Bismillahirrahmanirrahim…
Heyya gaiss.. sejak dah 2 bulan duduk rumah makan tidur ni
memang terasa bosan nyaa lah hai.. banyak pulak perancangan sampai raya tahun
ni. Makanya ada kemungkinan lepas raya barulah aku ni kerja bebenor alahai....
Kali ni nak share trip percutian bajet #makeithappen bebudak
classmate uitm ni. Disebabkan ini trip terakhir bergelar student, so masing2
setuju nak pilih pulau perhentian. Memang eksaited sangat2 hoii sebab ni pulau
idaman aku dari dulu lagi. Kekonon nak pergi untuk honeymoon tapi takpelah dah
cancel sebab plan baru nak honeymoon kat Taj Mahal ekekekekee
Ucapan terima kasih harus diberikan kepada air asia sebab
selalu buat promotion 6 bulan awal untuk menggalakan rakyat malaysia merancang
percutian (haaa kau ayat pembaca berita aku bagi), makanya dapatlah kitorang
merasa lagi sekali tiket flight murah. Dari KLIA2 – Kota Bharu cuma RM10 je
sehala. Kitorang pergi 8-10 Mac, hari rabu sampai jumaat. Memang sengaja ambik
weekdays sebab tak nak bertembung dengan trip honeymoon dan lagi best students pun
dah start kelas masa tu hahaha. Masa nak pergi ni takut jugak sebab kL dengan
jB memang hari2 hujan lebat siap banjir lagi. Alhamdulilah cuaca panas terik
sepanjang kitorang dekat perhentian tu, cuma last day tu je hujan lebat lepas
subuh sampai pukul 7 pagi.
![]() |
tak baik ohh tipu orang first time naik kapal terbang. kesian weh hani percaya naik kapal terbang kena bukak kasut. |
Flight ke Kota Bharu pukul 6.20 am. So malam tu semua dah
berkumpul kat airport. Kekonon je memasing nak tidur kat surau tapi dua tiga
orang je yang lena sebab aircond sejuk gilaaa. Sebenarnya ada 3 orang yang
cancel trip last minit sebab ada hal, so ada 3 seat kosong la sebab flight dah
tempah awal kan. Kesian cik aira minda menarik terpaksa duduk sorang so aku pun
tukar lah seat duduk sebelah dia. Masa stewardess check kantoilah aku tukar
tempat duduk tapi nasib baik dia lepak je, cuma orang belakang terlebih kepochi
siap intai2 kepala haaa. Nasib baik aku tak duduk tempat asal aku sebab
ghupanya dua2 yang sebelah aku tu lelaki. Ahahahaa terlepas jodoh… Pastu kekonon
plan nak menikmati sunrise tapi rupanya sunrise tu kat bahagian tingkap seat
sebelah sana koh koh koh..
Kali ni kitorang ambik pakej daripada Samudra Beach Chalet. Berapa
harga pakej ni?? Scroll bawah sekali hahaa… Pakej ni termasuk :
- · van pergi balik Kota Bharu-Kuala Besut
- · speed boat pergi balik jeti kuala besut-perhentian,
- · bilik penginapan, satu bilik 4 orang (aircond and electric 24 hour)
- · sarapan x2, mkn tengahari x2, mkn malam x1, bbq x1
- · snorkeling with equipment to 5 point
- · sight seeing ( perkampungan nelayan, kincir angin, romantic beach)
*Hati2 dengan pakej over murah
sebab normally pakej tu korang kena duduk bilik konsep dorm toilet kat luar,
takde aircond cuma kipas je, lepas tu elektrik cuma ada waktu malam je sebab
nak jimat so siang engko kena keluar tak boleh duduk bilik sebab panas ya amat,
makanan yang disediakan pulak foreigner a.k.a buruh binaan yang masak. Ni
pengalaman kawan aku sendiri yang pergi pakej rm200++. Last2 diorang tak makan
pun makanan yg disediakan tu pastu pi beli makanan kat tempat lain. Tapi ni
perempuan la cerita dia memang cerewet sikit kan especially bab toilet kat luar
tu nak jaga aurat lagi. Kalau lelaki korang memang takdak hal punya.
