Sunday 26 January 2020

SEMPORNA TRIP 2019 - PART 2


Post part 1 boleh baca kat sini
>>> https://budakspecbintang.blogspot.com/2020/01/semporna-trip-2019-part-1.html


Day 3
========================
So hari ketiga, aktiviti kitorang adalah untuk hiking kat Pulau Bohey Dulang, dan ada 2 sesi snorkeling dekat Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan.

Malam lepas balik dinner tu, En Adli dah buat short briefing dulu
So kitorang dah ada gambaran and dah ready nak prepare apa yang patut.
Since dekat Mabul kitorang tak banyak gambar, so kali ni kitorang add on sewa GoPro hehe.
Sewa GoPro tu RM 100, kongsi 3 orang bolehlah tong-tong kan.
Plus diorang yang ambikkan gambar, kita tinggal posing je so berbaloi la tu weh.

Untuk trip ke Bohey Dulang, ada lagi sorang tour guide yang bawak kitorang iaitu Angah.
This time Alai tak dapat join sebab dia cuti.
Diorang kata nasib baik Alai tak join, kalau Alai jumpa Angah hari biru jadinya.
Sebab, Angah pun sama lebih kurang masuk air macam Alai.
Positif betul diorang ni, memanjang gelak je semua benda pun kelakar haha

So pagi tu kitorang sarapan dekat restoran biasa
Sarapan buffet, boleh makan banyak mana yang kita nak
Pilihan takdelah banyak, tapi kenyanglah weh ada bihun, maggi, sosej, ayam goreng, telur sambal semua.
Cumanya pagi tu seram sikit sebab hujan, so diorang risau kalau kat sana pun hujan so track tu licin.
Time ni dah pakai baju snorkeling siap2, sarung je baju hiking kat luar.

Dalam pukul 9.30 am macam tu baru kitorang naik bot.
Lagi sekali dugaan, enjin bot tak hidup lagi sebelah.
Diorang repair ketung ketang bagai, dekat 10.30am jugaklah baru kitorang gerak.
Sampai kat Bohey Dulang dah pukul 11.30am macam tu.
Kira masa hiking tu dah tak pagi la, dah panas terik. agar mencabar la time tu huhu.



credit to angah for this gambar lawa

credit to angah for this gambar lawa

credit kat najwa je hahaha


Puncak Bohey Dulang ni takdelah jauh, 700 meter je. Tapi dia curam ! haha
Serius talk aku memang pancit weh
Sebab stamina memang out, kerja duduk makan tido je kan. Ofis tingkat 2 pun naik lif kah kah.
So banyak kali berhenti nak ambik nafas.
Boleh kata every 100 meter checkpoint je mesti berhenti.
Compare dengan hiking kat kincir angin Pulau Perhentian, lagi jauh sana aku rasa. Cumanya sana tak curam, dia jauh tapi jalan landai.
Yang paling hampeh bila pelancong China selamba je hiking pakai short, pakai skirt, siap kain meleret bagai macam nak pi photoshoot tu lalu pass kitorang.
Diorang ni tak semput ke woihhh hahaha




Lepas almost 40 minit hiking, Alhmdulillah finally kitorang sampai jugak kat puncak.
Orang time tu agak ramai, semua memang tak lepas peluang la ambik gambar.
Subhanallah, memang serius cantik sangat sangat sangattttt......
Ni one of the reason aku nak datang sini, sebab terbakar je tengok orang share gambar
Finally berjaya jugak sampai sini.
dah sampai baru ada sinyummm
again, credit to angah for this breathtaking viewwwwwwwww


bila suruh posing tapi kau kayu nampak sangat fake kah kah
Masa mula sampai tu kitorang lepak-lepak dulu ambik nafas
Plus memang orang tengah ramai, nak posing pun tak feel weh orang sebelah masuk gambar kau.
Tak lama lepas tu ramai yang dah start turun sebab dah tengahari, matahari memang dah terpacak atas kepala.
Lepas tu apa lagi, puncak itu kami yang punyalah !!! haha
Memang sakan la ambik gambar, cuma bertabah je muka rentung cam haremm
Banyak video sebenarnya tapi malas nak upload sini buat loading je korang nak scroll kan heh heh


Angah dengan Alai sama je selalu kutuk kitorang tak reti posing cettt

We take Bohey Dulang !

Dah sakan bergambar barulah kitorang turun.
Masa turun ni tak jauh, 600 meter je, cumanya dia lagi curam.
Tapi dah ada tali and certain area tu dah ada tangga so ikut je.
Gigil weh lutut nak tahan badan, sumpah tak tipu hahaha
Ingat aku sorang, rupanya najwa dengan mira pun sama lutut vibrate, sapa ntah gatal main miscall2.
Terjelepuk la jugak aku sekali tu sebab ralit rakam video, sedar2 dah melutut kat tanah.
Seluar tak koyak tapi lutut luka plus lebam jugaklah, nampak nau berat.

