Thursday, 29 October 2015

Diploma dan Ijazah Sains Teknologi Makanan Uitm

Bismillahirrahmanirrahim..

Heyya peeps !

Hari ni tetiba mcm nak share informative point sikit
sebab bila scroll previous post banyak sendu senda seorang zazazone je...haha

seperti yang diketahui, (ayat skema seorang pelajar yang suka subjek bm-penulisan masa darjah 6)
dulu aku pelajar diploma teknologi makanan uitm kuala pilah
dan sekarang adalah pelajar ijazah sains dan teknologi makanan uitm shah alam.

terus terang, dulu masa dapat offer diploma kos ni aku main gamble je pergi
padahal tak minat pun
pergi semata2 sebab tak nak masuk matriks
tapi bila dah belajar, Alhamdulillah, minat tu datang sendiri
walaupun bukan pada semua subjek, tapi tetap minat jugak haha
sebab ?
belajar itu kan fardhu kifayah
dan kos ni banyak mengajar tentang sains makanan
makanan ni sangat penting dalam kehidupan seorang Islam
" you are what you eat "
kos ni bukan semata untuk bagi kau diploma/degree dan keluar mencari kerja
tapi apa yang dipelajari tu boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian
open wide your eyes, then you know what is food industry all about :)

kepada sesiapa yang berminat atau tiba2 dapat tawaran dip tek. makanan uitm
ini senarai subjek yang bakal awak belajar sepanjang 3 tahun,

 Semester 1 :
National Kesatria
Consolidating Language Skill a.k.a English
Fundamental of Islam
Pre Calculus
Basic Chemistry
General Biology
Fundamental Of Physics.


Semester 2 :
National Kesatria II
Preparatory of MUET
Islamic Thought and Civilization
Calculus 1
Biochemistry
Organic Chemistry
General Microbiology



Semester 3 :
National Kesatria III
Basic Analytical Chemistry
Computer and Information Processing
Science & Technology in Islam
Principle Food Engineering
Basic Nutrition
Basic Food Microbiology
English for academic Purpose


Semester 4 :
Computer&Information Processing
Food Hygiene and Legislation
Introduction to Food Chemistry
Principles of Food Preservation
Introduction to Unit Operation


Semester 5 :
Basic Entrepreneurship
Food Processing
Food Analysis
Basic Nutrition
Sensory Evaluation & Food Product Development

Semester 6 :
Practical Training


*kredit to blog classmate uitm dulu... hikhik dan tertakluk pada perubahan dari pihak uitm


tapi dulu macam pernah dengar cerita practical training untuk diploma foodtech ni nak dimansuhkan. tapi tak sure lah. haha. sebab masa aku prktikal dulu lecturer ada bagi borang survey ni setuju tak kalau practical training tu dimansuhkan masa diploma, tapi dibawa ke peringkat ijazah. haruslah kitorang tak setuju. tak adil. biar semua adik2 pun kena habiskan 3 tahun kat diploma jugak...hahahaha

kalau dah prktikal masa diploma tak perlu lagi praktikal masa degree bila sambung foodtech jugak
dan untuk sesiapa yang tak nak sambung degree,
nak kerja terus
kira ada kelebihan laa sebab dia dah pernah praktikal dulu
haaa, gituuuu...

jadi kepada ex-diploma foodtech yang nak sambung degree
korang kena sambung lagi 2 tahun setengah = 5 semester
iya, lama kan
sebab kos degree foodtech ni 4 tahun weh
lepasan dip foodtech akan terus masuk ke semester 3 hingga semester 7
semester 8 practical training takyah pergi dah boleh duduk rumah tunggu surat convo hewhew

degree foodtech ni ada dua minor
1) perundangan makanan islam/ islamic food law(IFL)
2) keselamatan dan kualiti makanan/food safety and quality(FSQ)

minor tu maksudnya macam pengkhususan la
korang boleh pilih nak sambung yang mana satu ikut minat masing-masing
cuma, untuk sesiapa yang ambik IFL, bahasa ketiga wajib ambik bahasa Arab.

nah, aku siap buatkan table haa nak bagi nmpak beza dia...