![]() |
touchdown Kota Bharu !!!! |
Pukul 7.30 am kitorang selamat sampai kat airport Kota Bharu.
Sampai2 je driver van a.k.a Pok Teh dah siap pegang kertas nama trip kitorang
ececeh acah2 pelancong sangat tau. Lepas tu tunggu mek thiah dengan mek ziha
tak sampai lagi biasalah yang duduk dekat ni memang standard dia paling lewat
sampai. Time ni semua dah start lapar pastu mengorek bekal masing sementara nak
tunggu mek2 tu sampai. Laku karipap alis, ciskek mira, siap ada sapa ntah tapau
Mr.Dakgalbi tak boleh blah. Nasib baik mek yang sampai lewat tu tapau kuih
untuk sarapan. Maka dah cukup 11 orang maka bergeraklah kitorang.
*yang tapau Mr.Dakgalbi tu fath, dia nak kredit nama dia
*yang tapau Mr.Dakgalbi tu fath, dia nak kredit nama dia
On the way tu
request nak sarapan nasi kerabu, nasib baik pok teh lepak je singgah kedai tepi
jalan. Aku tak makan sebab kenyang lagi makan kuih2 mek thiah dengan ziha
bawak. Masa makan tu, tiba2 bahu mira kena cuit dengan sorang lelaki ni. Lelaki
tu angkat tangan tunjuk 10 jari dia, macam nak mintak something yang jumlahnya
10. Kitorang mula2 pelik jugak dia ni siapa nak apa ? nak RM10 ke ? Pastu semua
pandang sesame sendiri dan buat2 tak nampak. Tak lama lepas tu lelaki tu blah,
umur dia macam 30-an la. Lepas je dia blah semua hela nafas weh seram gila laki
tu sapa nak apa apesal dia datang meja kitorang je tak pergi meja lain pun
lepas tu orang lain boleh pandang je time kitorang tengah gabra tu kan. Mira
boleh cakap, ‘apesal dalam ramai2 ni dia cuit aku weh?’. Dahlah mira duduk
sebelah aku !!! Kalau aku yang kena cuit
dah telefon abah nangis2 agaknya cakap kena harassment bapak ah seram gila.
*fath cakap sebenarnya ada pakcik belakang kitorang bagi duit kat laki tu, lepas tu baru dia blah. fath syak dia OKU.
*fath cakap sebenarnya ada pakcik belakang kitorang bagi duit kat laki tu, lepas tu baru dia blah. fath syak dia OKU.
Perjalanan ke jeti Kuala Besut tu lebih kurang sejam. Pok Teh
tu nampak je kecik, bawak van kemain laju hoii. Segala double line semua dia
langgar. Dahlah jalan berbukit2. Aku pulak masa tu memang mengantuk gila satu
malam tak tidur kan, terlelap la jugak dalam van tu walaupun selang 5 minit
kepala terhantuk kat tingkap. Sedar2 je tudung sekali dengan anak tudung dah ke
depan sampai tak nampak masa depan. Kalau orang nazak naik van Pok Teh confirm
sempat mengucap dekat hospital.
Sampai kat jeti lebih kurang pukul 10 am, kitorang daftar
dulu dengan agent Samudra Chalet ni. Tunggu lebih kurang setengah jam macam tu,
kitorang pun gerak ke jeti dan bayar RM 5 untuk charge marine park amenda ntah
pastu terus di bawa naik speed boat. Dalam bot ni mula2 aku dengan aira duduk
dekat seat depan driver tu kekonon boleh sandar. Tapi ombak memang kuat gila
sebab lalu tengah laut kan. Bila bot tu terhentak memang sakit gila weh
terjerit2 aku dengan aira. Hentakan tu rasa sampai ke jantung dia punya dasyat.