Masa dah sampai bawah tu, langit memang dah gelap sangat dan tak sampai 10 minit hujan lebat
Meanwhile, kitorang makan bekal lunch dulu.
Nikmat betul makan atas laut dalam hujan fuhhhhh




Selesai makan, hujan pun berhenti dan kitorang pun gerak ke Pulau Sibuan.
Disebabkan dah lambat, air dah surut, so kitorang tak dapat masuk ke Pulau Mantabuan.
Dah rugilah satu session kat situ.

Sampai je kat Pulau Sibuan, Angah bagi chance kitorang fefeeling diva dulu ambik gambar bagai.
Pulau tu kecik je, tapi pasir putih sangat.
Air takyah cakap la semua tempat pun jernih.
Dia punya level jernih tu, bila masukkan air laut dalam botol mineral, tak boleh beza mana air laut mana air mineral.
Gambar banyak tapi takleh share sebab hmmm cekci hahaha

ye, inilah antara gambar yang dikatakan fefeeling diva
Lepas tu kitorang buat semula sesi water confident, praktis balik cara berenang and pakai fin tu.
Time ni Wan buat coaching one to one dengan aku ajar berenang.
Tapi jujurlah aku rasa fin tu banyak main peranan, serius.
Memang beza pengalaman snorkeling sebelum ni tak pernah pakai fin, pakai life jacket je, memang tak confident weh.
Plus sebab masih boleh bernafas guna mulut kan, memang mudah la, sebab aku paling tak reti nak control breathing tu.
Si mira dengan najwa mati2 aku ingat diorang buat water confident dengan Angah, rupanya sambung photoshoot cehhh
Bukti tak main tipu kaki jejak bawah hakhak

Lepas dah ready, kitorang naik semula ke bot dan pusing ke belakang pulau tu sikit untuk snorkeling.
Kat sini ombak dia kuat sikit, memang terlambung2 jugaklah.
Time tu acah berlagak gila snorkeling tak pakai life jacket
Sebab group lain semua timbul tak bergerak2 dengan life jacket diorang haha
Kitorang acah sikit la laju je kejap kat sana kejap kat sini
Kat sini diorang bagi roti, so kitorang bagi ikan makan
Mula2 aku taktau, aku carik2 roti tu bg ikan
Pastu Angah tegur, kamu ingat kamu YB kah bagi ayam makan ?
Kuajaq dia perli aku.
Rupanya dia kata ramas je roti tu, biar ikan yg datang kat kita dan makan roti tu dari tangan kita.
Manalah aku tau hang tak cakap awai2, roti dah habis baru nak cakap haha

punya payah nak kumpul 3 orang ni, sebab ligat sangat ke sana sini



the only shot yang jadi, yang lain tersenget2 macam obor2 dah

Peace !!!

Dalam pukul 4pm macam tu, kitorang pun beransur balik semula ke Semporna.
Again, naik bot almost satu jam.
Memang penat jugaklah, thats why bawaklah coklat ke air manis ke untuk topup tenaga balik.

Malam tu aktiviti bebas, dan makan malam tak disediakan.
So kita bebas nak explore atau nak jalan2 pergi pasar malam ke apa ke.
Kebetulan malam tu aku memang malas nak keluar, dah plan nak makan maggi je.
Lepas maghrib aku terus la tidur.
Tak lama lepas tu, Mira kejut, ajak keluar makan. En.Adli ajak katanya.
Aku macam pelik la, malam ni kan makan sendiri, jadahnya pulak En Adli ajak makan ?
Alasan Najwa lagi tak logik, dia anggap kau macam anak dia kot tu yg dia ajak makan kah kah.

Sebab diorang bersiap, aku pun bersiap la.
Memang tak percaya, tapi kalau betul macam tak baiklah pulak kan.
So lepas dah siap2, kitorang tunggu kat lobby.
Najwa cakap tunggu staf perempuan En Adli tu ambik kitorang, aduh apesal la aku lupa nama dia.
Time ni dah percaya sikit la since memang staf dia yang bawak kan.
Kitorang pergi kat restoran seafood semalam.

Masa kat sini pun Najwa so suspicious sebab masa sampai tu dia terus hilang kata nak pi cucuk duit ke apa ntah.
Makan boleh tahan la lauk macam semalam jugak, but bila tanya mana En Adli dorang cakap dia lambat sikit suruh makan dulu.