FSQ
IFL
Semester 3
1.     English For Academic Reading
2.     Malaysian History
3.     Organic Chemistry
4.     Physical Chemistry
5.     Calculus I
6.     Food And Human Nutrition

7) Principle Of Management
7) Introduction To Shariah
Semester 4
1.     Bahasa Ketiga 1
2.     English For Academic Writing
3.     Biochemistry
4.     Physics 1
5.     Theory And Techniques In Analytical Chemistry
6.     Food Preservation
    -
7) Usul Fiqh
Semester 5
1.     Bahasa Ketiga 2
2.     Technology Entrepreneurship
3.     Food Product Manufacturing
4.     Instrumental Analysis Of Food
5.     Food Chemistry 1
6.     Statistic For Science And Engineering
7) Food Quality System And Assurance
7) Ayat And Hadith Ahkam
Semester 6
1.     Bahasa Ketiga 3
2.     Advanced Sensory Evaluation And Product Development
3.     Food Chemistry 2
4.     Food Safety And Toxicology
5.     Project 1
6)Occupational Safety And Health : Industrial Safety
6) Qawaid Fiqhiyyah
Semester 7
1.     Project 2
2.     Introduction To Computer Programming

3) Food Packaging Technology
4) Seminar
5) Halal And Other Religious Food
6) Occupational Safety And Health : Industrial Hygiene
3) Halal Standard Food Law And Sanitation
4)Fiqh And Other Religious Food
5) Muamalah In Islamic Business



ok, basically inilah beza antara dua minor ni
yang subjek lain sama je semua kena belajar
choose wisely ok :)
minta maaf pada lepasan stpm/asasi/matriks dan diploma sains,
hakak tak ada lesson plan untuk hangpa
minta maaf sangat2 naaa

notakaki : hakak amik minor IFL...hewhew...nanti bebila kalo hakak rajin hakak share ye pasal IFL ni..tapi serius IFL best :)

*UPDATE : hakak dah share pasal IFL dekat link pilihan minor ifl ni. Feel free to read !

-zazazone©-

108 comments:

  1. Salam akak, akak sem brapa ye skarang? Sy bakal student food science uitm shah alam 2minggu lg ni.. sy tgh cari senior food science skarang ni..hehe.. boleh pm sy tak (011-17839033)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Assalamualaikum dik..dik lepasan matriks/diploma ??akak pun dpt tawaran yg sama..cuma tak sure lg nak p ke tak..

      Delete
    3. Assalamualaikum dik..dik lepasan matriks/diploma ??akak pun dpt tawaran yg sama..cuma tak sure lg nak p ke tak..

      Delete
    4. Assalamualaikum dik..dik lepasan matriks/diploma ??akak pun dpt tawaran yg sama..cuma tak sure lg nak p ke tak..

      Delete
    5. Wsalam wrhmatullah. Insha Allah naik sem bulan 3 ni baru nak masuk sem 6. Alamak, akak student biasa je dik oi, tak aktif pun..huhu

      Delete
  2. Salam akak. Saya pun dpat deg food tech ni kat shah alam 27 ni dftr. Saya bekas dip food tech d pilah dlu. Saya nk tnya pasal bhsa ke 3 bgi ifl. Sya nk tnya pasal bhsa arab. Bole tak akak whtspp saya +60105656437 (wani) atau kak bagi no akak.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. akak, saya nak tanya. yura setiap sem untuk degree food tech dkt uitm ni berapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. saya jawab bagi wakil zazazone. kalau tak silap semua kos or every sem same je, RM530.

