Saturday 25 November 2017

Hari Jubah ZazaZOne ^^

Bismillahirrahmanirrahim....

Hai gaisss !!!!!

Lama gila tak menulis.. haha..dah banyak kali bukak blogspot tapi baru taip bismillah tetiba dah mengantuk terus simpan kat draft ekekekee

Kali ni nak cerita pasal hari jubah zazazone...acewah !
Seperti yang korang sedia maklum, alhamdulillah aku dah selamat tamat pengajian hujung bulan Januari 2017 lepas
UiTM ni konvo dua kali dalam setahun.
Sepatutnya kalau yang batch dulu2, tamat bulan Januari, bulan May dah boleh konvo dah.
Tapi disebabkan tarikh tamat belajar dengan tarikh konvo tu pendek sangat, jadi ramailah yang masih tanam anggur dan belum ada rezeki dapat kerja
So benda ni effect reputasi uitm sebabnya masa konvo kita wajib isi form kajian kebolehpasaran graduan
Kiranya nak tengok berapa ramai graduan yang dah kerja, belum kerja ataupun yang kerja sendiri
Dari kajian ni, boleh nilai la graduan universiti sekian2 ni laku kat pasaran kerja atau tidak
Jadi bila jarak masa habis belajar dengan konvo tu dekat sangat, tak sampai 4 bulan pun, jadi nampak macam graduan uitm ni tak laku padahal jarak masa tu pendek gila.
So batch aku ditunda la tarikh konvo tu ke sidang konvo yang bulan Oktober punya.
Jadi ada masa lebih kurang 9 bulan la untuk cari kerja ekekee...

Alhamdulillah, despite macam2 benda jadi lepas habis degree hari tu, aku dah berjaya dapat kerja sebulan sebelum tarikh konvo hoho
Disebabkan kerja, jadi tak dapatlah nak ambik jubah sendiri sobs
Nasib baik ada kakak kat shah alam sana so dia laa wakil yang tolong ambikkan hehe
Makasih bukkk...jasamu dikenang selalu di lubuk hati yang terdalam....

Lepas tu disebabkan mak ayah aku dah pernah tengok aku konvo masa diploma dulu
So yang konvo degree ni diorang langsung tak heran cett
Tapi aku pun tak kisah sangat sebab kalau ikutkan aku pun malas nak pi konvo sebab baru kerja weh,  gaji pun dapat separuh je takde duit nak bayar yuran konvo, kos nak pergi shah alam bagai hahaha
Bayangkan laa weh, almost 8 bulan tanam anggur dia punya level berjimat tu tuhan je yang tahu
Lagipun segala gambar konvo tu dah ada kan jadi macam hmm takpelah

Tapi dasar kakak yang tak sampai hati
Angah aku pujuk laa suruh pergi jugak
Dia kata sekarang memang tak rasa apa karang tengok kawan share gambar konvo haaa baru menyesal
Jadinya beliau bantu sponsor yuran konvo (hehehee)
Dan beliau juga balik kampung ambik aku dengan mak pergi shah alam hehehee lagi sekali
Nasib baik angah memang dah stay Shah Alam so jimat dah duit penginapan takyah sewa hotel bagai an,
Abah tak dapat pergi sebab kerja katanya,
Padahal kerja main2 je pun tapi sebab kesian kat kawan dia tak sampai hati nak cuti
(lepas tu kerja separuh hari je dan selebihnya terpaksa cuti jugak sebab barang nak buat kerja tak ada pastu menyesal tak ikut pi majlis konvo aku agaknya aku ni berdaulat kot ? gurau2...)

Dipendekkan cerita, disebabkan aku mmg dari awal mood ala-ala je nak konvo ni jadi semuanya tak prepare
Baju konvo pun cari last minit (order online pastu besar gila gigih pukul 3am alter sebab dah tak sempat nak tukar size pastu terlebih alter baju jadi ngam-ngam je muat sendu betul aku rasa)
Kali ni dapat sidang pagi, dulu masa diploma dapat sidang petang,
Jadi pukul 7.30 am dah kena berkumpul,
Aku pukul 7.20 am baru terhegeh-hegeh keluar rumah. Nasib baik time tu budak uitm cuti midsem so jalan tak jem.
Kalau tak memang tak konvo laa haku T___T

Angah cuma drop je aku kat DATC tu, memang mak awal2 dah cakap tak masuk dewan.
Sebabnya,
DATC tu 3 tingkat, parents akan duduk kat tingkat 2 dan 3, yang mana nasib baik dapatlah duduk bawah sekali sama level dengan graduan.
Mak aku sakit lutut, masa aku konvo diploma dulu kesian gila mak kena naik tangga sampai tingkat 3 sebab tak tau lif kat mana.
Maklumlah DATC tu besar, first time datang manalah tau kan main ikut je lah orang ramai.
Lepas tu kerusi pulak memang rapat2, aku yang tinggi 165cm je ni pun bila duduk, lutut cecah kerusi depan,
Jadi kalau orang tengah nak pi toilet, satu row tu kena bangun sama sebab memang tak boleh jalan langsung pun.
Abah cerita dulu nak pi toilet pun tahan je sebab malu kan nak minta orang semua bangun.
Jadinya demi keselesaan mak, aku pun ok je mak tak masuk, sebab dah pernah tengok dah dulu and aku dah rasa dah eksaited lambai2 kat mak masa nak turun pentas kohkohkoh

Sebab dah kelam kabut, plus tak prepare, aku pun sesat taktau nak berkumpul kat mana haha
Dah la naik tangga dekat 5 tingkat ( lif penuh, 3 tingkat pertama adalah level parking sahaja sekian), pastu nampak graduan kos lain je semua...haaa sudah...
Nasib baik nampak urusetia, tanya dia batch aku kena beratur kat mana
Dia tanya nombor giliran, aku buat kelakar cakap tak ingat sebab memang tak prepare kan haha,
Cuma bagitau aku fac sains gunaan, kos foodtech,
Rupanya nom giliran aku B, so aku akan masuk dari pintu kiri
Dan masa tu aku dekat graduan yang nombor gilirannya A, yang akan masuk dari pintu kanan.
Jadi adik-adik sekalian, mohon hafal nombor giliran, kalau tak hang malu macam akak hang nih.
Dah satu kerja nak kena merentas halangan segerombolan graduan ni nak pergi ke side sana pulak.
Malu gilaa weh kau kena lalu tengah2 laluan yang orang dah beratur, dah ready complete pakai jubah nak masuk dewan,
Kau tergedik-gedik lagi togel je dengan jubah dalam beg
Nasib baik mekap tebal sikit takdelah malu sangat orang bagi laluan kat itewww hewhew...