Masa tengah makan sembang2 kencang tu, tiba2 bunyi lagu happy birthday !!!!
haha aku dah agak dah diorang ni memang soooooo fishyyyy.
Alhmdulillah so happy for the suprise, just memang tak tau nak react macam mana sebab terharu plus tak nak susahkan diorang sebenarnya.
Orang kedai tu bawak kek sepotong nyanyi reramai ohh sis is so maluuuu haha
Lepas tu dia bagi hadiah sikit, dari En Adli dan pengurusan katanya.
(En Adli cakap tu hadiah dari company tu, kau jangan fefeeling abang bagi kau. iye saya tau laaa alahai hahaha)
Trimas semua, sis terharu angat angat hewhew
Yay dapat tumbler hehe

Lepas balik dari makan tu, aku dengan mira pergi dobi sekejap nak keringkan baju.
Sebab bilik tu kan takde tingkap, baju snorkeling apa semua tu masih basah, buat berat beg aje.
Ada kedai dobi 24 hour kat situ, plus ada polis ke guard ntah ada kat kawasan tu so memang tawakal je la masa pergi tu sebab dah pukul 10 lebih.
Ohh ya, kat sini banyak gila anjing jalanan tp semua jenis nampak jinak so aku memang memberanikan diri je la jalan padahal dalam hati mengucap tak berhenti huhu


Day 4
=============================

Hari ke empat masih sama, breakfast macam biasa kat restoran tu.
Cumanya hari ke empat ni sebenarnya free and easy.
Sebab transport akan hantar kitorang semula ke airport Tawau pukul 1 pm.
So, kitorang add on pakej Seawalking hehe

Basically seawalking ni yang kau jalan kat dasar laut pakai topi angkasawan tu,
Bayaran RM 180 untuk satu sesi, plus dapat snorkeling sekali.

Mula2 aku takmau, sebab harga boleh tahan mahal.
Tapi sebab birthday aku semalam kan, so hasil bodek En Adli tu aku dapat diskaun hahaha
Aku sorang je la, Mira dengan Najwa tak dapat keh keh
So aku pun ikutlah sama.

Sebelum pergi macam biasa ada briefing dulu dengan En Adli, plus dia kenalkan dengan instructor yang akan bawak kitorang hari tu.
Dia ajar jugak basic2 isyarat dalam air for emergency cases.
Dah ready, kitorang pun bergerak ke Pulau Sebangkat.

Kata En adli, seawalking ni korang cuma boleh buat kat Sabah je, sebab dia bukan laut china selatan
Jadi airnya tenang dan tak berombak.
Macam kita kat semenanjung kan ada monsun laut apa semua, hujung tahun pulau2 semua tutup kan.
Tapi tak kat Sabah, kat sana pulau semua buka sepanjang tahun sebab tak ada monsun2 ni.
So alang2 dah sampai, ambiklah peluang walaupun poketku hangus haha

Masa nak masuk tu, kita turun satu satu anak tangga
Air dah paras bahu baru dia letakkan benda alah tong oksigen kat kepala
Berat tong tu dalam 30-40kg. Biasanya tong tu diorang kata orang yang kerja welding kapal yang pakai, tp sekarang dia dah jadi untuk tujuan komersil.
Konsep dia macam kau telangkupkan gayung dalam kolah air. So basically ada ruang udara kan dalam gayung tu ?
Haaa, samalah macam ni. So ruang udara tu membolehkan kita bernafas macam biasa, sebab oksigen tu diorang salurkan dari atas topi tu haaa gituuu.

Masa mula2 turun tu rasa pressure kat telinga makin kuat,
So kita boleh pilih sama ada picit hidung dan hembus kuat2, atau menguap, atau telan air liur.
Bila dah okay tu berjalanlah seperti biasa ewahh
Tapi jalan tak laju pun sebab berat weh, memang fefeeling angkasawan sangat.

ni tandanya awesomeeee!!!



Bila dah smpai tengah laluan tu, instructor tu bagi roti untuk bagi ikan makan
Dasar rakus2 ikan dia, bukan sekadar makan tapi meragut roti dan jugak jemariku !
Sakit jugaklah kena gigit, mana ada gigit2 manja bak kata En Adli haha
So aku tak bagi ikan makan direct dari tangan, aku ramas2 isi roti tu bagi dia makan jauh2.
Serius rakus weh ikan2 ni, kekadang dia gigit kaki kita, aku dah seram sejuk dah takut ular laut ke apa, nak tunduk tengok kaki tak boleh.