      Delete
  4. assalamualaikum kak. lps habis diploma, blh sambung ke dietetik x ? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. boleh je, tapi kena start dari sem 1 balik sbb dietetik under fakulti sains kesihatan, bukan sains gunaan. classmate akak dulu pun ramai je yg sambung dietetik kat puncak alam. :)

      Delete
  5. Assalamualaikum akak saya nak tanya kalau student from dip in science boleh tak transfer kredit mcm student dip in food tech?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. boleh transfer kredit tapi tak sebanyak lepasan dip foodtech la. pastu lepasan dip sains akan terus masuk semester 2 untuk degree foodtech smpailah internship masa sem 8 kalau tak salah la. sebab masa dip sains takde intern kan, so kena buat masa degree sbb tu jadi lama sikit.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Kalau saya amek modul 3 matrik boleh tak sambung degree food tech ? Pointer berapa yg patt saya dapat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, sori akak taktau modul2 kat matriks ni belajar subjek ape..herherher..for sure, keutamaan akan diberi pada student yg belajar bio and kimia sbb syllabus degree foodtech cover bio, fizik, kimia. jadi kalo takde basic, quite challenging la. pasal pointer tu tak sure, mungkin boleh refer link ni http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2014.

      Delete
    2. modul 3 pun boleh masuk food tech..rasanya requirement dia 3.4 ke atas utk uitm kot.. no worries.. sy pun modul 3 dulu sbb xnk amik physics,smpai sini kena amik physics balik tp sem 1 jela.. sem lain ada enginering campor2 physics kimia bio

      Delete
  7. akak boleh tak pm saya kat instagram. username: imandarimi. saya daripada diploma sains ingat nak sambung degree in foodtech. tapi taktau pape. T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh, sori currently akak bz sikit so jarang bukak ig. apa2 nak tanya emel akak kat raudzatulzaza@yahoo.com k. insha Allah akak cuba bantu apa yg mampu. meanwhile boleh google dulu pasal kos ni k. yg penting kena ada minat :)

      Delete
  8. Assalamualaikum kak,klau IFL wajib kena ambil b.Arab utk 3rd language,tp klau FSQ pulak x kisah bhasa ape2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam warahmatullah..yup, kalo ambik fsq boleh pilih mana2 bahasa yg awak nak.

      Delete
  9. salam kak, ade ke bdk lepasan matriks yg sambung degree utk course ni? and boleh ke saya amik kos ni kalau masa matriks dulu saya just amik fizik and chem je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. yup, memang ada dikhaskan kuota untuk budak matriks sambung degree kos ni. total tempoh belajar 4 tahun = 8 sem termasuk praktikal. pasal kos tu tak sure la dik sbb akak pun tak sure sgt apa requirement untuk intake lepasan matriks ke kos ni, mungkin boleg try seacrh kat web uitm :)

      Delete
  10. Assalamualaikum..now saya student food tech part1 kuala pilah..yupss kami takde praktikal..hanya 5 sem😞 nak praktikal cari pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhamtullah. selamat dtg ke pilah !!! huhu.. wah, seronoklah total belajar cuma 2 tahun setengah je..huhu..pasal prktikal tu, mungkin boleh request untuk praktikal sendiri masa cuti sem. cuba refer dengan lecturer foodtech nnti k. mana tau kot2 boleh :)

      Delete
  11. thanks kak ! so far pilah is nice ^^ rase terpelihara kat situ sebab jauh dari anasir2 luar..haha.. #pilahdelphia
    okey kak..nanti saya cuba tanya lect

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai junior food tech pilah

      Delete
  12. assalam. minta akak explain pasal ifl tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah.generally, bila ambik ifl kita byk belajar asas dan fiqh dan shariah untuk guna dalam penentuan sesuatu hukum, especially dalam penentuan halal haram dan syubhah. yang bestnya, hukum2 ni bukan je apply dalam bidang makanan, tp dlm semua keadaan.deeba boleh emel akak dekat raudzatulzaza@yahoo.com ya kalau nk tanya lebih lanjut. insha Allah, akak tolong apa yg termampu :)

      Delete
  13. Hello, nak tanya, kalau lepasan diploma dalam pengurusan makanan boleh ke masuk bidang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, maaf tak sure pulak sbb sebelum ni, selain lepasan foodtech sy cuma pernah jumpa lepasan diploma sains je yg ambik degree foodtech kat shah alam ni.

      Delete
  14. akak! nak tanya. akak ingat takk berapa yuran masa masuk degree foodtech ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sem yg mula2 masuk tu rasanya dalam RM 700++. sem berikutnya tu RM 580. tp ni belum termasuk yuran kolej tau.