Finally jumpa jugak kengkawan aku semua,
Pastu kelam kabut lagi sekali sebab tak reti nak pakai yang layer atas jubah tu, minta tolong classmate pinkan,
Alhamdulillah nampak senonoh jugaklah walaupun tak iron jubah tu.
Majlis start dalam pukul 8.30am macam tu.
Majlis pun berjalan lancar, tapi rasa macam masa konvo diploma dulu lagi best, mungkin sebab first time kan haha
Bila dah second time ni rasa macam biasa2 je hehe..


My favourite kakak ^^

akak ikan masin ekekeke

Bro susah senang

kak aira minda menarikkkkkkk

*uhhh, ada orang call aku !


Akak ANC hehehe

Yuran konvo yang kita bayar tu dah termasuk dengan gambar pentas tau masa ambil skrol,
Meh nak share tips untuk nak gambar cantik masa ambik skrol tu.

Step untuk nak gambar cantik :
1) Alert dengan sticker/nombor dekat pentas. Kalau tak pijak betul atas sticker tu, tak lawa position hang nanti.

2) Jalan rileks2 je. Takyah laju sangat. Emcee akan announce nama berdasarkan pergerakan kita. So take time masa jalan and ambil skrol tu ok. Kena ingat , bagi masa orang yang ambil gambar tu shot gambar kita. Ada 3 keping yang dia bagi, so at least dia akan ambik 3 shot, so please make every shot gambar tu cantik. 3 keping gambar, berbeza size. Nasiblah kalau tetiba shot yang paling tak lawa tu yang dia print paling besaq keh keh keh

3) Masa jalan, tengok muka orang yang bagi skrol tu. Jangan tunduk tengok skrol langsung ! Hulur je tangan, dia akan letak terus kat tangan kita.

4) Masa dia bagi skrol, dia akan cakap tahniah. Time ni kena ingat, cameramen tengah ambil gambar. So, maintain senyum dalam 2 saat macam tu. Ambil masa sekejap. Then baru cakap, terima kasih/thanks.
*bila kita terus cakap terima kasih, takut masa tu dia shot gambar mulut tengah bercakap. so bagi dia shot dulu, maintain muka senyum tu tau. macam aku sebut thanks je, sebab takut gambar buruk. tapi hmmm buruk jugak sebab terlebih sengih dasar memang tak reti sengih hmmm

5) Then nak tunduk hormat dah boleh dah, sebab masa kritikal dah lepas haha. So tunduklah sikit, and baru jalan turun tangga

SETEL !


Nah, 3 keping gambaq

ni beza saiz setiap gambar tu

Close up aku sengih keh keh keh

Gambar ni cuma ambil masa satu hari je siap. Aku konvo pagi ni, pagi esoknya dah siap..

Jubah konvo tu pulak, kalau pulangkan pada hari yang sama dengan sidang konvo, tak perlu bayar. Kalau pulangkan hari esoknya, kena bayar RM2. Kalau pulangkan lusa, kena bayar RM30. Jadi, disebabkan jubah dah ambil seminggu awal, pegilah photoshoot siap2 kalau tak nak kena bayar denda huhu.

Dah happy ambik gambar, aku pun call akak aku suruh ambik. Dia terkejut gila sebab 11.15am dah setel kan. Rupanya diorang kat rumah baru lepas mandi.
Sebab ingatkan majlis habis dalam pukul 12 lebih so kekonon sempatlah nak datang.
Time tu angah cakap kejap nak salam laki dia nak pi kerja, then baru angah datang ambik aku,
Pastu abg ipaq aku buat kelakar weh
Dia pi kerja naik Uber sebab nak bagi angah pakai kereta dia,
Tapi DIA PERGI BAWAK KUNCI KERETA LETAK DALAM POKET !!!
Sebab dah terbiasa ambik kunci kereta sebelum keluar rumah kan
Angah pulak tak boleh nak keluar sebab tak ada kunci
Nak bawak kereta dia sendiri pun tak boleh sebab kereta laki dia dah parking kat belakang, dah block dah,

Aku pulak nak ambik Uber/Grabcar fikir banyak kali sebab time orang sidang pagi balik dan parents yg sidang petang dah sampai kan, memang jammed laluan kat DATC tu.
Plus dah tengah hari, dah letih, lapar dan sakit kepala sebab tak pekena kopi, aku macam blur sorang2 haha
Then abg ipar aku call bagitau takpe dia patah balik bg kunci kereta
Nak tunggu dia patah balik kemain lama, Damansara-Shah Alam 35 minit kot,
Bertabah la aku tunggu sengsorang sampai pukul 2.15pm T___T
Masa bukak pintu kereta eh ada bunga nak pujuk la tu konvo girl terdampar sorang2 haha
Pastu dapat extra gift lagi hehehe

Oleh sebab kekangan bajet dan masa, aku tak ambik gambar studio pun untuk gambar konvo
Lagipun abah tak ada, abang aku pun tak ada, akak aku lagi sorang pun tak dapat join,
Jadi rasa tak best bila tak cukup tu,
So photoshoot dekat rumah angah je laa,
Nasib baik owner rumah dia dulu memang buat landskap rumah konsep Bali,
Senang aku takyah photoshoot jauh2 nak posing macam2 pun tak malu haha



Aku memang teringin gilaaaa nak posing macam ni hahaha


Since takde photographer, terpaksa minta ammar ambikkan gambar
 tapi macam biasalah cap jari dia mesti ada


Bercahaya tak muka ahkak ?