Tapi tengok orang lain ok je, kitorang je yang over sakit. Rupanya sebab
kitorang sandar, so satu badan kitorang absorb hentakan tu. Bila test duduk
tegak tak sandar serius takdelah sakit mana pun. Padan muka sendiri kekonon nak
selesa hahaha. Perjalanan naik speed boat tu lebih kurang 40-50 minit. Kalau
tak mengenangkan atas bot memang layu jugaklah mata kena angin laut.
Samudra Beach Chalet ni dekat perhentian besar. Jadinya ada
jeti kecik kat situ so tak perlu terjun laut air paras pinggang sambil junjung
beg macam pergi perhentian kecil so bolehlah bawak luggage macam kitorang
ekekeke. Masa sampai sini rasa takleh bernafas sebab cantiknyaaa air laut dia
jernih gilaa weh ! Maafkanlah kejakunan anak bandar sorang ni yang suka laut
tapi terpaksa redha dengan tahap kekeruhan air laut dekat Stulang Laut JB sana
sebab itu je laut yang paling dekat dengan rumah. Daripada speed boat tadi
kitorang pindah masuk lagi satu bot yang kecik sikit, mungkin speed boat tu
takleh lalu air cetek. Bot kecik tu pulak kemudiannya bawak kitorang sampai
jeti. Don’t worry tak ada tambah duit apa2 korang ikut je cakap pakcik bot tu.
![]() |
Senyum muka tak mandi pagi |
Kitorang check in pukul 12 tengahari. Kat sini tak ada line
telefon lain kecuali Celcom. Line lain semua jadi roaming. Ada disediakan wifi
kena mintak kat reception tapi aku masuk password harem takleh access haha.
Masa masuk bilik tu buat kelakar pulak dah tiba2 tak ada elektrik, ada problem
sikit masa tu. Tapi kitorang bedal je bukak tingkap, selak sikit langsir pastu
mandi, solat and tidur. Bilik dia just nice je ada kelengkapan basic macam
katil, meja solek dengan almari. Nak iron, sejadah apa semua kena pi mintak kat
reception. Tapi dinding dia nipis jugaklah tahap orang sebelah angkat takbir
nak solat pun kau boleh dengar. Pukul 2.30pm pergi makan tengah hari. Sedap
masakan diorang, don’t worry memang orang melayu yang masak. Portion pun
banyak, memang kenyang siap boleh ratah lauk lagi.
![]() |
Gambar bilik- aku ambik kat google tapi ni lah rupa dalam bilik tu |
![]() |
cik minda menarik ehem ehem |
Pukul 4 petang kitorang naik bot untuk trip sight seeing tu.
Mula2 pergi perkampungan nelayan, tengok life penduduk kat sini. Ada sekolah,
balai polis, rumah2 semua. Kalau korang nak tapau jajan ke, makan malam ke
boleh beli kat sini. Aku beli 100 plus je sebab rasa badan macam lemah2 je tak
cukup tidur rasa nak demam semua ada. Kitorang jalan2 gitu je sebab taktau nak pi mana haha. Dalam 40 minit macam tu, bot datang balik
bawak pergi kincir angin.
Disebabkan tangga ke kincir angin tu dah roboh, so kenalah
hiking sikit. Brother bot tu tunjukkan laluan and bagi masa lebih kurang 1 jam
40 minit la kat situ. Aku pernah baca blog fatin liyana dia kata track tu
takdelah susah sangat even dia sendiri pun hiking pakai selipar dengan kain
lagi. Yelah fatin tu fit memanglah tak susah bagi dia hahaha. Trip kitorang ni
ada macam2 size so slow la sikit pendakian tu tak sampai hati nak tinggalkan yg
lain. Memang habit aku dari zaman sekolah dulu kalau jungle trekking mesti aku
duduk belakang sekali, macam ada kewajipan make sure semua orang ada depan aku
acah2 ketua sangat jaga anak buah hahaha. Pastu hiking pulak pakai selipar je
masing2 memang mencabar jugaklah sebab ada sesetengah part tu licin. So, better
korang pakai kasut bawak kalau nak pergi sini untuk lebih selesa dan selamat.
