Thursday 27 June 2013

orange cordial by gadis mannissss....

bismilahirrahmanirrahim...

dah minggu ke- tiga kat pilah. dah start rushing dengan macam- macam benda.
awal- awal lagi dah kena cari idea untuk food product development, projek entrepreneurship dengan indipendence study.
3 projek besar kot.. pengsan !
dengan nak kena call kilang sana sini untuk praktikal semester depan.
so far, dah booking dekat kilang biskut kat alor gajah.
nak mintak area jb, tapi most of the food company kat jb tak ambik practical student.
tecik hati titew T___T...

minggu lepas jerebu melandaa.. agak teruk juga tahun ni..
pilah yang selama ni desa indah permai pun terkena tempias jugak..





minggu ni dah masuk makmal. 
untuk subjek food processing, kitorang belajar buat cordial.
actually nak kaji concentration of gum towards the cordial, bukan saje2 nak belajar buat cordial..
kelas kitorang semester ini seratus peratus gadis2 mannis sahaja.
mula2 gelabah jugak sebab tak pernah guna jacketed kettel sebab selalu budak lelaki je yang handle.
jacketed kettel ni macam periuk besar untuk masak air panas..
tapi perempuan pun boleh je buat sebenarnya ( bukan aku la.. haha)
seronok jugak masing2 kumpul masak sama2
tau je la kalo pompuan masuk dapur
riuh satu kampung..

untuk experiment


cordial lebih.. yang ni untuk di bedal secara berjemaah..


girls and camera.. will never be apart...




sedih sebab hari tu pose.. jadi taktau macam mana rasa air ni.
dah la diorang bancuh siap letak ais.. * telan air liur
maka gmbar mereka bersama air oren sejuk tidak di snap memandangkan iman di hati tak berape nak tebal (maklumlah pose sunat, sesuke hati je rase nak berbuka)
aku ambik jugak sikit bawak balik, tapi belum bancuh lagi.
agak2 elok lagi tak ?

duta orange cordial cap makmal processing uitm negeri sembilan..
tepuk kuat sikit... kuat lagi !.. lagi !!

Tuesday 18 June 2013

awak part 5 ke ?

bismillahirrahmanirrahim...

malam tadi ade perjumpaan blok.
 maklumlah, duduk hostel kenalah merajinkan diri datang aktiviti blok.
bukan ape sangat, sekadar dengar ppp (pegawai pembangunan pelajar) bagi amanat yang mana kalau di translatekan dalam bentuk teks boleh buat satu novel motivasi, kalau ditulis dengan pen boleh habis dakwat pen kilometrico menulis beribu2 perkataan tu..
dekat 2 jam kot ceramah.. selamat dah aku pass berape stage main game manuganu..

last sekali, ketua blok cari sukarelawan untuk aktiviti blok
kalo boleh tak nak student part 5
maklumlah, kan sibuk sikit banyak projek sem 5 ni
kira selamat laa aku kan takyah involve benda ni (mmg tak penah join pun.. heh3)
riuh mulut masing2 dok promote nama member yang part 1,2,3,4 semua tu
sampai lah cik jiran depan rumah ni pandang aku

cik jiran : awak, tak nak jadi sukarelawan ke ?
aku       : eh, tak boleh. kite part 5. sibuk sikit sem ni. ade banyak projek. :)
cik jiran : awak part 5 ke ? serius ?
aku       : a'ah laa.. kte part 5 food tech..
cik jiran : oooo... ingatkan junior. muka muda....
aku      : hihi.... *sengih tayang gigi...


# muka muda.... ngeh ngeh ngeh...




Tuesday 11 June 2013

semester 5..

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah sampai ke semester 5 aku dekat sini.
cepat sangat kan mase berlalu..
rase baru semalam datang kuala pilah, menikmati panorama ayam itik kambing lembu terkedek- kedek tepi jalan.. * cliche sangat..

semalam hari pertama pegi kelas
semangat weh dah part 5 pegi kelas awal- awal
selalu junior je yg rajin datang semua kelas minggu pertama ni
alahai, tomey2 je adik ahkak.. poie pekan kualo pilah tu pun pakai kad student haa..
takpelah dik, ahkak pun dulu pernah buat jugak.. keh3

pointer sem lepas jatuh gedebuk jugaklah
tapi alhamdulillah, semua pass.. takde repeat..
memang agak down jugaklah nak start new sem ni
sebab tu sepanjang cuti hari tu memang enjoy puas- puas
tak fikir langsung pasal persediaan untuk sem ni
konon nak mengubat hati yang luka lara
eceh...
tapi sekarang dah ok
dah semangat balik
weeeeeeeeeeeee.... ^^v

doakan yang terbaik untuk aku..
dan untuk anda juga..
peace..