Ammar the musuh ketat




Angah tercayanggggg....


Sekian laa cerita hari jubah seketul zazazone
Moga adik2 foodtech nanti ada panduan la cemana nak menghadapi hari jubah ececeh
Daaaaa..................




-zazazone©-


Friday 31 March 2017

Trip Tak Berapa Bajet ke Pulau Perhentian 2017

Bismillahirrahmanirrahim…

Heyya gaiss.. sejak dah 2 bulan duduk rumah makan tidur ni memang terasa bosan nyaa lah hai.. banyak pulak perancangan sampai raya tahun ni. Makanya ada kemungkinan lepas raya barulah aku ni kerja bebenor alahai....

Kali ni nak share trip percutian bajet #makeithappen bebudak classmate uitm ni. Disebabkan ini trip terakhir bergelar student, so masing2 setuju nak pilih pulau perhentian. Memang eksaited sangat2 hoii sebab ni pulau idaman aku dari dulu lagi. Kekonon nak pergi untuk honeymoon tapi takpelah dah cancel sebab plan baru nak honeymoon kat Taj Mahal ekekekekee

Ucapan terima kasih harus diberikan kepada air asia sebab selalu buat promotion 6 bulan awal untuk menggalakan rakyat malaysia merancang percutian (haaa kau ayat pembaca berita aku bagi), makanya dapatlah kitorang merasa lagi sekali tiket flight murah. Dari KLIA2 – Kota Bharu cuma RM10 je sehala. Kitorang pergi 8-10 Mac, hari rabu sampai jumaat. Memang sengaja ambik weekdays sebab tak nak bertembung dengan trip honeymoon dan lagi best students pun dah start kelas masa tu hahaha. Masa nak pergi ni takut jugak sebab kL dengan jB memang hari2 hujan lebat siap banjir lagi. Alhamdulilah cuaca panas terik sepanjang kitorang dekat perhentian tu, cuma last day tu je hujan lebat lepas subuh sampai pukul 7 pagi.

tak baik ohh tipu orang first time naik kapal terbang.
 kesian weh hani percaya naik kapal terbang kena bukak kasut.


Flight ke Kota Bharu pukul 6.20 am. So malam tu semua dah berkumpul kat airport. Kekonon je memasing nak tidur kat surau tapi dua tiga orang je yang lena sebab aircond sejuk gilaaa. Sebenarnya ada 3 orang yang cancel trip last minit sebab ada hal, so ada 3 seat kosong la sebab flight dah tempah awal kan. Kesian cik aira minda menarik terpaksa duduk sorang so aku pun tukar lah seat duduk sebelah dia. Masa stewardess check kantoilah aku tukar tempat duduk tapi nasib baik dia lepak je, cuma orang belakang terlebih kepochi siap intai2 kepala haaa. Nasib baik aku tak duduk tempat asal aku sebab ghupanya dua2 yang sebelah aku tu lelaki. Ahahahaa terlepas jodoh… Pastu kekonon plan nak menikmati sunrise tapi rupanya sunrise tu kat bahagian tingkap seat sebelah sana koh koh koh..




Kali ni kitorang ambik pakej daripada Samudra Beach Chalet. Berapa harga pakej ni?? Scroll bawah sekali hahaa… Pakej ni termasuk :
  • ·        van pergi balik Kota Bharu-Kuala Besut
  • ·        speed boat pergi balik jeti kuala besut-perhentian,
  • ·        bilik penginapan, satu bilik 4 orang (aircond and electric 24 hour)
  • ·        sarapan x2, mkn tengahari x2, mkn malam x1, bbq x1
  • ·        snorkeling with equipment to 5 point
  • ·        sight seeing ( perkampungan nelayan, kincir angin, romantic beach)

*Hati2 dengan pakej over murah sebab normally pakej tu korang kena duduk bilik konsep dorm toilet kat luar, takde aircond cuma kipas je, lepas tu elektrik cuma ada waktu malam je sebab nak jimat so siang engko kena keluar tak boleh duduk bilik sebab panas ya amat, makanan yang disediakan pulak foreigner a.k.a buruh binaan yang masak. Ni pengalaman kawan aku sendiri yang pergi pakej rm200++. Last2 diorang tak makan pun makanan yg disediakan tu pastu pi beli makanan kat tempat lain. Tapi ni perempuan la cerita dia memang cerewet sikit kan especially bab toilet kat luar tu nak jaga aurat lagi. Kalau lelaki korang memang takdak hal punya.

touchdown Kota Bharu !!!!
*terpaksa update sikit sebab kantoi bebudak ni jumpa belog aku pastu diorang betulkan fakta hahaha


Pukul 7.30 am kitorang selamat sampai kat airport Kota Bharu. Sampai2 je driver van a.k.a Pok Teh dah siap pegang kertas nama trip kitorang ececeh acah2 pelancong sangat tau. Lepas tu tunggu mek thiah dengan mek ziha tak sampai lagi biasalah yang duduk dekat ni memang standard dia paling lewat sampai. Time ni semua dah start lapar pastu mengorek bekal masing sementara nak tunggu mek2 tu sampai. Laku karipap alis, ciskek mira, siap ada sapa ntah tapau Mr.Dakgalbi tak boleh blah. Nasib baik mek yang sampai lewat tu tapau kuih untuk sarapan. Maka dah cukup 11 orang maka bergeraklah kitorang.
*yang tapau Mr.Dakgalbi tu fath, dia nak kredit nama dia