Setiap mat salleh yang turun kitorang tanya jauh lagi ke saja
nak ramah mesra plus dengan harapan cepatnya berakhir penderitaan. Korang tegur
je mat salleh ni semua serius memang ramah and polite. Nasib baik aku beli 100
plus tadi weh tak sangka penat jugak rupanya hiking dia. Lebih kurang 30 minit,
sampailah kat puncak tu. Dah sampai sana betul la kata uncle mat salleh tu,
‘you’ll love the view, its so fantastic…’
![]() |
cantikkkk gilaaaaaaaaaaa |
![]() |
Dasar seorang fath masa kau tengah kepoh2 laa dia pi ambik gambar |
Lebih kurang pukul 6.30 am, kitorang pergi pulak ke Romantic
Beach untuk tengok sunset. Kecik je pantai dia tapi pasir putih melepak gila
kalah ed sheeran. Kalau orang honeymoon mungkin enjoy la moment ni tapi dasar kitorang
semua tak romantic langsung pi bantai mandi2 ambik gambar macam2 aksi dan
tengok gitu2 je sunset tu koh koh koh
Malam tu cuma pergi makan dan aktiviti bebas. Kitorang siap lambat sikit sebab balik dari romantic beach tu pun dah maghrib kan. lepas tu gilir2 mandi solat apa semua jadi pukul 8.40 pm tak pi makan lagi padahal pukul 8 dah boleh pi makan dah. Gigih pekerja dia datang ketuk pintu bilik tanya, " tok gi make ko?" Malunya laa hai anak dara makan berjemput...
Waktu malam dekat perhentian besar ni hambar sikit, tak meriah macam perhentian kecil siap ada unggun api persembahan itu ini kan. Kat sini memang sunyi je. Kitorang pun semua tidur awal qada balik tidur yang semalam. Sebelum tu urut kaki dengan minyak angin nak bagi surut lenguh hiking tanpa warm up siang tadi huhu.
Waktu malam dekat perhentian besar ni hambar sikit, tak meriah macam perhentian kecil siap ada unggun api persembahan itu ini kan. Kat sini memang sunyi je. Kitorang pun semua tidur awal qada balik tidur yang semalam. Sebelum tu urut kaki dengan minyak angin nak bagi surut lenguh hiking tanpa warm up siang tadi huhu.
Hari kedua bermula pukul 9 pagi lepas sarapan, kitorang pergi
snorkeling. Lupa dah point pertama tu apa, tapi kat tepi pantai je. Abang bot
tu cakap tempat ni untuk praktis dulu sebab tak semua orang pernah snorkeling
kan. Masuk2 je rasa seronok sangat sebab air jernih gila ikan pun banyak. Beza
sangat dengan snorkeling masa kat Pangkor dulu, air keroh ikan pun tak berapa
nampak. Sayangnya tak ambik gambar kat sini cuma video je itu pun untuk
tontonan sendiri je haha. Paling best bila nampak ikan nemo tu. Kecik dan comel
je. Tapi ikan tu dekat bawah, kitorang pulak terapung pakai life jacket sebab
memasing harem tak reti berenang so tak dapatlah nak tengok dekat2.
Nah, belanja video sikit masa kat sini,
Next point, kitorang pergi tengok turtle pulak. Tempat tengok
turtle ni kat tengah laut bukan tepi pantai jadi kena berani sikit lah. Masa
atas bot dah nampak bayang2 turtle tu kat tepi bot so kitorang pun teruslah
terjun. Tapi laju gila natang ni berenang tak nampak apa dalam air tu biru je.
