ke ? serius ?
aku       : a'ah laa.. kte part 5 food tech..
cik jiran : oooo... ingatkan junior. muka muda....
aku      : hihi.... *sengih tayang gigi...


# muka muda.... ngeh ngeh ngeh...