On the way tu request nak sarapan nasi kerabu, nasib baik pok teh lepak je singgah kedai tepi jalan. Aku tak makan sebab kenyang lagi makan kuih2 mek thiah dengan ziha bawak. Masa makan tu, tiba2 bahu mira kena cuit dengan sorang lelaki ni. Lelaki tu angkat tangan tunjuk 10 jari dia, macam nak mintak something yang jumlahnya 10. Kitorang mula2 pelik jugak dia ni siapa nak apa ? nak RM10 ke ? Pastu semua pandang sesame sendiri dan buat2 tak nampak. Tak lama lepas tu lelaki tu blah, umur dia macam 30-an la. Lepas je dia blah semua hela nafas weh seram gila laki tu sapa nak apa apesal dia datang meja kitorang je tak pergi meja lain pun lepas tu orang lain boleh pandang je time kitorang tengah gabra tu kan. Mira boleh cakap, ‘apesal dalam ramai2 ni dia cuit aku weh?’. Dahlah mira duduk sebelah aku !!!  Kalau aku yang kena cuit dah telefon abah nangis2 agaknya cakap kena harassment bapak ah seram gila.
*fath cakap sebenarnya ada pakcik belakang kitorang bagi duit kat laki tu, lepas tu baru dia blah. fath syak dia OKU.

Perjalanan ke jeti Kuala Besut tu lebih kurang sejam. Pok Teh tu nampak je kecik, bawak van kemain laju hoii. Segala double line semua dia langgar. Dahlah jalan berbukit2. Aku pulak masa tu memang mengantuk gila satu malam tak tidur kan, terlelap la jugak dalam van tu walaupun selang 5 minit kepala terhantuk kat tingkap. Sedar2 je tudung sekali dengan anak tudung dah ke depan sampai tak nampak masa depan. Kalau orang nazak naik van Pok Teh confirm sempat mengucap dekat hospital.

Sampai kat jeti lebih kurang pukul 10 am, kitorang daftar dulu dengan agent Samudra Chalet ni. Tunggu lebih kurang setengah jam macam tu, kitorang pun gerak ke jeti dan bayar RM 5 untuk charge marine park amenda ntah pastu terus di bawa naik speed boat. Dalam bot ni mula2 aku dengan aira duduk dekat seat depan driver tu kekonon boleh sandar. Tapi ombak memang kuat gila sebab lalu tengah laut kan. Bila bot tu terhentak memang sakit gila weh terjerit2 aku dengan aira. Hentakan tu rasa sampai ke jantung dia punya dasyat. Tapi tengok orang lain ok je, kitorang je yang over sakit. Rupanya sebab kitorang sandar, so satu badan kitorang absorb hentakan tu. Bila test duduk tegak tak sandar serius takdelah sakit mana pun. Padan muka sendiri kekonon nak selesa hahaha. Perjalanan naik speed boat tu lebih kurang 40-50 minit. Kalau tak mengenangkan atas bot memang layu jugaklah mata kena angin laut.



Samudra Beach Chalet ni dekat perhentian besar. Jadinya ada jeti kecik kat situ so tak perlu terjun laut air paras pinggang sambil junjung beg macam pergi perhentian kecil so bolehlah bawak luggage macam kitorang ekekeke. Masa sampai sini rasa takleh bernafas sebab cantiknyaaa air laut dia jernih gilaa weh ! Maafkanlah kejakunan anak bandar sorang ni yang suka laut tapi terpaksa redha dengan tahap kekeruhan air laut dekat Stulang Laut JB sana sebab itu je laut yang paling dekat dengan rumah. Daripada speed boat tadi kitorang pindah masuk lagi satu bot yang kecik sikit, mungkin speed boat tu takleh lalu air cetek. Bot kecik tu pulak kemudiannya bawak kitorang sampai jeti. Don’t worry tak ada tambah duit apa2 korang ikut je cakap pakcik bot tu.

Senyum muka tak mandi pagi




Kitorang check in pukul 12 tengahari. Kat sini tak ada line telefon lain kecuali Celcom. Line lain semua jadi roaming. Ada disediakan wifi kena mintak kat reception tapi aku masuk password harem takleh access haha. Masa masuk bilik tu buat kelakar pulak dah tiba2 tak ada elektrik, ada problem sikit masa tu. Tapi kitorang bedal je bukak tingkap, selak sikit langsir pastu mandi, solat and tidur. Bilik dia just nice je ada kelengkapan basic macam katil, meja solek dengan almari. Nak iron, sejadah apa semua kena pi mintak kat reception. Tapi dinding dia nipis jugaklah tahap orang sebelah angkat takbir nak solat pun kau boleh dengar. Pukul 2.30pm pergi makan tengah hari. Sedap masakan diorang, don’t worry memang orang melayu yang masak. Portion pun banyak, memang kenyang siap boleh ratah lauk lagi.
Gambar bilik- aku ambik kat google tapi ni lah rupa dalam bilik tu


cik minda menarik ehem ehem

Pukul 4 petang kitorang naik bot untuk trip sight seeing tu. Mula2 pergi perkampungan nelayan, tengok life penduduk kat sini. Ada sekolah, balai polis, rumah2 semua. Kalau korang nak tapau jajan ke, makan malam ke boleh beli kat sini. Aku beli 100 plus je sebab rasa badan macam lemah2 je tak cukup tidur rasa nak demam semua ada. Kitorang jalan2 gitu je sebab taktau nak pi mana haha. Dalam 40 minit macam tu, bot datang balik bawak pergi kincir angin.

Disebabkan tangga ke kincir angin tu dah roboh, so kenalah hiking sikit. Brother bot tu tunjukkan laluan and bagi masa lebih kurang 1 jam 40 minit la kat situ. Aku pernah baca blog fatin liyana dia kata track tu takdelah susah sangat even dia sendiri pun hiking pakai selipar dengan kain lagi. Yelah fatin tu fit memanglah tak susah bagi dia hahaha. Trip kitorang ni ada macam2 size so slow la sikit pendakian tu tak sampai hati nak tinggalkan yg lain. Memang habit aku dari zaman sekolah dulu kalau jungle trekking mesti aku duduk belakang sekali, macam ada kewajipan make sure semua orang ada depan aku acah2 ketua sangat jaga anak buah hahaha. Pastu hiking pulak pakai selipar je masing2 memang mencabar jugaklah sebab ada sesetengah part tu licin. So, better korang pakai kasut bawak kalau nak pergi sini untuk lebih selesa dan selamat.