Masa dalam tu, instructor tu ada rakam video dan ambik gambar
So korang ada peluang la posing dengan ikan nemo
Tapi nemo tu tak suka aku, semua gambar aku dia tak nak keluar kuangsam.

aku syak masa ni najwa kena gigit hahaha


Mira got this nice shot !!! Marlin pandang kamera haha


Kitorang ada kat bawah tu lebih kurang 30 minit sebelum naik balik
Sebab ada masa lagi, aku dengan Najwa sambung snorkeling
Wan siap perli lagi, amboi korang mentang2 dah pandai berenang sendiri lincah je haha
Tapi jauh2 aku tak berani sebab aku takut satu ikan ni rupa macam ikan todak muncung panjang,
dia selalu ada je kat permukaan air,
takut kang tercucuk naya je haha
Masa dah naik tu aku ada tanya betul ke tu ikan todak, diorg cakap sama spesies tapi takde la dia saja2 nak tikam kau tak tentu hala haha
Lepas tu diorang ada jugak lah promote next time datang boleh join diving,
Even tak pandai berenang pun boleh je since dia tengok kitorang boleh handle panic jalan underwater kan,
Hmmm takpelah sebab terus terang cakap aku memang takut diving sebab dalam laut sunyi sangat and paling takut kalau ada ulaq ayaq huhuhuuuu

So tengah hari tu lepas siap packing bag, kitorang lunch
Time ni kemain order lauk mahal2 sebab dah last day kan haha
Order butter prawn la, siakap sweet and sour sampai 2 pinggan ekekekee
Dah En Adli kata suka hati korang nak makan apa, korang dah bayar, apa lagi serang laaa!!!
Lepas tu balik semula ke lobby dan tunggu van datang ambik
En Adli pass semua gambar dalam pendrive untuk kitorang pilih sendiri hewhew

Kalau ikut itenary, should be day 4 ni transport akan hantar terus ke airport Tawau
Sebab pakej yang kitorang ambik ni 4 hari 3 malam je.
But since flight kitorang pukul 9 am esoknya, kitorang overnight dekat bandar Tawau satu malam.
So sebab tak familiar kawasan tu, kitorang check in sama hotel dengan family akak tu haha
Lupa dah nama hotel, tapi satu malam harga RM 150 share tiga orang.
Dan transport tambah lagi RM 20 setiap sorang, sebab bandar Tawau tu lebih kurang 30 minit juga dari airport.

Lepas babai babai dan say thanks to En Adli and team, kitorang singgah jap dekat kawasan jual kraftangan kat belakang hotel tu nak beli souvenir,
Alhmdulillah harga okay dan beli banyak boleh tawar lagi untuk dapat murah,
Orang kedai baik gila, dah la bagi diskaun, lepas tu beg Mira memang dah koyak tau kat tali tu, dia pin je,
Lepas tu Mira tanya akak tu ada stapler tak, dia nak ketip balik tali beg yg koyak tu,
Sekali akak kedai tu cakap tak apa dia tolong jahitkan,
Aduhh, memang nak nangis ingat balik level baik diorang ni.

Sampai kat hotel dalam 5.30 pm, terus melepak dekat bilik tengok gambar2 haha
Malam tu mira and najwa keluar cari makan tapi aku stay bilik je.
And diorang sempat tanya orang situ kat mana nak beli ikan bilis apa semua.
And tapau coconut shake, fuh sedap gila weh.

DAY 5
============================
Najwa and Mira keluar bilik seawal 6am sebab nak borong ikan bilis dan segala ikan kering keropok apa ntah
Mak pesan katanya
Aku tak ikut sebab angah punya stok ikan bilis sabah tak habis lagi haha
Tak ingat diorang pergi mana, pasar Tawau kot, tapi naik grab la.
So aku setelkan urusan check out sementara tunggu diorang balik.

Dalam pukul 7.15 am macam tu kitorang naik Grab ke airport Tawau, sampai dalam pkul 8am.
Tambang kalau aku tak silap dalam RM 30++.
Gerak awal sebab nak check in kotak ikan bilis tadi tu, alhmdulillah sempat.
Lepas tu sarapan kat airport dan merewang last minit.
Sempatlah aku tambah lagi satu gelang mutiara and butang baju melayu abah, siap bodek orang kedai mintak diskaun sebab birthday aku haha
Mira dah perli tak habis2 dok bagitau orang birthday dia :P
Masa nak bayar tu, dah ada announcement flight kitorang, so aku pun terus la bayar.
Sekali orang kedai tu bagi satu brooch set ni as hadiah birthday.
Awwwww baiknya memang rasa nak duduk Sabah terus je rasa huhu

And finally alhmdulillah touch down KLIA2 pukul 12pm lebih kurang.
Mira and Najwa sambung flight ke JB pukul 3.30pm.
Meanwhile diorang tawaf KLIA2 sambil tolak ikan bilis ekekekee