Lepas tu dengar orang bot sebelah cakap ada turtle kat side diorang kitorang
pun kayuhlah berenang ke sana tapi tak nampak. Lepas tu bebudak yang tak turun
kat atas bot ni cakap nampak kat seberang sana pulak tak larat dah nak berenang
masa tu. Nasib baiklah abang bot ni memang baik, dia yang tarik kitorang pergi
side sana so kitorng paut je dekat pelampung tu ramai2. Power gila ah abang tu tarik kitorang 6 orang hokeh. Tapi tak ada rezeki
still tak nampak jugak. Abang bot yang baik hati tu pun patah balik sorang2
ambik bot pastu kutip kitorang yang terapung kat tengah alam tu.
![]() |
Terjun nak tengok penyu, penyu tak ada.... !!! |
Next point ni namanya Coral Bay kot? Sungguhlah aku tak ingat
main terjun je haha. Kat sini lagi banyak batu karang/coral dan ikan berbanding
point pertama tadi. Tapi kitorang semua pernah ada pengalaman pahit dengan
coral ni masa dekat Pangkor habis kaki semua luka2 dan calar sebab coral ni
tajam gila tau tak boleh pijak langsung. So kitorang cuma snorkeling dekat
tepi2 je tak berani nak pergi tengah2 in case terpijak coral tu. Nampaklah ikan
duduk kat celah2 coral tu tengah cari makan, ada bentuk macam gua sikit dalam
dan gelap je. Takut jugaklah sebab dalam air tu dah lah sunyi mulalah terbayang
benda bukan2 keluar dari situ hahaha. Masa ni rupanya bateri camera yicam tu dah habis so penatlah rakam video dalam air padahal takdak rakam pun kahkahkah. Tak dinafikan memang penat berenang even
pakai life jacket sebab kena kayuh lawan ombak semua. Patutlah aku baca blog
semua cakap takyah ambik point banyak sangat untuk snorkeling ni sebab penat.
So bawaklah air masak, coklat ke, roti ke untuk topup balik tenaga engkorang.
Next, pergi ke Shark Point pulak. Mula2 pergi kat point
pertama ni tapi driver bot kat situ geleng2 kepala cakap takdak shark. Pastu
abang bot tu cakap takpe kita pergi point lagi satu tapi ombak kuat sikitlah
takpe ea? Kitorang pun ok je. Sampai je kat situ adalah 3,4 bot lain tapi tak
ramai pun yang terjun ada 5,6 orang je yang turun. Kitorang pun tak turun semua
sekali ada yang dah penat. Atau mungkin diorang tu ada yang period kot takut
encik shark tahu rahsia dia heheheheeeeee. Terjun kat sini pun sama macam
turtle point tu, kawasan laut dalam dan kaki memang tak cecah bawah. Ombak
memang maha dasyat, dahlah goggle aku buat hal tetiba masuk air, aku pulak
pakai lens kan cari penyakit tu nama dia, pastu masa nak lap kena tolak dengan
ombak terumbang ambing la jugak siap bayangkan macam manalah orang yang lemas
kat tengah laut tu kena pukul ombak kan. Serius memang kuat gila sampai abang
bot tu bagi pelampung suruh kitorang paut.
*mira cakap ekceli dia yang mintak pelampung tu tapi semua sibuk nak paut hahaha
*mira cakap ekceli dia yang mintak pelampung tu tapi semua sibuk nak paut hahaha
Macam biasa abang bot yang baik hati
tu yang menyelam, pastu dari mana ntah dia dapat bangkai ikan dia carik2 isi
dia nak tarik perhatian shark tu. Ikan2 yang lain pun berkumpul kat area situ
semua berebut nak makan isi bangkai ikan tu. Ganas ikan2 kat sini, bagi roti
pun kemain gangster diorang sambar. Pastu abang bot suruh kitorang menyelam.
Nampaklah ada seekor shark, anak shark kot saiz sederhana je tak sampai 1 meter
pun ada berenang kat situ. Nasib baik kecik, kalau besar ketaq jugak ah haha.