Setiap mat salleh yang turun kitorang tanya jauh lagi ke saja nak ramah mesra plus dengan harapan cepatnya berakhir penderitaan. Korang tegur je mat salleh ni semua serius memang ramah and polite. Nasib baik aku beli 100 plus tadi weh tak sangka penat jugak rupanya hiking dia. Lebih kurang 30 minit, sampailah kat puncak tu. Dah sampai sana betul la kata uncle mat salleh tu,

 ‘you’ll love the view, its so fantastic…’

cantikkkk gilaaaaaaaaaaa





Dasar seorang fath masa kau tengah kepoh2 laa dia pi ambik gambar

Lebih kurang pukul 6.30 am, kitorang pergi pulak ke Romantic Beach untuk tengok sunset. Kecik je pantai dia tapi pasir putih melepak gila kalah ed sheeran. Kalau orang honeymoon mungkin enjoy la moment ni tapi dasar kitorang semua tak romantic langsung pi bantai mandi2 ambik gambar macam2 aksi dan tengok gitu2 je sunset tu koh koh koh







Malam tu cuma pergi makan dan aktiviti bebas. Kitorang siap lambat sikit sebab balik dari romantic beach tu pun dah maghrib kan. lepas tu gilir2 mandi solat apa semua jadi pukul 8.40 pm tak pi makan lagi padahal pukul 8 dah boleh pi makan dah. Gigih pekerja dia datang ketuk pintu bilik tanya, " tok gi make ko?" Malunya laa hai anak dara makan berjemput...

Waktu malam dekat perhentian besar ni hambar sikit, tak meriah macam perhentian kecil siap ada unggun api persembahan itu ini kan. Kat sini memang sunyi je. Kitorang pun semua tidur awal qada balik tidur yang semalam. Sebelum tu urut kaki dengan minyak angin nak bagi surut lenguh hiking tanpa warm up siang tadi huhu.

Hari kedua bermula pukul 9 pagi lepas sarapan, kitorang pergi snorkeling. Lupa dah point pertama tu apa, tapi kat tepi pantai je. Abang bot tu cakap tempat ni untuk praktis dulu sebab tak semua orang pernah snorkeling kan. Masuk2 je rasa seronok sangat sebab air jernih gila ikan pun banyak. Beza sangat dengan snorkeling masa kat Pangkor dulu, air keroh ikan pun tak berapa nampak. Sayangnya tak ambik gambar kat sini cuma video je itu pun untuk tontonan sendiri je haha. Paling best bila nampak ikan nemo tu. Kecik dan comel je. Tapi ikan tu dekat bawah, kitorang pulak terapung pakai life jacket sebab memasing harem tak reti berenang so tak dapatlah nak tengok dekat2.


Nah, belanja video sikit masa kat sini,



Next point, kitorang pergi tengok turtle pulak. Tempat tengok turtle ni kat tengah laut bukan tepi pantai jadi kena berani sikit lah. Masa atas bot dah nampak bayang2 turtle tu kat tepi bot so kitorang pun teruslah terjun. Tapi laju gila natang ni berenang tak nampak apa dalam air tu biru je. Lepas tu dengar orang bot sebelah cakap ada turtle kat side diorang kitorang pun kayuhlah berenang ke sana tapi tak nampak. Lepas tu bebudak yang tak turun kat atas bot ni cakap nampak kat seberang sana pulak tak larat dah nak berenang masa tu. Nasib baiklah abang bot ni memang baik, dia yang tarik kitorang pergi side sana so kitorng paut je dekat pelampung tu ramai2. Power gila ah abang tu tarik kitorang 6 orang hokeh. Tapi tak ada rezeki still tak nampak jugak. Abang bot yang baik hati tu pun patah balik sorang2 ambik bot pastu kutip kitorang yang terapung kat tengah alam tu.

Terjun nak tengok penyu, penyu tak ada.... !!!

Next point ni namanya Coral Bay kot? Sungguhlah aku tak ingat main terjun je haha. Kat sini lagi banyak batu karang/coral dan ikan berbanding point pertama tadi. Tapi kitorang semua pernah ada pengalaman pahit dengan coral ni masa dekat Pangkor habis kaki semua luka2 dan calar sebab coral ni tajam gila tau tak boleh pijak langsung. So kitorang cuma snorkeling dekat tepi2 je tak berani nak pergi tengah2 in case terpijak coral tu. Nampaklah ikan duduk kat celah2 coral tu tengah cari makan, ada bentuk macam gua sikit dalam dan gelap je. Takut jugaklah sebab dalam air tu dah lah sunyi mulalah terbayang benda bukan2 keluar dari situ hahaha. Masa ni rupanya bateri camera yicam tu dah habis so penatlah rakam video dalam air padahal takdak rakam pun kahkahkah. Tak dinafikan memang penat berenang even pakai life jacket sebab kena kayuh lawan ombak semua. Patutlah aku baca blog semua cakap takyah ambik point banyak sangat untuk snorkeling ni sebab penat. So bawaklah air masak, coklat ke, roti ke untuk topup balik tenaga engkorang.