      Delete
  15. assalam akak nak tanya, yang mane lebih meluas skop kerja IFL ke FSQ? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. wallahualam dik sebab akak pun belum kerja lagi haha. basically bagi akak,dua2 pun ada skop kerja yang besar. yang penting minat awak nak bekerja bidang apa nnti. kalau mmg suka kerja bidang industry/kilang then ambik fsq. kalau lebih suka pasal halal product then ambik ifl. kita pun mesti nak kerja benda yang kita minat kan? insha Allah, yakin ada rezeki kerja untuk kita kay ;)

      Delete
  16. assalam kak, klau dr dip sains untuk ke deg teknologi makanan selalunya cgpa berapa baru diterima msk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam warahmatullah. alamak tak sure la dik ..huhu.. tapi mungkin 3.0 ke atas kot, sebab lepasan dip foodtech pointer min pun 3.3, jadi lepasan dip sains sepatutnya kurang sikit la kot..kot laa...huhu

      Delete
  17. Foodtech ni banyak belajar pasal bio ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak, kalau tak silap subjek bio cuma ada 2, intro to bio dengan biochemistry. rasanya tu je.

      Delete
  18. assalamualaikum kak , fizik dia complicated tak utk diploma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. kalau memang minat fizik n score masa spm, insha Allah kacang goreng je. sebab belajar pun cuma fundamental je, perkara asas. cumanya macam akak yang memang langsung langsung langsung tak minat fizik memang rasa susah ya rabbi laa haha

      Delete
  19. Assalamualaikum kak zazazone, akak rasa saya boleh survive tak sampai ke akhir sem degree ni?

    -AiraZiz ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik airaziz, insha Allah boleh dik. dont worry duit jpa dah habis belajar pun masuk lagi so lepas degree pun still boleh survive ehh??

      Delete
  20. Assalamualaikum akak,nk tanya kalau sy xambik bio semasa spm bleh ke ambik diploma teknologi makanan ni????result sy untuk spm kimia B,fizik B+ ,addmath C....akak rasa bleh ke sy survive klau sy ambik diploma t.mkanan ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam warahmatullah. boleh je, masa akak diploma dulu pun hampir 25% dalam kelas tu tak ambik bio masa spm. tapi kalau nak score kena usaha lebih la dari org lain, buat study group ke ambik tusyen luar dengan cikgu sekolah ke. insha Allah kalau subjek sains awak dapat credit boleh survive dalam bidang ni :)

      Delete
    2. Oh...sy hrap sy dpat lah kos ni....sy mmg sgat minat kimia...btw,akak rasa elok ambik diploma +degree atau matrik + degree...yg mana satu lebih cepat???and diploma ni ada lagi x fast track???abang sy dulu dia bleh ambik fast track,umur 22 dh bleh pegang degree.....sy kalau bleh nk macam dia lh...hehehehe

      Delete
    3. aminnnn moga2 awak dipermudahkan dapat kos ni...hehe..actually bagi akak depends pada awak. kalau memang dah nekad nak amik bidang foodtech, jadi better terus ambik diploma+degree jadi awak tak buang masa belajar benda tak ada kaitan. kalau ambik matrik, nanti awak kena isi upu semula kan jadinya belum tentu dpt sambung bidang foodtech ni sebab depends pada result matrik awak pulak masa tu. ambik mtrik lebih cepat 1 semester=6 bulan. fastrack dah mansuh la awak time akak sem 3. akak pun dah apply fastrack masa tu, bila dapat je result baru dpt tau dah mansuh mmg kecewa gila lah haha.

      Delete
    4. Oh..dh mansuh plak dh....hahhaa..baru je nk berazam..akak,selain uitm,universiti mana lagi yg menawarkan kos foodtech ni??? And tempoh pengajian sama je kan dekat universiti lain???

      Delete
    5. Bleh x akak bagi email??mudah untuk sy tanya nanti..hehe

      Delete
    6. haha lama dah mansuh, akak lagi la kaciwa memang dah nekad gila nak ambik fastrack tiba2 batch akak laa yang start kena mansuh tu. byk lagi uni lain macam upm, ukm, unisza. usm dan uthm tak sure, tapi rasa mcm ada. tempoh pengajian tak sure hehe. apa2 kalau nak emel boleh emel kat raudzatulzaza@yahoo.com kay.

