Tuesday, 5 August 2014

Checklist 12 Perkara Wajib Buat Masa Bujang

Salam...

Ohoii, lama gilak tak bukak belog... hahaha..
Lebih kurang 7 bulan kott
dan dalam masa 7 bulan tu dah macam2 benda yang jadi dalam life aku
yang mana tersangat2 lah banyak untuk dikongsi
sebahagiannya :

  1. Alhamdulillah, aku dah berjaya tamatkan program diploma aku dengan izin Allah. Tinggal tunggu nak grad dan tunggu offer ke degree bulan 9 nanti ;)
  2. Dah berjaya dapatkan lesen kereta. Yeahh !! walaupun bahagian 2 terpaksa ulang 2 kali tapi aku tetap bangga..koh koh koh
  3. Berjaya buat partime job sementara nak tungu offer degree. dan dah selamat berhenti kerja jugak atas alasan nak raya puas2..bhahahahahaaaa
  4. Berjaya memantapkan skill bawak motor. Alhamdulillah, akhirnya usaha mendapatkan lesen motor 2 tahun lepas membuahkan hasil apabila kini aku tidak lagi ragu2 untuk ronda2 johor bahru dengan bermotosikal... (moga dikurniakan keberanian yang lebih sikit untuk drive kereta pulak :P )
ok cukup.
sebenarnya motif update belog hari ni adalah untuk share tentang 12 perkara yang wajib buat masa bujang,
memandangkan aku masih bujang, so aku pun buatlah checklist senarai ni. ada yang dah buat, ada yang belum buat lagi. jom cekidaud....

1) Tinggalkan rumah, jangan duduk dengan mak ayah. 
done ! checked !
- aku mula tinggalkan rumah pada umr 16 tahun, jadi 2 tahun duduk asrama sekolah, 3 bulan duduk kem pLkn, 3 tahun duduk kolej kediaman uitm, 4 bulan duduk rumah sewa masa praktikal.
- the point is, once kau dah duduk jauh dari family, kau banyak belajar untuk jadi berdikari. kena campak dekat mana2 pun insha Allah boleh survive.
- pada pendapat aku, masa belajar adalah masa yang paling baik untuk kau tinggalkan rumah dan duduk asrama/rumah sewa. memang banyak gila kebaikan dia especially bab pengurusan kewangan. serius cakap.
- on the other hand, bila dah kerja aku rasa lagi better duduk dengan parents. masa ni diorang dah tua, dah tak larat dah nak kerja kuat. masa ni lah kau nak jaga diorang, belanja diorang, manjakan diorang pulak. sebab masa ni dah ada kemampuan. inilah moment yang kau patut cherish dengan parents kau sebelum kau kahwin. moga aku diberikan kesempatan untuk capai moment tu ;') 

2) Travel.
~ pending ! unchecked !
(done !!!! updated 1/4/2016 - cuti sem bulan januari lepas aku join classmate travel pi pangkor. syok gilaaa hoi pi pulau ni sebenarnya. memang bachelor trip jugak ah sebab yg pegi 13 orang anak dara haha. insha Allah next cuti sem bulan 7 nak pi langkawi pulak hewhew)
- aiyark..me and travel cannot be put in one words.. koh koh koh.. sebab aku adalah seorang budak yang sangat complicated yang hanya bersemangat travel hangat-hangat tahi ayam dan cepat hilang mood dengan benda2 leceh. makanya harus sabar dan tabah hati klau ajak aku travel..herherher..tapi sementara bujang ni aku nak jugak travel sendiri. sekali pun cukuplah ak ? asalkan buat masa bujang...