Next, pergi ke Shark Point pulak. Mula2 pergi kat point pertama ni tapi driver bot kat situ geleng2 kepala cakap takdak shark. Pastu abang bot tu cakap takpe kita pergi point lagi satu tapi ombak kuat sikitlah takpe ea? Kitorang pun ok je. Sampai je kat situ adalah 3,4 bot lain tapi tak ramai pun yang terjun ada 5,6 orang je yang turun. Kitorang pun tak turun semua sekali ada yang dah penat. Atau mungkin diorang tu ada yang period kot takut encik shark tahu rahsia dia heheheheeeeee. Terjun kat sini pun sama macam turtle point tu, kawasan laut dalam dan kaki memang tak cecah bawah. Ombak memang maha dasyat, dahlah goggle aku buat hal tetiba masuk air, aku pulak pakai lens kan cari penyakit tu nama dia, pastu masa nak lap kena tolak dengan ombak terumbang ambing la jugak siap bayangkan macam manalah orang yang lemas kat tengah laut tu kena pukul ombak kan. Serius memang kuat gila sampai abang bot tu bagi pelampung suruh kitorang paut. 
*mira cakap ekceli dia yang mintak pelampung tu tapi semua sibuk nak paut hahaha

Macam biasa abang bot yang baik hati tu yang menyelam, pastu dari mana ntah dia dapat bangkai ikan dia carik2 isi dia nak tarik perhatian shark tu. Ikan2 yang lain pun berkumpul kat area situ semua berebut nak makan isi bangkai ikan tu. Ganas ikan2 kat sini, bagi roti pun kemain gangster diorang sambar. Pastu abang bot suruh kitorang menyelam. Nampaklah ada seekor shark, anak shark kot saiz sederhana je tak sampai 1 meter pun ada berenang kat situ. Nasib baik kecik, kalau besar ketaq jugak ah haha. Tak lama lepas tu nampak lagi sekor, besar sikit dari yang tadi. Alhamdulillah ada rezeki nampak shark kitorang pun naiklah bot balik.

Last sekali, point terakhir pergi Lata Berani. Dekat sini tak ada apa2 pun, cuma ada air mata air je. Tapi air dia sejuk sangat macam air peti ais. Abang bot tu bagi kitorang gayung untuk cedok air tu buat bilas badan. Memang sejuk sampai ke tulang sum-sum dan segar sangat. Lepas tu posing2 ambik gambar sebab view boleh tahan lawa. Lepas tu balik semula naik bot.



Kitorang sampai ke chalet lebih kurang pukul 2 petang. Terus je makan tengah hari dengan baju basah tu sebab kalau nak tunggu balik bilik tukar baju mandi dulu mau pukul 4 tak makan lagi. So petang tu semua tidur sebab penat. Dalam pukul 6.30 pergi balik mandi laut last sekali sebab esok pagi dah nak balik dah. Malam tu pulak makan BBQ. Diorang dah siap bakar kitorang tinggal makan je. Jangan high expectation sangatlah bila dengar word BBQ tu haha. Diorang cuma bakar ikan kembung balut daun pisang, ayam dengan sotong besar cicah cili kicap makan dengan nasi putih. Oklah tu merasa jugak makan bakar2.



Esoknya pukul 7.30 am kitorang dah sarapan sebab ambik trip balik pukul 8 am. Memang ambik trip awal sebab plan nak singgah pasar siti Khadijah sebelum ke airport hehe. Memang punctual jugaklah bot sebabnya trip pertama dari perhentian-jeti kuala besut memang pukul 8am pun, dan trip pertama jeti kuala besut-perhentian pulak pukul 9 am. So ngam2 je timing tu kan makanya please be punctual jugak dan ikut masa pakcik bot ni sebab banyak pahala kita memudahkan urusan orang lain. Dengan berat hati terpaksalah meninggalkan perhentian ni. Rasa tak cukup je 2 hari dan memang terus berazam dah time tu aku nak datang sini lagi. Cancel la plan nak pergi Taj Mahal tu, tukar pi perhentian balik haha. Sampai je kat jeti kuala besut punyalah ramai ummat tengah tunggu bot. Sebab hari Jumaat kan, dah weekend so memang ramai la. Beza gila kitorang waktu sampai sunyi sepi tak ada orang langsung hahaha.

Bye bye perhentian ada jodoh kami bawak jodoh datang lagi

Sekian, tamatlah sudah trip perhentian kitorang. So harap2 entry kali ni membantu untuk siapa2 yang plan nak pergi perhentian, especially under Samudra Beach Chalet punya pakej. Aku bagi 4/5 bintang la untuk total pakej dan servis diorang dengan bayaran RM 390 untuk setiap seorang. Mungkin agak mahal sikit tapi memang selesa penginapan, snorkeling trip, transportation dan especially makanan memang puas hati air semua cukup manis makanan pun cukup rasa. Sebab yang pergi ni semuanya perempuan jadi memang particular sikit la bab2 keselesaan ni haha.
*again, fath cakap dia dah search inilah pakej paling murah paling berbaloi paling banyak good feedback dari member2 dia yang kaki travel. banyak pulak nama kau fath dalam entry nih..

till then, pergilah melancong segalanya ada di Malaysia
ekekekee



-zazazone©-


Thursday 16 February 2017

Ijazah Sains dan Teknologi Makanan UiTM Shah Alam - Pilihan Minor

Bismillahirrahmanirrahim...

Heyya gaisss !

Alhamdulillah, pejam celik dah tamat dah dua tahun setengah degree aku kat uitm shah alam ni. macam2 dugaan kalau nak cerita, especially FYP haha. Sekarang tengah tunggu tarikh konvo je insha Allah...wink wink.

dulu dah janji nak cerita sedikit sebanyak pengalaman bergelar student foodtech ni. makanya sekarang ni masa yang paling sesuai memandangkan belum start kerja lagi kan. cuma tu la korang kena la bersabar sebab cik zazazone ni memang ada penyakit suka tulis karangan. bertabah laaa baca sampai habis ye anak2...

Kali ni aku nak cerita pasal minor dalam degree foodtech. Disebabkan mungkin ramai adik2 yang akan baca entry ni, makanya otomatik bahasakan diri ahkak la ye hikhik. Entry ni memang agak panjang sebab ahkak engkorang ni pendam 5 semester nak share pengalaman ni. Makanya duduk diam2 dan baca sampai habis sebab entry nilah yang akan sum up pilihan engkorang untuk 2 tahun 5 bulan dekat uitm shah alam nanti hokeh.