      Delete
  21. Salam.kak sy lpasan spm 2016.nak tanya,kelebihan politeknik polisas yg menwarkn kos techfood dgn uitm mna menwarkn yuran yg lebih murah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. kalau diploma foodtech, yuran sem 1 dalam rm700++, semester berikutnya cuma rm580. asrama percuma. tapi sori akak taktau yuran politeknik huhu. cuba call pjbat politknik tu untuk pencerahan dan compare dgn yuran uitm ni.

      Delete
  22. Assalamualaikum,kak nak tanya,selain yuran pengajian,yuran apa lagi yg harus kita tanggung???cth nyo yuran penginapan,yuran asas seperti lab ,perpustakaan perlu ke kita tanggung atau percuma je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. hmmm, kalau diploma asrama/kolej disediakan percuma jadi mmg cuma bayar yuran pengajian je. in fact kalau layak, boleh apply bantuan makanan, dapat rm400 satu semester, khas untuk diploma je. kalau degree, kolej kena bayar. lab, library semua percuma.

      Delete
    2. Akak,,,result upu keluar harini....alhamdulillah..sy dpat kos diploma teknologi makanan....nk tanya,yg akak cakap bleh apply bantuan makanan ni mcam mana ya??ikut result cgpa kita kea??brapa pointer??and pada pendapat akak,sy patut terima diploma teknologi mkanan ni atau matrik sains??hrap akak dpat bantu sy

      Delete
    3. And brpa syarat minimun muet utk masuk bidang kos teknologi makanan ni??

      Delete
    4. Hai,keadaan saye pon macam awk , tak thu nak pileh matrik or dip food tech ni. Perlukan nasihatt .��

      Delete
    5. tahniah dapat offer kos foodtech !!!! :) bantuan makanan tu ikut pada gaji mak ayah kita dan jumlah tanggungan, nanti masa dah masuk uitm diorang akan explain masa minggu orientasi. muet rasanya cuma perlu untuk masuk degree je. kalau tak salah akak, nak masuk degree min band 2, tapi masa nak grad min band 3. jadi better usaha dapatkan band 3 terus tak payah nak ambik banyak kali sebab kena bayar rm 100 tau nak ambik muet ni. bab pilihan tu, wallahualam...depends pada awak sbb ini soal masa depan awak. pilih bidang yang mana awak rasa enjoy nak belajar dan minat nak kerja. sebab ni permulaan masa depan awak. akak cuma boleh share pengalaman belajar bidang foodtech ni tp akak tak boleh buat pilihan untuk masa depan awak. cuba istikharah dan bincang dengan family dulu ya. wish u all the best !!! ;)

      Delete
  23. Assalamualaikum kak, klau sy ambik asasi sains boleh ke sambung ke degree food tech? Mna lgi cepat hbis degree, asasi+degree atau dip/degree? sbb dengar2 klau dh ambik dip food tech dkt uitm nnti msa ambik degree disingkatkan masa(dpt jam kredit)..akak brp thun ambik degree food tech ni? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrahmatullah. yup, kalau ambik asasi boleh sambung degree foodtech, tapi kena mohon upu semula dan bergantung pada result awak dan kekosongan yg ada. ambik asasi lagi cepat sbnarnya, (1 tahun asasi+ 4 tahun degree). kalau diploma (2 tahun stengah diploma + 3 tahun degree). bezanya asasi akan habis awal 1 semester. tapi untungnya pulak kalau awak betul2 minat kos foodtech ni, awak dah dpt pendedahan awal dari diploma dan masa degree nanti dah tak tough sgt. macam akak, awal umur 24 alhmdulillah dah tamat degree dah. apa2 pun, choose wisely ok. pilih bidang yang awak suka nak belajar dan minat nak kerja untuk banyakkkkk tahun :)

      Delete
    2. Tahniahh akak dah habes degree, bile habes kak?

      Delete
    3. thanks :). baru habis bulan januari hari tu.