So basically itulah pengalaman and itenary lengkap trip aku ke Semporna
Hopefully boleh dijadikan panduan untuk korang.
Total belanja hangus termasuk makan minum tambang grab add on itu ini apa semua bolah kata dalam RM 1800 la.
But again, ni bukan pakej bajet weh haha, its more like fun trip.
Sebab accomodation memang selesa, makan kenyang sedap teruks, pengalaman baru yang totally berbeza dengan percutian kat semenanjung.
As for me, totally worth it ;)

Till then, dadaaaaaaaaa


Saturday 25 January 2020

SEMPORNA TRIP 2019 - PART 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Heyya gaisss,

This time nak share pasal trip ke Semporna, Sabah 2019. Pergi bulan Ogos okay.
iye aku tau, cerita tahun lepas. Dah basi baru nak share ekekekeeee

Mula macam malas nak share, tapi since tengah menanam anggur kat rumah ni, makanya ayuhlah kita share dan rewind balik kenangan lalu ewah..

Bukan apa, nanti bila bosan boleh baca balik ye dak ?
Ke aku sorang je suka scroll post sendiri?? haha

==================================

So ceritanya, aku dengan bestpreng aku Mira ni dah lama plan nak vacation sesama kononnya.
Dari zaman belajar sampai dah kerja, dah berhenti, dah kerja lain dan dah berhenti balik.
Masih tak ke mana.
Siap dah buat whatsapp group kau khas untuk plan vacation ni.
Siap left group lagi tinggal aku sorang dalam tu biadap betul.

Entah macam mana lepas raya, dalam bulan Jun macam tu, kitorang macam nekad gila kita kena pegi jugak tahun ni.
So disebabkan ajak teacher Najwa, member sekolah lagi sorang ni, kenalah pergi time cuti sekolah.
Time tu dah nekad habis, check tarikh, check tiket terus berdesup beli tiket pergi balik untuk 3 orang.
Harga tiket AirAsia KLIA-Tawau, RM 390 pergi balik.

Plan asal, ada lagi sorang member sekolah ikut sekali yakni Thanaraj. Mamat ni kerja polis kat sana.
Kekonon dialah yg jadi tour guide plus jaga kitorang tiga ketul anak dara ni.
Sebab tu tak cari pakej, sebab plan asalnya akan ambik on the spot je bot apa semua.
Sekali last minit dia bagitau tak dapat join sebab ada training tarikh tu.
Panik attack terus kitorang dok survey pakej apa semua.
Time tu lagi 2 minggu je lagi nak pergi, tak sedar betul masa berjalan.

First time nak datang sini kan, terus terang tengok peta dia memang tak faham.
Sebab sebelum ni cuma pernah pergi Pangkor dengan Perhentian je, kau memang stay situ je takde pulau lain dan area situ.
Tapi kat Semporna ni, ada banyak pulau. Konpius aku pulau yang cantik dalam gambar orang share2 tu yang mana satu ?

So masa cari tu alhmdulillah aku jumpa satu post dekat The Vocket kot, pasal satu couple ni share pengalaman pergi Mabul.
Korang boleh baca kat link ni>> https://www.thevocket.com/bercuti-di-pulau-mabul-sabah/

So lepas baca, aku pun usha IG encik Adli Ayob ni dan PM beliau. cewah !
Yang bagusnya, encik Adli bagi PDF lengkap terus pakej yang diorang tawarkan.
Senang kau takyah banyak tanya. Bila dah baca tu baru faham lokasi pulau apa semua.

Kitorang pun berbincang la balik dan compare semua pakej yang dah survey, kitorang pilih pakej by encik Adli ni.
En Adli check dulu tarikh dan masa flight kitorang, pakej yang mana apa semua untuk uruskan transport.
Nasib baik ada slot kosong lg, so hari tu jugak terus bank in deposit.

Kitorang ambil pakej layan 5 pulau untuk 4 hari 3 malam.
Untuk penginapan water chalet dan harga 3-4 pax, seorang harganya RM 1090.
Memang macam telan air liur jugaklah harga tu, tapi pakej ni complete termasuk transport dari kau jejak kaki kat airport Tawau sampailah kau nak balik semula KL.
Plus yang pergi ni semua perempuan, so ambik kira juga aspek keselamatan tu ecewah.