3) Cari ilmu banyak-banyak-banyak-banyak. 
~ in progressed !
( - Insha Allah, sebab ilmu ni benda yang meluas. setiap hari kita belajar benda baru. sekecik2 benda pun ilmu jugak. selain daripada impian personal achievement aku nak ade degree sekurang2nya, still ilmu2 lain tak boleh nak diabaikan terutama ilmu agama. benda tu nak bawak pi jumpa Tuhan nanti.. ) 

4) Spend duit beli buku.
~ done ! checked !
 ( - ok, yang ni memang dah achieved dah. Sesungguhnya aku adalah peminat buku yang tegar tanpa mengira genre asalkan ianya memikat hati. minat nak baca dan beli buku tu memang dah ade cuma masa je yang tak mengizinkan lagi ni. agak sedih jugak melihat rak dipenuhi buku dimana hampir 1/3 daripada koleksi tersebut masih belum sempat dibaca walaupun sudah dibalut rapi..hmmm.....)

5) Belajar bawak kereta. 
~ done ! checked !
(- Alhamdulillah, dah berjaya dapat lesen kereta pada usia 21 tahun...koh koh koh.. nampak tua di situ. lesen memang dah ada cuma keberanian saja belum ada. mungkin boleh diusahakan dalam masa terdekat..mungkin...hmmm,,mungkin...)

6) Join usrah. 
~ pending ! unchecked !
- benda ni dah lama dalam perancangan cuma...masih belum kesampaian. mungkin masih mencari kumpulan usrah yang sesuai, keberanian untuk terus hadir dan beri komitmen pada kumpulan ni.. sebab nak berubah itu memang mudah, nak istiqamah itu agak payah.. pelan-pelan kayuh.. doakan yang terbaik untuk aku :) 

7) Cuba benda baru. 
~ pending ! unchecked !
- percaya atau tidak aku sebenarnya ade plan nak belajar menjahit... cuma tak berani nak bagitau puan emak sebab mesti kena gelak sebab fail alter jubah sendiri masa raya aritu... hmmm....

8) Berniaga kecil-kecilan.
 ~ pending ! unchecked !
(done ! haha. start dari semester akhir degree sampailah sekarang aku dah berjaya try meniaga baju. boleh usha fb/instagram @dawiya clothing ok :) )
- pernah cuba tapi hajat tak kesampaian...koh koh koh... tapi mesti kena cuba lagi sebab 9/10 sumber rezeki itu kan dari perniagaan. tapi itu tak bermaksud setiap perniagaan tu menguntungkan. mungkin kena belajar lebih detail lagi pasal meniaga ni. insha Allah boleh..

9) Simpan duit dan buat perancangan kewangan.
~ pending ! unchecked !
- sapa taknak simpan duit hoiii. haha.. dah mula buat sikit2...mungkinlah tak banyak tapi yang penting berterusan iye dakk...

10) Jaga kesihatan, awasi berat badan dan banyakkan exercise
~ pending ! unchecked !
- ini semua hanya bersemangat di mulut tetapi tidak di perut..koh koh koh... entahlah, tolonglah bagi2 kata2 semangat kaw kaw sikit kat aku ni. dah bertahun azam nak kurangkan berat badan tak pernah kesampaian...heeeeee

11) Suka apa yang kau buat.
~ done ! checked !
- gentel karipap, baca belog, masak nasi, lipat baju, jemur kain, tengok tv...hmmm, aku suka je apa yang aku buat...hehehehe

12) Cari jodoh.
~ pending ! unchecked !
- cari memanglah cari tapi... haihhh.. payah nak cakap.. haha.. insha Allah, soon.. mungkin Allah nak bagi peluang dan masa secukupnya untuk aku spend dengan family dulu.. jaga dulu yang ada depan mata ni, tunaikan dulu tanggungjawab yang ada ni. sebab diri sendiri pun tau kemampuan setakat ni macam mana. sabar dulu ye, bagi saya bermanja habis habisan dengan keluarga saya dulu.. heheheee

so, in conclusion, banyak lagi yang pending
maka
belum boleh kahwin
ngeh ngeh ngeh

next update bila za ?
berdoalah moga ianya bukan tahun depan...
herherher ^^v


Saturday, 16 November 2013

Food product development for uitm diploma students

bismillahirrahmanirrahim...

salam.. :)

rindu gilak nak merepek meraban kat blog ni. haha.. alhamdulillah, sekarang dah start buat praktikal.. ade allowance, jadi dah mampu nak bayar broadband sendiri. ahak ahak. cuma yang tak berape best line tak berape nak ade kat pasir gudang sane tu. line penuh, tapi takleh nak connect. ramai sangat yang main tarik2 kot. hailoh...