Untuk pengetahuan semua, ada dua minor untuk degree foodtech ni. Minor ni lebih kurang mcm pengkhususan la. Dua minor tu ialah Food Safety and Quality (FSQ) dan Islamic Food Law (IFL). Nak tengok beza subjek antara dua minor ni boleh refer sini sini sini . Basically korang akan still belajar benda yang sama untuk semester 3-6, sebab setiap sem cuma ambik satu je subjek minor ni. So korang still akan belajar kelas yang sama, split kelas untuk subjek minor je lah. Tapi bila dah masuk semester 7, memang totally kena split kelas sebab subjek semester ni dah totally ikut pilihan minor kita.

Cuma bagi pandangan ahkak la kan, untuk sesiapa yang memang minat untuk kerja dalam industri makanan digalakkan untuk ambik FSQ sebab subjek2 minor FSQ ni sangat memenuhi permintaan dan keperluan industry. Untuk sesiapa yang lebih berminat dengan makanan halal, makanya ambiklah IFL sebab subjek IFL merangkumi subjek asas shariah yang sangat luas penggunaannya dan bukan hanya specific pada makanan sahaja tapi setiap aspek kehidupan kita.

Korang akan start kena pilih dan ambik subjek minor ni masa semester 3, sama je untuk semua lepasan matriks ke, diploma sains atau diploma foodtech. Subjek2 IFL ni semuanya ber kod CTU, maknanya subjek bawah Fakulti ACIS , dan bukannya subjek di bawah fakulti FSG ye. Yang mana lepasan diploma sedia maklum yang subjek CTU ni biasanya dalam Bahasa Melayu. Tapi subjek2 IFL semuanya Bahasa Inggeris dik. Kawan2 ahkak yang dulu budak sekolah agama pun garu kepala jugaklah bila baca terjemahan Quran dan Hadith dalam Bahasa Inggeris.

Untuk semester 3, engkorang akan ambik subjek Introduction to Shariah. Subjek ni akan menerangkan asas2 shariah, antaranya :
  • -          Shariah and its characteristics
  • -          Historical development of Islamic Law (bermula dari zaman Rasulullah sehingga Uthamaniyyah)
  • -          Sources of Islamic law (Quran, Sunnah, Ijmak, Qiyas, etc..)
  • -          Islamic School of Thoughts (Hanafi, Maliki, Shafi’e, Hanbali)
  • -          Concept of Maqasid Shariah
  • -          Islamic Legal issue in Implementing Shariah

So, amacam ?? Macam ahkak yang memang zero basic shariah memang nganga jugak ah first time tu. Tapi Alhamdulilllah, dapat lecturer yang sangat membantu. Jangan risau sebab pensyarah pun tau kita bukan major in Islamic Studies pun, jadi diorang memang akan ajar satu2. Tanya je kalau tak faham, pensyarah ACIS setakat ni yang mengajar ahkak semuanya memang sangat baik tahap nak buat mak ayah mertua.

Mula2 tu memang susah nak adapt belajar agama dalam Bahasa Inggeris ni, sebab kita bukan tak tahu cuma tak reti nak translate pergi BI je. Contoh macam hadis Rasulullah SAW ni, 

“Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku mengerjakannya”. 

Kita biasa dengar kan ? Cer try translate pergi Bi tengok. Macam2 ayat keluar masa ustazah suruh kitorang translate. “Pray and make me as your example “, “Pray as you see me do it”, “ Pray and follow my steps” semua keluar lah. Sebab kita nak translate satu2 kan. Sekali ustazah jawab simple je, 

“ Pray, as you see me pray”….

*Tips ! รจ Bawak kamus dwi-bahasa untuk rujukan sendiri dekat kolej, download Google translate untuk guna masa dalam kelas.


Untuk semester 4, korang akan ambik subjek Islamic Jurisprudence. Subjek ni akan bincangkan lebih lagi tentang sources of Islamic law iaitu sumber utama (al-quran dan hadis) dan juga sumber kedua (yang ijma’, qiyas, ijtihad apa semua tu). Selain tu, subjek ni turut cover legal capacity of human being atau kelayakan manusia menjalankan tanggungjawab. Korang akan belajar start dari dalam perut atau featus lagi, korang sebenarnya dah ada hak untuk diri sendiri. Bermula dari featus, bayi, mummayiz dan akil baligh, semuanya ada berbeza hak untuk memperoleh dan menjalankan tanggungjawab. Lepas tu untuk kes2 macam tidur, pengsan, gila, syndrom down dan austisme, pun ada dibincangkan jugak hak2 dan tanggungjawab untuk golongan ni.

Untuk subjek ni, ustaz Y yang ajar kitorang. Dia ni suka discussion, dia akan explain briefly dan akan bagi direct example terus. Lepas tu kitorang akan bincangkan sama2. Sebab bagi dia, yang penting students dia faham macam mana nak apply konsep2 ni dan bukan stick pada contoh dalam nota je. Dan ustaz ni memang takde provide nota pun, dia suruh beli satu buku ni je dan kitorang memang refer buku tu je. Serius cool gilaaaaaa.....


Semester 5, korang akan ambik subjek Ayat dan Hadith Ahkam. Subjek ni focus pada pengkelasan ayat Quran dan Hadith dan juga ayat2 dan hadith yang menerangkan tentang halal haram sesuatu makanan. Antara yang korang akan belajar :
  • -          Ulum Quran and Ulum al-hadith
  • -          Classification of Quranic verses
  • -          The need to consume Halal and Toyyib food
  • -          Liquor and forbidden food
  • -          Slaughtering animals
  • -          Consuming carnivores, aquatic animal and najs
Subjek ni pun sangat best sebab korang akan belajar sedikit sebanyak ilmu al-Quran macam asbabul nuzul, ayat muhkamat dan mutasyabihat dan juga jenis2 hadis. Since yang mengajar pun ustazah so banyaklah sesi soal jawab yang berlaku. Lepas belajar subjek ni engkorang akan lebih faham kisah di sebalik pengharaman arak dan babi, jenis2 haiwan yang boleh dan tak boleh dimakan dan jugak secara tak langsung lebih faham ayat2 Quran sebab memang akan go through beberapa yang berkaitan dengan subjek ni. so, guna peluang yang ada sebaiknya untuk mendalami ilmu Quran ni ye.