Day 1
==============================
Kitorang pergi 13/08/2019, flight 7.25 am.
Mira and Najwa datang dari JB, turun kat KLIA2 then baru kitorang sesama naik flight ke Tawau pulak.
Nak dijadikan cerita, aku memang noobs tak pernah naik flight sorang2 sebab sebelum ni semua orang buatkan.
So sampai KLIA2 pkul 6.15pm terus pi kaunter print tiket sebab tak reti guna mesin self print kah kah.
Dia tulis boarding 6.45am. Selaku orang noobs aku ingatkan boarding tu maknanya baru boleh masuk check imigresen segala bagai, so aku siap makan roti minum kopi sampailah 6.40am baru terkedek2 jalan masuk.
Siap singgah toilet lagi.

Time tu Mira dengan Najwa wasap tanya dah boarding ke ? Konpiden je jawab, dah.
Punya tak faham maksud boarding.
Kitorang jumpa kat gate pukul 7am. Minah dua orang ni punya cuak letih berlari dari gate diorang turun tadi, takut tak sempat.
Aku baru perasan dekat situ tulis final call, tapi still tak faham.
Mira tanya, kau pergi mana? Apesal lambat?
Aku yang blur blur ayam jawab, Tak pi mana. Ada je sini. Apa yang lambat ?
Pastu baru Mira explain. Baru aku faham okayy maksud boarding tu apa hahahahaaa
Mati2 ingatkan boading tu maksudnya masuk kat area imigresen tu ekekekekee
Mira cakap selamba je kau ea tak panik langsung, lambat je sikit tadi kita tak dapat masuk tau.
Cerita dia sebab aku taktau, kalau aku tau sure panik oiiii !

Perjalanan ambik masa almost 3 jam.
Sampai je airport Tawau, dah ada driver tunggu naik van.
Time tu kitorang join sekali dengan family sorang akak ni, dengan anak dia 3 orang.
The whole trip kitorang sekali dengan akak ni, senang letak sama bot, sama kereta apa semua.
Thats why kalau nak pegi grouping elok kalau boleh join dalam 8-12 orang.
Dari Tawau ke Semporna ambil masa dalam sejam lebih.
Kiri kanan jalan banyak pokok kelapa sawit, rasa macam balik Batu Pahat pulak time tu haha.

Malam sebelum bertolak diorg dah inform maklumat driver, goodjob betul.

So dalam pukul 12 tengahari baru sampai ke Semporna, dan dibawa ke ofis.
Time jumpa En Adli dan jugak Wan.
Wan ni tour guide yang assist kitorang dan akak tu sepanjang trip ni.
Mula2 terus pi makan tengahari dulu. Since En Adli cakap lunch ni bebas nak order apa, Najwa terus order butter prawn ok.

Lepas makan, ada sesi taklimat dengan En Adli tentang itenary kitorang.
Kelakor okay En Adli ni, memang tak rasa kekok langsung.
Kitorang ni dilayan more like guest, rather than visitor haaa gittew.
Memang tiptop layanan sis bagi 5 bintang.

Short briefing before naik bot ke Mabul

Untuk hari pertama, kitorang akan tidur satu malam dekat Pulau Mabul, dekat Billabong Water Villa.
So naik bot dalam lebih kurang sejam untuk ke sana.
Angin dan ombak memang kuat, mohon jangan pakai topi acah diva sure melayang topi hang nanti.
Masa sampai tu, ada lagi sorang tour guide dah tunggu kitorang, Alai namanya.
Teruk level masuk air dia weh, sumpah kelakar.
Masa nak check in, Alai tanya nak duduk 2 bilik ke 1 bilik ?
Sebab bilik tu ngam2 je untuk 2 orang, kalau bawak masuk tilam tambahan, dah tak ada ruang nak solat.
So kitorang ambil 2 bilik, aku share dengan Najwa, Mira sorang. Tapi beg Najwa semua letak kat bilik Mira since diorang share toiletries.







Dalam pkul 4pm macam tu, kitorang siap2 untuk melawat sekitar Pulau Mabul.
Sepanjang jalan ni, Alai dengan Wan tolong ambik gambar kitorang.
Kalau korang ada bawak GoPro ke kamera ke, bg je diorang okay. Automatik diorang dari tourguide terus jadi instructor suruh kau posing sampai pengsan haha.
Kau dah bayar mahal2 maka manfaatkanlah sebaiknya.


Sebelah kanan tu sekolah, sebelah kiri tu kubur heh heh





Gigih bukak selipar sebab takut masuk laut >_<



So happy banyak gambar candid kitorang haha

Percubaan posing ala instafemesss
Port paling cantik nak ambik gambar of course Mabul Water Bungalow la.
Bilik kat situ katanya ribu riban satu malam.
Mostly pelancong dari negara China yg datang menginap kat situ.
Since kita belum mampu nak stay, ambik gambar je la dulu.
Manatau nanti rezeki dapat stay situ kan.