      Delete
  24. Assalam akak , saye insyaAllah akan sambung diploma kat uitm kuala pilah 21/5 , ahad ni , so nye saye nak tnye mcam mane suasana belaja kat situ, pakaian macam mane,
    P/s: kalau ade senior or sesiapa yg akan daftar ahad ni , harap boleh kenal kenal , bnyak benda nak tnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. tahniah dpt sambung diploma di kuala pilah !!!! :D kampus sana kecil je. lokasi agak pedalaman, dan pekan terdekat adalah pekan kuala pilah lebih kurang 7-10km. kat pekan tu ada stesen bas dan teksi. bandar terdekat bahau(30min ) dan seremban (45 min). insha Allah nnti akan ada guidance dari senior :) pakaian masa dftar/orientasi/setiap hari isnin kena ikut sahsiah rupa diri, kalau lelaki pakai slack/kemeja/kasut dan perempuan baju kurung. boleh refer website uitm. hari lain bebas, boleh pakai jeans je.

      Delete
  25. Assalamualaikum akak.. saya dpt tawaran diploma untuk foodtech ni dekat kuala pilah ... saya nak tanya, course ni mostly student lelaki ke perempuan? pasal saya takut nanti saya je laki kat situ. pasal saya ada baca dekat blog2 lain katanya laki sikit sgt jadi saya cuak sikit. Lepastu saya nak tanya course ni ramai org ambil ke for diploma? and senang ke nak lulus? Pembelajaran semua senang nak catch up ke?

    tq & maaf kalau terlalu byk sgt soalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. hai, tahniah dapat sambung dip foodtech !!! :D hmm, honestly bilangan lelaki mmg agak pupus untuk kos ni sebab kos unde fakulti sains kan huhu. zaman akak dulu pun satu kelas cuma ada 4-5 orang je lelaki.tp untungnya pensyarah akan mudah kenal dan ingat awak sbb lelaki tak ramai dan dalam kalau dlm bidang pkerjaan industri mknan, tak dinafikan majikan lebih suka ambik pkerja lelaki.
      -course foodtech ni kalau untuk uitm sahaja, rasanya cuma ada di uitm pilah dan uitm samarahan. tapi diploma foodtech ni pun ada ditawarkan di politeknik dan uni swasta.
      - nak lulus tu senang, tapi nak gred A tu kena work hard la haha. sebab markah bukan based on final paper je, ada quiz, ada test, ada markah di makmal, markah report makmal. combine semua tu baru dapat markah final.
      - diploma still ok sebab ada kelas tutorial. biasanya kelas 2 jam, tutorial 1 jam. tutor ni kelas latihan la. jadi jgn skip kelas tutor, dan kena rajin ulangkaji sndiri. sbb life diploma dah berbeza dengan sekolah. tak ada orang nak pantau/ajar awak. awak rajin belajar, rajin tanya pensyarah, awak score. awak main2 keluar sana sini, tak ada siapa pun peduli. tapi walaupun diploma, zaman skrg dah ramai orang pandai dik. persaingan tu sangat sengit. jadi kalau awak tak usaha, awak tertinggal.

      harap2 bebelan ni menjawab soalan hehe

      Delete
    2. Terima kasih byk2 akak. Lepas tu saya nak tanya dari segi pakaian. pakai baju apa je eh waktu belajar semua? yg saya tahu hari orientasi tu pakai slack & kemeja for laki, tapi during kelas tu yg saya tak tahu.

      again thank you so much akak :)

      Delete
    3. kalau pakaian, hari isnin je wajib formal. hari lain tak kisah, boleh pakai jeans, t-shirt mesti berkolar, tak boleh pakai selipar tapi rasanya sandal boleh. haha sori tak berapa ingat rules pakaian lelaki. tp kat kampus cawangan je srict sikit, kalau kat uitm shah alam kan, suka hati je nak pakai baju apa takde siapa pun kisah huhu

      Delete
  26. Salam kak...list subjek yg akak bg tu...utk diploma and degree ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. yang list kat atas tu untuk diploma. yang kat bawah dalam kotak tu, untuk degree, tp untuk yg lepasan diploma sahaja sebab itu cuma subject dari sem 3 hingga sem 7. kalau full subject untuk degree akak tak ada. maaf ya.