Tak lama lepas tu nampak lagi sekor, besar sikit dari yang tadi. Alhamdulillah
ada rezeki nampak shark kitorang pun naiklah bot balik.
Last sekali, point terakhir pergi Lata Berani. Dekat sini tak
ada apa2 pun, cuma ada air mata air je. Tapi air dia sejuk sangat macam air
peti ais. Abang bot tu bagi kitorang gayung untuk cedok air tu buat bilas
badan. Memang sejuk sampai ke tulang sum-sum dan segar sangat. Lepas tu posing2
ambik gambar sebab view boleh tahan lawa. Lepas tu balik semula naik bot.
Kitorang sampai ke chalet lebih kurang pukul 2 petang. Terus
je makan tengah hari dengan baju basah tu sebab kalau nak tunggu balik bilik
tukar baju mandi dulu mau pukul 4 tak makan lagi. So petang tu semua tidur
sebab penat. Dalam pukul 6.30 pergi balik mandi laut last sekali sebab esok
pagi dah nak balik dah. Malam tu pulak makan BBQ. Diorang dah siap bakar
kitorang tinggal makan je. Jangan high expectation sangatlah bila dengar word BBQ tu haha. Diorang cuma bakar ikan kembung balut daun pisang, ayam dengan
sotong besar cicah cili kicap makan dengan nasi putih. Oklah tu merasa jugak
makan bakar2.
Esoknya pukul 7.30 am kitorang dah sarapan sebab ambik trip
balik pukul 8 am. Memang ambik trip awal sebab plan nak singgah pasar siti
Khadijah sebelum ke airport hehe. Memang punctual jugaklah bot sebabnya trip
pertama dari perhentian-jeti kuala besut memang pukul 8am pun, dan trip pertama
jeti kuala besut-perhentian pulak pukul 9 am. So ngam2 je timing tu kan makanya
please be punctual jugak dan ikut masa pakcik bot ni sebab banyak pahala kita
memudahkan urusan orang lain. Dengan berat hati terpaksalah meninggalkan
perhentian ni. Rasa tak cukup je 2 hari dan memang terus berazam dah time tu
aku nak datang sini lagi. Cancel la plan nak pergi Taj Mahal tu, tukar pi
perhentian balik haha. Sampai je kat jeti kuala besut punyalah ramai ummat
tengah tunggu bot. Sebab hari Jumaat kan, dah weekend so memang ramai la. Beza
gila kitorang waktu sampai sunyi sepi tak ada orang langsung hahaha.
![]() |
Bye bye perhentian ada jodoh kami bawak jodoh datang lagi |
Sekian, tamatlah sudah trip perhentian kitorang. So harap2
entry kali ni membantu untuk siapa2 yang plan nak pergi perhentian, especially
under Samudra Beach Chalet punya pakej. Aku bagi 4/5 bintang la untuk total
pakej dan servis diorang dengan bayaran RM 390 untuk setiap seorang. Mungkin
agak mahal sikit tapi memang selesa
penginapan, snorkeling trip, transportation dan especially makanan memang puas hati
air semua cukup manis makanan pun cukup rasa. Sebab yang pergi ni semuanya
perempuan jadi memang particular sikit la bab2 keselesaan ni haha.
*again, fath cakap dia dah search inilah pakej paling murah paling berbaloi paling banyak good feedback dari member2 dia yang kaki travel. banyak pulak nama kau fath dalam entry nih..
*again, fath cakap dia dah search inilah pakej paling murah paling berbaloi paling banyak good feedback dari member2 dia yang kaki travel. banyak pulak nama kau fath dalam entry nih..
till then, pergilah melancong segalanya ada di Malaysia
ekekekee
-zazazone©-
beshnya tgk tmpt2 dia..resort tu mnghadap laut ke?
ReplyDeleteCantik juga ye pulau perhentian ni. Pengalaman manis bersama kawan2 👍
ReplyDelete