Common problem bila kau paling tinggi pastu bestfriend pulak cecomel hmmmm

Dari tour guide ke photographer hoh hoh

Alai bengang je aku ambik gambo dia tak lawo haha


Ni sis Mira the legit photographer ambikkan hewhew

On the way balik lalu kat perkampungan bajau laut.
Orang sini ramai yang buka gerai jual makanan ringan dan air.
Tp masa kitorang balik tu dah Maghrib dan gelap, jadi takdelah sesi membeli tu.







Boleh tahan jugaklah menapak hari tu, total steps almost 15k okay haha.
Balik tu terus dinner kan tempat makan, hujung sekali bhgian laut.
Tempat makan dia luas, siap ada port lepak. Malam2 kalau ada rezeki boleh nampak penyu sebab katanya penyu suka kawasan berlampu.
Makan dia konsep buffet, tapi air masak, kopi, teh, roti dan jem free flow.
Anytime nak makan pergi je situ, free je.

While waiting for dinner...


Lepas dinner terus masuk bilik dan rehat.
Aku macam biasa la sapu minyak angin lenguh gila oii kaki.
Najwa kekonon nak tukar baju kat bilik Mira, pastu hanyut lena terus.
Tak pasal2 aku yang tido sorang2.
Bilik dia cozy la untuk 2 orang stay, ada 2 katil single, standing fan, aircond dan toilet.
Air kat sini air laut yang dirawat tau, bukan air paip.
So masa mandi kau boleh rasa masin2 sikit haha.
Lepastu pukul 10pm Mira wasap Najwa tido mengigau teruk siap mintak paku. Risau jugak kitorang tetiba dia panjat siling ke apa nanti kan hmmm..
Aku cuma wish goodluck la kat Mira moga panjang umur bertemu lagi kita esok pagi.

Esoknya tu kekonon nak tengok sunrise pkul 4am, tapi aku jenguk kat tingkap takde sapa pun kat luar last2 sambung tido balik sampai pkul 6am kah kah.
Mira beriya ajak tengok sunrise pkul 6am pastu acah terkejut apesal dah terang.
Hello kita kat Sabah okay, siang dia cepat bukan macam Semenanjung haha
Ohh, btw aku pakai line Digi and so far internet boleh tahan laju kat situ.
So nak upload gambar ke IG, nak Whatsapp semua takdak hal.


Day 2
==========================
So hari kedua sesi snorkeling dekat Mabul dan Kapalai.
Lepas sarapan, sharp pukul 8am dah kumpul ambik snorkling gear.
Sesi snorkeling kat Mabul ni kat area tengah laut, bukan kat tepi pantai so selaku minah yang tak reti berenang aku cuak jugak la.
Plus kawasan bot lalu, cuak jugak la takut2 terhanyut ke pastu takut bot tak nampak aku haha.
Tapi dont worry diorang ada letak pelampung oren tu untuk tanda, jadi dari jauh bot akan tau kawasan tu ada orang snorkling.



Sebelum snorkeling ada briefing dulu dari Alai dan Wan.
So mission diorang untuk sesi ni adalah untuk ajar kitorang snorkeling tanpa pakai safety jacket.
Sebabnya, kita akan bebas bergerak, laju dan lagi enjoy snorkling tu.
Sebelum masuk dalam air, Alai dah ajar cara pakai dan cara guna fin tu sesiap.

Mula2 aku turun pakai safety jacket. Sebab aku ni reti floating je, berenang tak reti.
Yang penting kena confident dan tak cepat panik bila dalam air ni.
Lepas tengok kitorang dah okay guna fin tu, slowly Alai suruh bukak safety jacket dan ikat dekat tangan.
Dia cakap walau pandai macam mana pun, kena sentiasa ingat safety jacket tu buddy, dan jangan tinggal buddy kita.
Then Alai suruh paut dulu pada safety jacket tu masa snorkling, dah rasa selesa baru lepaskan dan berenang macam biasa.

Disebabkan air laut ni tumpat, dan dengan bantuan fin, Alhamdulillah aku berjaya snorkling tanpa pakai life jacket.
Memang heaven gila rasa dia weh, serius best !!!
Paling berlagak time terapung kat tengah laut haha, acah selamba je kayuh2 kaki kat bawah ekekekeee.
Since kitorang kat tengah laut, ada rezeki nampak penyu masa snorkling tu.

Lepas habis snorkling kat situ, balik semula ke chalet dan rehat sementara sesi snorkling kedua.
Time ni kitorang just lepak kat tmpat makan, minum air panas and makan roti sapu jem.
Time tu rasa sedap gila roti jem tu, padahal kat rumah harem tak pandang haha.