      Delete
  27. List subjek yg akak bg tuh...for diploma ke?

    ReplyDelete
  28. Hi Budak Spec Bintang...Terus kan share kos ni. memang ramai yang nak tahu detailnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, insha Allah saya cuba share dan bantu adik2 semampu saya ya :)

      Delete
  29. Salam akak, nak tnya projek2 dlm list course outline for degree tu, akak kena buat apa je? Fyp mcm msa diploma foodtech ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam warahmatullah.. yup, projek tu sama macam fyp masa diploma, ktorg panggil fyp1 dan fyp2. fyp1 tu proposal tajuk fyp kita, fyp2 tu experiment dan result fyp kita. tajuk projek depends pada lecturer/supervisor kita. kdg2 dia bagi tajuk, kdg2 dia bg kita pilih tajuk sendiri. selalunya student akan buat tajuk yg bawah kepakaran supervisor tu. contoh kalau sv tu pakar bab fats n oils, then tajuk fyp kita pun lebih kurang juga. mcm akak, sv akak mmg fokus pada biactive compounds and antoxidant, jadi tajuk fyp akak pun ikut kepakaran dia :)

      Delete
  30. saya ambil diploma sains di perak kalau saya nak sambung degree food tech tempohnye 2 tahun lebih atau 4 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau diploma sains, 3 tahun degree foodtech termasuk prktikal.

      Delete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum akak, kalau intake diploma untuk food Technology ni bila ? Akhir bulan Jun ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. dah tak sure kalendar baru uitm sebab rasanya dah sama dgn degree, mybe dlm bulan 3 kot. better check website uitm terus :)

      Delete
  34. Assalamualaikum, kalau dari kelas sastera boleh ke masuk foodtech ni. Clueless sgt sgt ada nampak yg kata ada orang sastera masuk tapi ada yg tak pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. insha Allah boleh je kalau betul minat and nekad, tp kena work harder dri org lain since awak tak ada basic sains. don't worry, dah nama pun belajar kan. email akak dekat adawiyah.hanif@gmail.com kalau nak tanya lebih lanjut.

      Delete
  35. Hai akak . Boleh share cmna akak dapat smbung degree food tech ? And cmna survive utk dapat pointer elok masa dip. Sy student foodtech

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ! Alhmdulillah rezeki akak dapat sambung degree foodtech. masa zaman akak dulu, antara syarat utama lepasan dip foodtech nak ke degree foodtech, minimum pointer 3.3. kalau pointer lg rendah dri ni pun insha Allah boleh juga dapat, tapi untuk 2nd intake, kiranya awak kena apply lagi dan masuk lewat satu semester. akak masa diploma pun takdelah pointer elok sgt, cukup makan je haha. cuma antara tips yg boleh apply,
      1) baca dulu nota/topik sebelum masuk kelas, walaupun belum faham baca je, jadi bila lecturer explain awak jadi lagi jelas, dan tau nak tanya soalan apa untuk lebih faham

      2) buat mind map/ rangka setiap chapter. contoh, chapter 1 ada intro,mechanism,advantage,disadvantage,application. then setiap pecahan ni isi lagi point2 yg penting yg ada dlm nota, just buat main point je xperlu explanation. jadi awak lagi jelas point2 penting dlm setiap chapter, dan tak buang masa nak selak nota byk2 tu. akak selalu buat satu chapter, satu muka surat mind mapping.

      3) buat nota sendiri. baca dulu, fahamkan, dan cuba buat nota guna ayat sendiri. yg kena hafal cuma main point, tp explanation xperlu hafal, bila betul2 faham automatik awak boleh explain dan bg contoh sendiri. jadi hafal yg penting shaja. bila dah latih diri mcm ni, sangat mudah nak jawab test/exam sbb idea tu akan mencurah je.

      4)buat past year exam. mcm akak setiap kali sebelum test/quiz, akak practice jawab final year paper. akak salin balik soalan dan asingkan ikut chpter. so kita tau chpter 1 soalan apa, chpter 2 soalan apa. and awak akan dpt tgok soalan apa yg berulang2 dan mksudnya topik tu kena bg perhatian lebih.

