Saturday 29 December 2018

Apa itu Pengkelasan Makanan ?

Bismillahirrahmanirrahim...

Hey gais !
Setelah setahun tak menulis, akhirnyaaaaa......haha
Biasalah perangai hot hot chicken poops
Dah tulis separuh lepas tu simpan dalam draft lepastu buang ekekeee

Ok, hari ni aku nak share serba sedikit tentang pengkelasan makanan
Benda ni penting untuk kita orang awam untuk ambil tahu
Apatah lagi bakal2 student foodtech ataupun lepasan bidang makanan sendiri.

Ok, untuk pengetahuan aku adalah lepasan degree sains dan teknologi makanan,
Selepas habis belajar, aku sempat kerja selama hampir 4 bulan di sebuah kilang OEM sebagai Halal Executive.
So basically, kilang ni menyediakan servis menyediakan produk makanan untuk usahawan kat Malaysia ni.
Banyak jugak produk popular yg dibuat kat sini.
Masa aku mula2 masuk kerja tu macam wow jugak lah haha

**disclaimer : penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman aku bekerja masa tahun 2017. Jadi berkemungkinan besar dah ada banyak perubahan, penulisan ni TIDAK up to date, jadi anggap ni hanya sebagai panduan sahaja ya.

So walaupun nama jawatan aku Halal Exec, tapi segala kerja berkaitan sijil aku kena handle.
Contohnya permohonan pengkelasan makanan, sijil halal, semakan label, MESTI, BeSS dan macam2 lagilah.
Di samping tu, aku juga bertanggungjawab untuk consult bakal client tentang syarat2 untuk permohonan sijil2 ni,
Sebab tak ramai bakal client yg betul2 knowledgable tentang produk diorg.
Mostly serahkan bulat2 pada kilang untuk uruskan, diorang bg budget je.

Tp ada juga yg mmg particular, dan diorg sediakan sendiri bahan ramuan dan sebagainya,
kilang ni hanya tempat untuk packaging sahaja.
So, tak boleh nak pukul rata jugak semua founder produk,
sbb ada yg mmg bertanggungjawab dan tak dinafikan ada juga yg hanya nak kejar untung semata.

Secara general, ada tiga jenis produk makanan di pasaran iaitu :
1) Makanan
2) Ubat
3) FDI (food-drug interphase)

Apa beza dia ?

1) Makanan
- produk makanan yg boleh terus dimakan. yg dijual dan mudah didapati di pasaraya dan kedai runcit.
Contoh : keropok, mi segera, air kotak, air gas, kordial, etc..

2) Ubat
- produk yg hanya dijual di bahagian ubat-ubatan, yg mana bertujuan untuk melegakan atau mengubati sesuatu simptom penyakit. Perlu ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Contoh : Panadol, Gaviscon, Ubat batuk, etc...

3) FDI
- ada gabungan ubat dan makanan. Bentuknya makanan, tetapi ada campuran bahan2 aktif yang mampu memberi kelegaan selepas di ambil.
- biasanya mempunyai kandungan bahan aktif yang tak melebihi 20% dari keseluruhan produk. Bahan aktif ni senang cakap, bahan makanan yang perlu dimasak sebelum dimakan, yg secara normalnya tidak dimakan begitu sahaja.
Contoh bahan aktif : asam jawa (garcinia cambogia), asam keping, halia, kunyit, serai, kayu manis, lengkuas, etc..

Nak kenal produk FDI ni senang je.
Kalau korang nampak produk2 yang ditulis macam ni :
- Jus campuran botanikal ...... dan ........
- Jus botanikal campuran ...... dan ........
- Minuman botanikal campuran ...... dan ......

Haaa, biasanya produk FDI la ni. Selalunya dia campuran makanan dan bahan aktif.
Contoh : Jus botanikal campuran delima dan garcinia cambogia

Jadi setiap produk makanan yang nak dijual,
perlu didaftarkan dahulu sebab nak tahu dia jatuh kat kategori makanan, ubat atau FDI ?
Pendaftaran ni wajib buat sebelum makanan ni dijual kepada orang awam.

So, inilah dia yang dinamakan Permohonan Pengkelasan Makanan.

Tujuan?
Nak tahu produk ni jatuh kategori mana

Hantar pada siapa?
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM),
unit BKKM ni adalah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Apa yg perlu disertakan?
Ramuan produk, Formulasi produk (percentage % setiap ramuan), Fakta nutrisi, Label lengkap produk, Gambar sebenar produk (botol/kotak/sachet), Bayaran RM 250 untuk setiap produk

Berapa lama masa diambil untuk tahu keputusan ?
Minimum 14 hari bekerja

Siapa yang kena hantar permohonan ni?
Pihak kilang sebab pihak BKKM akan acknowledge produk keluaran siapa.
Walaupun produk milik founder, tapi still keluaran pihak kilang.

Jadi, akulah orang yg bertanggungjawab menyediakan borang2 ni untuk dihantar pd pihak BKKM.
Selepas 14 hari kena call untuk follow up keputusan permohonan.
Nanti pegawai bertugas akan hantar keputusan melalui email.

===========================================

Kalau produk jatuh kategori Makanan dan FDI,
produk ni tertakluk bawah Akta Makanan 1963 dan Peraturan-peraturan makanan 1985.
- tak boleh letak sebarang claim kesihatan

Kalau produk jatuh kategori Ubat / Persediaan Tradisional,
produk ni perlu berdaftar dengan pihak KKM dan tertakluk bawah akta ubat-ubatan.
- boleh letak claim, sebab sah berdaftar.