seperti yang dijanjikan, cewah, dulu aku pernah post nak share sedikit sebanyak final project untuk diploma teknologi makanan uitm, especially untuk references my junior la. of course kalo korang rajin google2 maka akan terbukak lah page blog ni. memang saje guna keyword nak bagi senang jumpe. sebab aku dulu pun rajin cari reference kat google, jumpe lah blog senior2. sangat banyak membantu.

ok, firstly aku nak share pasal food product development (fpd) punye projek. dulu aku pernah buat entry pasal projek ni, tapi tu aku tolong member organize untuk senior. sekarang nak cerita pengalaman aku sendiri.

fpd ni adalah projek under subjek food sensory and evaluation, yakni salah satu subjek wajib untuk semester 5 diploma food tech ni. kalo tak salah, projek ni cover 20%, ke 30 % ntah untuk carrymark.(recheck balik sebab semut suka dgn aku.. hoho). dlm projek ni, korang kena fikirkan satu produk makanan yang ade potensi untuk dikomersialkan. tak kisahlah korang inovasikan produk yang sedia ade, atau nak hasilkan terus produk baru. contoh inovasi, convert sos cili dari bentuk liquid ke solid, ala2 cheesedale tu (jgn tiru, ni senior lepas punye projek). contoh produk baru, buat nugget gune hampas soya (pun jgn tiru, senior dah buat).

selalunye produk yg nak dihasilkan tu kena ade novelty@keistimewaan die sendiri, iaitu dari segi raw material@bahan mentah ataupun teknologi yang digunakan. boleh pilih salah satu, nak pilih dua2 lagi bagus. tapi based on pengalaman, aku suggest korang fokus lebih dekat teknologi. sebab teknologi ni cepat tarik perhatian orang, juga perhatian pensyarah, secara tak langsung dapat tarik markah. haaaaa, nampak tak taktik die kat situ....

start dari minggu kedua semester bermula lagi korang dah kena prepare rough idea, then buat simple slide untuk present idea depan lecturer subjek ni. die akan tapis idea korang, bagi komen sikit ataupun reject terus.. wuuuu, part tu sadis. then, korang touch up lagi idea tu dan produce lagi detailed slide presentation untuk penilaian kedua depan lecturer2 food tech yg lain pulak. selalunye dalam minggu ke 5 atau 6 la. my tips, faham betul2 korang punye idea, kos, bahan utama, pasaran ape semua supaya boleh jawab soalan2 lecturer tu. bila diorang puas hati, idea korang pun lulus dan pastu baru boleh proceed untuk masuk session trial and error pulak dekat lab.

mase trial and error ni, semangat dan kerjasama dalam kumpulan kena kuat. sebab korang akan ade 3 final project yang berjalan serentak. memang pening nak bahagi mase, dengan lab report, test dan quiz lagi. jadi masa untuk fokus kat fpd ni memang tak banyak. nak buat produk baru, setakat first trial mana jadi dik. mesti ade terkurang la, terlebih la, ter masin la, ter sedap laa.. pastu lab masak ade satu, nak kongsi satu batch, plus budak part 4 yang tengah ade kelas lagi. memang jawabnye sape cepat die dapat kuali dulu...

COOKING TIME..!!!!!







groupmate feeling2 siang pucu paku.. 

lepas produk dah jadi, korang kena buat food analysis dulu. kena buat experiment untuk nutritional value die untuk letak kat label nanti. apply balik lab food analysis belajar mase part 4 dulu. mase ni buat sendiri experiment tu, takde lecturer nak assist bagai. lab assistant pun tolong sedia bahan dan membahankan korang je. mase ni akan ramai la yang bertapa dekat lab sampai pukul 10 malam. best wooo..

then, tibalah mase fpd punye exhibition. korang kena present idea, bagi sample untuk dinilai oleh pensyarah. lepas di nilai, exhibition akan dibuka kepada semua student pulak untuk datang tengok. antara benda penting kena prepare, display board, pamphletsample produk dengan goodies bag.