      5) cari kawan yg boleh tolong awak study. baca, share and tolong sesama korang. ada sorang dua pun ok dah, xyah ramai2 nnti tak jadi study tp bergosip. buat latihan sama2, soal jawab sama2. boleh share nota, tapi jgn guna bulat2 nota kawan tu, sebab itu nota dia dan cara dia faham tak semestinya sama dgn cara awak faham. pilih kawan yg boleh ada give n take. jangan dia je yg give (ajar), awak asyik take dan tak give back pun. kena sama2 make effort ya.

      so, ini antara tips yg hopefully boleh tolong ;)

      Delete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. akak susah tak foodtech ni ?? cara pembelajaran plak cmne ? memang byk kene blajar bio and chemist ke dlm foodtech ni ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. susah atau tak bergntung pd individu. bila minat, rajin buat latihan, rajin tanya dlm kelas, rajin jumpa pnsyarah, rajin study, then senanglah. kalau sebaliknya, susah. hehe. bio tak byk sgt, intro je. chemistry dlm 35% mcm tu, sbb dia berkait dgn makanan.

      Delete
    2. kalau xamik bio kt skola dlu bleh ke amik foodtech ??

      Delete
  38. ape beza foodtech dgn food service ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. foodtech lebih fokus kepada industri makanan (kilang makanan) mcm buat produk baru, quality control untuk processed food (contoh roti, tepung, biskut, coklat, maggi). food servis lebih kepada bidang Food and beverage. contoh mcm restoran, fastfood, catering.

      Delete
  39. Akak kalau lepasan diploma sains ambik foodtech berapa tahun?

    ReplyDelete
  40. Maksud saya nanti degree foodtech ni budak lepasan dip sains akan jadi berapa tahun?? 4 tahun jugak ke sekali dgn praktikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut batch akak dulu, degree korang 3 tahun termasuk praktikal. prktikal buat sem last sekali.

      Delete
  41. Yuran masa ambil diploma food tech ni berapa utk satu sem

    ReplyDelete
  42. Hi. Saya lepasan diploma food tech dari politeknik kuantan. Kalau saya nak sambung degree in food tech kat uitm shah alam, boleh buat pengecualian kredit ke utk subjek yg saya dah belajar masa dip kat polisas ? Thank you in advance utk jawapan

    ReplyDelete
  43. Nk tnye.. diploma food technology ni.. klau dekat uni.. care pembelajaran diploma mcm mne ye? Sama tak pembelajaran nye mcm dekat matrik? Means matrik belajar mcm pra universiti.. semua depends pada diri sendri.. kalau diploma di bwh universiti ni.. lect still mengajar tak? Mcm zaman sk2 tu?

    ReplyDelete
  44. hi zazazone. sorry nonsense question sikit, kalau kolej kat uitm shah alam dijamin tak? risau part kolej tu. and utk lesson plan sem 3 sampai sem 8 tu sama macam sekarang ke? and lastly, degree foodtech ni berapa percent susah dia dari dip? tq in advance

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum, nak tanya course ni ramai lelaki tak?

    ReplyDelete
  46. Assalam.. Nanti lepas akak grad, akak nk kerja dkt mana? Sbb sy kurang tahu la student yg ambik foodtech ni dy usually krja sbgai apa.. Tq kak😇

    ReplyDelete
  47. Assalam akak sy budak lepasan spm 2018.. mse spm sy amik sains kejuruteraan so sy x de bio tapi ade chemis ngn fizik. Sy mcm minat dgn jurusan nk tapi takut susah sbb sy x de basic bio. Bole ke sy amik? Then susah x nak score kak? Tolong reply :)

    ReplyDelete
  48. Kak lps hbis beljar . Boleh kerja apa ya

    ReplyDelete
  49. Salam kak ^_^ saya lepasan spm18 baru dapat keputusan upu dpt foodtech.. Basically subject dia susah ke.? Senang nk score tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah course. Sy dpt uitm kuala pilah. Awak dpt mna?

      Delete
  50. Salam kak, course ni ramai tak dpt first class degree ?

    ReplyDelete