===========================================

Contoh produk jatuh kategori makanan


Contoh keputusan produk jatuh kategori FDI


Jadi, inilah tujuan utama Permohonan Pengkelasan Makanan.
Selain tu, kena ada surat ni untuk proses nak mohon sijil halal pulak.
Kalau sijil halal untuk makanan, lain proses permohonannya.
Kalau sijil halal untuk produk ubat & farmaseutikal, lain juga prosesnya.

Banyak sebenarnya yg dititikberatkan untuk proses Pengkelasan Makanan ni.
Antaranya, kena pastikan ramuan dan label produk tak misleading.

Contoh : Ramuan utama jus kurma, tapi gambar pada label buah delima.
Tak boleh ye. Kalau ramuan utama kurma, gambar paling besar pun mesti kurma jugak.
Tak boleh ada misleading yang boleh buat pembeli keliru.

Tapi zaman lambakan produk OEM kat pasaran ni,
Ramai founder yang menyalahgunakan surat pengkelasan produk ni sebagai bukti produk diorang lulus KKM.

Tidak. Bukan. Salah sama sekali !


Surat ni tujuannya, nak tahu produk tu jatuh dalam kategori apa. Itu sahaja.
Memang produk tu tak perlu berdaftar dengan KKM, sebab ianya makanan.
Contoh macam biskut krim, perlu ke daftar KKM ?
Tak payah, sebab dia mmg makanan. Tapi harus wajib follow akta makanan.

Yang jadi isunya, bila founder nak claim produk tu bagus untuk kesihatan.
Contoh : Jus limau segera, claim membantu menurunkan berat badan tanpa perlu berdiet.
Kalau macam ni, tak boleh cik kak cik abang sekalian. Sebab dah melanggar akta dan peratuan makanan.

Kalau nak letak claim, make sure produk tu memang di bawah kategori Ubat/Persediaan Tradisional.
Make sure produk tu menjalani ujian khas di makmal, betul terbukti kandungan produk tu selamat dan ada kesan positif apabila diambil, dan dijamin keselamatannnya oleh pihak KKM.
Ini sifat founder yang bertanggungjawab.

Pengkelasan Produk ni hanya tengok apa yang pihak kilang hantar sahaja.
Tak ada check makmal formulation produk tu bahaya ke tidak, berkesan ke tidak.
Tak ada !
Sebab beribu-ribu permohonan dihantar, manalah diorang larat nak check satu2.
Jadi apa yang kilang hantar, itu yang diorang check.
Kilang tipu formulation ? Founder suruh kilang adjust2 sikit formulation ?
Haaa, tanggunglah dosa tu sendiri huhu...

**Ni pun antara sebab aku resign jugaklah. Sebab asyik dapat desakan suruh ubah itu ini untuk make sure produk ni jatuh bawah kategori tertentu untuk kepentingan sesetengah pihak. Berdosa tau tak tipu-tipu ni huhu...


So please, kalau korang nak beli produk,
Lepas tu seller bagi surat pengkelasan ni sebagai bukti produk lulus KKM.
Aku nasihatkan, JANGAN BELI !

Sebabnya, seller atau founder tak ada integriti.
Sebab ramai je founder yang pass surat ni dekat ejen, ni bukti produk tak payah daftar KKM.
Dan ejen pun ikut.


Antara penipuan berkaitan Surat Pengkelasan Makanan :

1) Ada juga seller yg letak ayat :
"Finally produk kami mendapat kelulusan pengkelasan makanan dari KKM dengan nombor rujukan....."

Tak ada istilah dapat kelulusan cik kak cik abang sekalian.
Tujuan surat tu nak bagitau produk dia kategori apa je.
Produk dia jatuh kategori Makanan ke, Ubat ke, FDI ke,
Tiga2 pun lulus haha, takde yang fail pun.

Yang fail bila dia tak nak ikut peraturan je. Produk dia Makanan tapi jual dan claim produk dia boleh bagi mengubati sekian sekian..



2) Nombor rujukan KKM Pengkelasan Makanan
- Itu hanya nombor rujukan surat pengkelasan makanan sahaja, bukan nombor kelulusan KKM.

Kalau berurusan dengan surat rasmi, mmg ada nombor rujukan.
Nombor rujukan tu tarikh je pun.
Macam contoh dalam gambar atas ni, tarikh permohonan surat ni adalah pada 04/03/2014.
Nombor belakang tu nombor rujukan pihak BKKM la untuk kategori produk apa dan sebagainya, sama sekali bukan nombor kelulusan ya, jangan keliru.

Hanya produk persediaan tradisional/ubat sahaja yg perlu berdaftar dengan KKM.
Nombor rujukannya wajib bermula dengan perkataan MAL dihadapan.
Contoh : MAL123456789T

Kalau produk kosmetik, nombor rujukannya bermula dengan perkataan NOT
Contoh : NOT123456789

Iye betul, produk ni dah didaftarkan untuk pengkelasan makanan dan itu nombor rujukan pendaftaran tersebut.
Yg salah, bila mana cara founder/seller letak nombor rujukan tersebut seolah itu adalah nombor kelulusan KKM.

Pengkelasan Makanan - hanya nak tentukan kategori produk berpandukan maklumat yg pihak kilang sediakan.
Lulus KKM - dijamin selamat untuk dimakan/diminum oleh pihak KKM. Ada ujian dan saringan sebelum produk dibenarkan dijual pada orang awam.

Jauh beza tu...

=======================================================
Tanggungjawab kita sebagai seller untuk tahu dan arif tentang apa yg kita jual.
Dan tanggungjawab kita sebagai pembeli untuk tahu apa yg kita beli.

Be responsible to our own body.
You are what you eat.
Kita makan 'sampah', 'sampah' la badan kita huhu...

Ingat balik semula,
Surat Pengkelasan Makanan hanya untuk kita tahu produk tu jatuh kategori mana.
Itu sahaja.

-zazazone©-