Untuk semester 6, korang akan belajar Islamic Legal Maxims. Ini salah satu subjek favourite ahkak haha...Subjek ni juga dikenali sebagai Qawaid Fiqhiyyah, iaitu Principle of Fiqh atau kaedah fiqh. Secara ringkasnya, setiap hukum yang dikeluarkan oleh ahli agama tu mestilah berpandukan kaedah fiqh dan juga maqasid shariah.

jadi engkorang akan belajar beberapa kaedah fiqh seperti :

  • Al-Umuru bi Maqasidiha ( Acts are judged by the intention behind them)
  • Al Yaqin la yuzalu bi al-syak ( Certainty is not dispelled by doubt)
  • Al-Mayaqqah tajlib al taisir (Hardship begets facility)
  • Al-Darar Yuzal (Harm must be removed)
  • Al-'Adat Muhkamat (Custom is the basis of judgement)
Lepas korang belajar kaedah2 ni, korang akan diberi situasi lepas tu kena bincang kaedah yang mana sesuai digunakan untuk situasi tu. Antara contohnya, rumah Ali terbakar. Ali dan isterinya berjaya menyelamatkan diri. Namun segala dokumen perniagaan Ali masih di dalam rumah tersebut dan api semakin marak. Ali tekad dan kembali memasuki rumahnya yang sedang terbakar itu untuk menyelamatkan dokumen2 tersebut. Jadi, apa kaedah fiqh yang sesuai untuk situasi ni ? Nak tau kena masuk kelas belajaq dulu la..


Lastlyy, welcome to semester 7 !!!!!

Disebabkan ini final semester maka ada 3 subjek minor yang engkorang kena ambik iaitu :

1) Muamalah in Islamic Business

engkorang akan belajar jenis2 transaksi komersial, insurans, kontrak dan partnership/ rakan kongsi, semuanya yang berkaitan dengan muamalat atau perniagaan. boleh dikatakan hampir semua terms2 yang diguna dekat bank yang pernah dengar je tapi tak faham maksud korang akan belajar dalam kelas ni. mula2 macam tough jugaklah macam kejadah apa budak foodtech kena belajar subjek ni eheh...tapi ikhlaskan lah hati nak buat cemana memang wajib ambik kan. tapi bila dah belajar best jugaklah, cuma syllabus dia banyak sikit je hehe....sikit je...betul sikit...

Antara yang engkorang akan berlajar dlm subjek ni:
  •  Sale Contract
  • Concept of contract and agreement
  • riba
  • ijarah
  • ujrah
  • riba
  • khiyarat
  • mudharabah
  • musyarakah
  • Bai istisna'
  • Bai Salam
  • Bai Bithaman ajil
  • Hiwalah
  • Kafalah
  • Rahn
  • Qardh
  • Wadiah
  • Wakalah
  • Takaful
sikit kan ? ehehehehee.... (nasib baik aku dah lepas azab...)


2) Fiqh and Other Religious Food Concept

Bila dah belajar asas2 shariah dan fiqh, insha Allah sangat mudah nak faham subjek ni sebab semuanya dah tau dari previous subjek, cuma tambah other religious food concept je. Antara yang engkorang akan belajar dari subjek ni :

  • Classification of food and drinks
  • Slaughtering
  • Halal food processing
  • Other religious food concept (vegetarian/kosher/non-kosher)
  • Fasting (perspective from Islm/christian/jews/budhism/hinduism)
  • Contemporary issues (organic food/fast food/ junk food)

3) Halal Standard, Food Law and Sanitation

Subjek ni lebih fokus kepada manual pensijilan makanan Malaysia, especially MS 1514:2009 (GMP) dan MS 1500:2009 ( HALAL) dan HACCP. Engkorang akan belajar pasal food sanitation, pest control, slaughtering apa semua tu lepas tu macam mana cara nak apply dalam premis berdasarkan Malaysian Standard atau manual pensijilan tu semua. Benda ni sangat penting kalau nak apply kerja di bahagian QA (Quality Assurance). ni based on pengalaman ahkak masa intern dulu dik...hehe


TAMAT

Jadi itulah sedikit sebanyak sinopsis minor in IFL yang ahkak boleh kongsikan. Maaf untuk sesiapa yang berminat dengan FSQ ahkak tak dapat nak share sekali. 

Jadi mula dari sekarang engkorang dah boleh mula google apa yang patut mengenai subjek2 yang ahkak share kat atas ni. takkanlah ahkak nak suap semua dik, buat homework sikit dik. ni masa depan awak ni. taip je nama2 subjek yang akan mention tu, nak lagi senang faham tengok video kay.

Nak tau apa yang lagi best pasal subjek2 minor ni ???????

Disebabkan semua subjek ni bawah fakulti ACIS, makanya sistem pemarkahan dan final exam pun tak sama. Biasanya carrymark 50%, final exam 50%. Beza dengan subjek fakulti yang sampai 70% carrymark kan sebab ada lab report. normally subjek fakulti FSG akan ada 3 kali test = 30 markah kan? kalau subjek minor ber kod CTU ni, korang cuma ada 1 kali test = 20 markah, presentation=10 markah, assignment=20 markah. kalau tak perform test memang kacau gila gred subjek tu sebab boleh ambik sekali je. Cumanya untuk final exam, korang akan diberi 6 soalan dan cuma jawab 4 soalan sahaja.

 kan best tu boleh main pilih2 nak jawab soalan mana yang kita suka....

Sekian je perkongsian kali ni. Insha Allah kalau nak tanya apa2 boleh je drop komen kat bawah ye. ahkak tolong setakat yang mampu... :)

zazazone©