briefing session


JUDGING TIME...!!!!


nah, belilah. saya jual sekupang lima duit je ni...


jangan tumpah ! jangan tumpah ! yesssss,, tumpah !!!
cover muke weh.. konon2 candid...
hadiah time !!!! ^^

just for sharing, group aku buat effermint tablet. minuman dalam bentuk tablet, ala2 pnadol soluble tu. raw material kitorang buah kundur, by which kitorang extract jus die then keringkan guna spray dryer untuk convert die jadi bentuk serbuk. lepas tu baru senang nak main tekan2 sampai jadi tablet. memang mase ni si budak laki groupmate aku tu la yang banyak buat keje, sebab ni idea die. kitorang banyak back up die je. alhamdulillah, dapat saguhati. top 5 la jugak mase exhibition tu.. ahak ahak.








to be honest, effect efferverscent die tak berape nak mantap.. tapi kira halal laa ni.. ahak ahak..



the winner of our fpd exhibition. berkat ketua kumpulan die bukak bluetooth doa hari tu.. hoho

setel exhibition !

eh, belum habis lagi dik oii.. haha.. lastly korang kena buat ala2 buku skrap la pasal produk korang tu. hard copy and soft copy(CD). copy je balik semua details kat board presentation korang tu. sempoi je. sehari boleh siap. hantar kat lecturer. then, baru setel fpd project ni. taraaaaa......

itu je la yang mampu aku nak kongsi. sorry kalo terpanjang sangat, sebab kalo pendek bukanlah sharing namanye. dan sorry kalo tak detailed sangat, sebab dah banyak lupe. haha.. feels free to drop a comment. insha Allah, akan cuba jawab sekadar termampu.. :)

Wednesday, 2 October 2013

final exam of semester 5, diploma in food technology

bismillahirrahmanirrahim...

salam to all.. :)

dah lama tak update.. haha.. tak risau sangat sebab tau ade dua orang je yang rajin baca sebenarnye. itu pun dua2 tak aktif blog dah. masing2 nak tutup akaun katanye. janganlaa macam tu. aku buat blog ni pun sebab korang. sob3.. sedih hoii..

alhamdulillah. dah hampir ke penghujung semester 5 di pilah. sekarang tinggal 2 paper je lagi sebelum pulang ke jb, dan ready untuk practical training. insha Allah, bakal buat practical dekat pasir gudang. agak takut sebenarnye sebab practical dekat industri, swasta pulak tu. dengar cerita company ni besar jugak, covering asian part.. tanggungjawab pun mestilah besar ye dak ? kalo tak takkan lah senang2 die nak bagi elaun rm500 free2 macam tu je..elaun banyak tu kira masyuk la untuk budak diploma haha.. mungkin akan diletakkan di bahagian quality assurance.. moga dipermudahkan segalanya insha Allah..

sem 5 ni banyak sangat kenangan. dengan 3 killer final project, test n quiz yang tak pernah habis, lab report yang menimbun.. memang mencabar keimanan betul. kepada sesiapa yang nak sambung diploma dalam bidang sains, nak bagitau korang nanti memang banyak lab report nak kena hantar tiap2 minggu dan mohon bertabah tengok budak kos lain bersenang lenang pada setiap hujung minggu..hah hah hah

ape2 pun, biaq laa aku setelkan final ni dulu. ade banyak gap. lega gak rase walaupun balik paling lambat sebab paper habis lambat. insha Allah, akan update semua aktiviti sepanjang sem 5 ni. sebab ape ? untuk panduan bakal adik2 diploma teknologi makanan ni jugak. sebab aku sendiri banyak refer blog senior2 untuk cari tempat praktikal, siapkan indipendent study ape semua tu. moga2 ade laa sikit manfaat blog ni untuk masyarakat. dapat jugak menyumbang saham di akhirat sane.. ecehh...

till then, daaaaaa... ~ ^^v

semalam pi jeram tengkek. mase final pun boleh suka hari riang ria gembira.