Sesi snorkling kedua kat Pulau Kapalai.
Dekat Kapalai ni kawasan snorkling macam kat tepi sikit, dekat dengan resort.
dan kawasan snorkling dia pun berpetak2, ada ditanda dengan tali.
Jadi kita tau la kawasan mana je yang kita boleh masuk.
Time ni aku dah memang fully berenang sendiri tak pakai safety jacket dah.
So kitorang free ke sana sini, but still Alai and Wan monitor kitorang dari jauh.

Time kat sini aku ada terpanik sekejap sebab air termasuk dalam snorkle tu, so aku dah tertelan air.
Masa tersedak tu aku timbul la sekejap sebab batuk kan, pastu kaki lupa nak kayuh so dah alamak2 nak tenggelam.
Masa tu ada brother bot ni, dia assist 2 orang budak kecik guna pelampung, dia nampak aku terus dia tarik tangan aku suruh paut kan pelampung tu.
So dia bagi aku relaks dulu then baru pakai balik snorkle tu.
Bila dah okay, dia suruh aku tengok bawah.
Rupanya dia ada bawak bekal roti letak dalam botol, and lepaskan sikit2 kat bawah.
Time tu banyak ikan datang nak makan roti tu.
Seronok gilaa ikan datang dekat2.
Lagi satu yang best pasal trip ni, semua orang baik2, baik sangat2.

Oh ya, kat Mabul dengan Kapalai ni takde gambar kitorang snorkling sebab tak add on Go Pro.
Pastu handphone memasing tak waterproof haha.
So takdelah gambar nak share huhu sedihhhh......

Habis je sesi kat Kapalai, kitorang terus balik chalet, mandi dan kemas2.
Lepas tu lunch dan tunggu bot untuk balik ke Semporna dalam pkul 3.30pm.
So habislah sesi sudah dekat Mabul tu.
But in a way dasar budak bandar macam aku tak sabar jugak nak balik Semporna sebab nak mandi air paip ekekekeeee

Sampai kat pekan Semporna, kitorang angkut beg bawak ke Warisan Family Inn
Dekat sini kitorang stay sama bilik, sebab ada 3 katil dalam tu.
Biliknya just nice la, yg kureng sikit sebab tak ada tingkap, jadi pengudaraan tu kurang.
Then ada short briefing dengan En Adli tentang aktiviti malam tu yakni,
MAKAN MAKAN !!!!

hahahahaaaaaa....

Briefing tu rileks2 je kat kedai makan sambil pekena teh tarik
Dipendekkan cerita, malam tu pukul 8pm kitorang dah tunggu kat lobby
Lepas tu family akak tu naik kereta En Adli, kitorang naik dengan Wan dan alamak lupa nama staf perempuan En Adli tu aiyark !

Sesi dinner seafood ni dah termasuk dalam pakej so kitorang bawak perut je.
Makanan En Adli yang order, air bebas nak order sendiri.
Apa lagi, paw air mahal2 laa hahaha
Aku tkdelah peminat seafood sangat tapi ketam dia serius sedap sangat sangat.
Dengan tak malunya aku makan 2 ekor haha.
Manis sangat isinya weh, rasa nak menangis atas nikmat dunia ni.



lobster

Ni sayur peria goreng, tapi tak pahit and sumpah sedap giloss

Scallop / kekapis, biasa tengok kat rancangan masak2 mat salleh je huhu

Ketam manis gilak, makan dengan sambal special, adoi kecur balik air liur...

Menu wajib semua kedai haha

Ni ikan taktau apekenamanya, tapi sedap isi lembut masak kari

Butter prawn


Bukti aku akikahkan ketam haha
Nampak tak perangai, sibuk ratah lauk pastu nasi tak habis cettt

Tapi alhmdulillah memang sedap dan puas hati dinner tu
Siap tak habis makan lagi, dan ada lauk yang ditapau bawak makan kat bilik.
Dah habis makan, kitorang balik semula ke lobby dan berkumpul untuk briefing aktiviti hari ke tiga.

So basically aktiviti hari ketiga dan seterusnya dalam next post la ye, sis dah penat haha.
Ohh btw, hari ketiga tu kebetulan birthday aku.
Pastu aku saja bodek2 En Adli mintak hadiah ekekekeee
En Adli boleh tak percaya siap check nombor IC aku haha
Sesi bodek berjaya, hadiah apa rahsia, nanti korang ramai2 mintak kat dia mampuih aku haha

So, jumpa lagi next post,
Tataaaaa......


Post part 2 boleh baca kat sini,
>>> https://budakspecbintang.blogspot.com/2020/01/semporna-trip-2019-part-2.html