Thursday 16 February 2017

Ijazah Sains dan Teknologi Makanan UiTM Shah Alam - Pilihan Minor

Bismillahirrahmanirrahim...

Heyya gaisss !

Alhamdulillah, pejam celik dah tamat dah dua tahun setengah degree aku kat uitm shah alam ni. macam2 dugaan kalau nak cerita, especially FYP haha. Sekarang tengah tunggu tarikh konvo je insha Allah...wink wink.

dulu dah janji nak cerita sedikit sebanyak pengalaman bergelar student foodtech ni. makanya sekarang ni masa yang paling sesuai memandangkan belum start kerja lagi kan. cuma tu la korang kena la bersabar sebab cik zazazone ni memang ada penyakit suka tulis karangan. bertabah laaa baca sampai habis ye anak2...

Kali ni aku nak cerita pasal minor dalam degree foodtech. Disebabkan mungkin ramai adik2 yang akan baca entry ni, makanya otomatik bahasakan diri ahkak la ye hikhik. Entry ni memang agak panjang sebab ahkak engkorang ni pendam 5 semester nak share pengalaman ni. Makanya duduk diam2 dan baca sampai habis sebab entry nilah yang akan sum up pilihan engkorang untuk 2 tahun 5 bulan dekat uitm shah alam nanti hokeh.

Untuk pengetahuan semua, ada dua minor untuk degree foodtech ni. Minor ni lebih kurang mcm pengkhususan la. Dua minor tu ialah Food Safety and Quality (FSQ) dan Islamic Food Law (IFL). Nak tengok beza subjek antara dua minor ni boleh refer sini sini sini . Basically korang akan still belajar benda yang sama untuk semester 3-6, sebab setiap sem cuma ambik satu je subjek minor ni. So korang still akan belajar kelas yang sama, split kelas untuk subjek minor je lah. Tapi bila dah masuk semester 7, memang totally kena split kelas sebab subjek semester ni dah totally ikut pilihan minor kita.

Cuma bagi pandangan ahkak la kan, untuk sesiapa yang memang minat untuk kerja dalam industri makanan digalakkan untuk ambik FSQ sebab subjek2 minor FSQ ni sangat memenuhi permintaan dan keperluan industry. Untuk sesiapa yang lebih berminat dengan makanan halal, makanya ambiklah IFL sebab subjek IFL merangkumi subjek asas shariah yang sangat luas penggunaannya dan bukan hanya specific pada makanan sahaja tapi setiap aspek kehidupan kita.

Korang akan start kena pilih dan ambik subjek minor ni masa semester 3, sama je untuk semua lepasan matriks ke, diploma sains atau diploma foodtech. Subjek2 IFL ni semuanya ber kod CTU, maknanya subjek bawah Fakulti ACIS , dan bukannya subjek di bawah fakulti FSG ye. Yang mana lepasan diploma sedia maklum yang subjek CTU ni biasanya dalam Bahasa Melayu. Tapi subjek2 IFL semuanya Bahasa Inggeris dik. Kawan2 ahkak yang dulu budak sekolah agama pun garu kepala jugaklah bila baca terjemahan Quran dan Hadith dalam Bahasa Inggeris.

Untuk semester 3, engkorang akan ambik subjek Introduction to Shariah. Subjek ni akan menerangkan asas2 shariah, antaranya :
  • -          Shariah and its characteristics
  • -          Historical development of Islamic Law (bermula dari zaman Rasulullah sehingga Uthamaniyyah)
  • -          Sources of Islamic law (Quran, Sunnah, Ijmak, Qiyas, etc..)
  • -          Islamic School of Thoughts (Hanafi, Maliki, Shafi’e, Hanbali)
  • -          Concept of Maqasid Shariah
  • -          Islamic Legal issue in Implementing Shariah

So, amacam ?? Macam ahkak yang memang zero basic shariah memang nganga jugak ah first time tu. Tapi Alhamdulilllah, dapat lecturer yang sangat membantu. Jangan risau sebab pensyarah pun tau kita bukan major in Islamic Studies pun, jadi diorang memang akan ajar satu2. Tanya je kalau tak faham, pensyarah ACIS setakat ni yang mengajar ahkak semuanya memang sangat baik tahap nak buat mak ayah mertua.

Mula2 tu memang susah nak adapt belajar agama dalam Bahasa Inggeris ni, sebab kita bukan tak tahu cuma tak reti nak translate pergi BI je. Contoh macam hadis Rasulullah SAW ni, 

“Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku mengerjakannya”. 

Kita biasa dengar kan ? Cer try translate pergi Bi tengok. Macam2 ayat keluar masa ustazah suruh kitorang translate. “Pray and make me as your example “, “Pray as you see me do it”, “ Pray and follow my steps” semua keluar lah. Sebab kita nak translate satu2 kan. Sekali ustazah jawab simple je, 

“ Pray, as you see me pray”….

*Tips ! รจ Bawak kamus dwi-bahasa untuk rujukan sendiri dekat kolej, download Google translate untuk guna masa dalam kelas.


Untuk semester 4, korang akan ambik subjek Islamic Jurisprudence. Subjek ni akan bincangkan lebih lagi tentang sources of Islamic law iaitu sumber utama (al-quran dan hadis) dan juga sumber kedua (yang ijma’, qiyas, ijtihad apa semua tu). Selain tu, subjek ni turut cover legal capacity of human being atau kelayakan manusia menjalankan tanggungjawab. Korang akan belajar start dari dalam perut atau featus lagi, korang sebenarnya dah ada hak untuk diri sendiri. Bermula dari featus, bayi, mummayiz dan akil baligh, semuanya ada berbeza hak untuk memperoleh dan menjalankan tanggungjawab. Lepas tu untuk kes2 macam tidur, pengsan, gila, syndrom down dan austisme, pun ada dibincangkan jugak hak2 dan tanggungjawab untuk golongan ni.

Untuk subjek ni, ustaz Y yang ajar kitorang. Dia ni suka discussion, dia akan explain briefly dan akan bagi direct example terus. Lepas tu kitorang akan bincangkan sama2. Sebab bagi dia, yang penting students dia faham macam mana nak apply konsep2 ni dan bukan stick pada contoh dalam nota je. Dan ustaz ni memang takde provide nota pun, dia suruh beli satu buku ni je dan kitorang memang refer buku tu je. Serius cool gilaaaaaa.....


Semester 5, korang akan ambik subjek Ayat dan Hadith Ahkam. Subjek ni focus pada pengkelasan ayat Quran dan Hadith dan juga ayat2 dan hadith yang menerangkan tentang halal haram sesuatu makanan. Antara yang korang akan belajar :
  • -          Ulum Quran and Ulum al-hadith
  • -          Classification of Quranic verses
  • -          The need to consume Halal and Toyyib food
  • -          Liquor and forbidden food
  • -          Slaughtering animals
  • -          Consuming carnivores, aquatic animal and najs
Subjek ni pun sangat best sebab korang akan belajar sedikit sebanyak ilmu al-Quran macam asbabul nuzul, ayat muhkamat dan mutasyabihat dan juga jenis2 hadis. Since yang mengajar pun ustazah so banyaklah sesi soal jawab yang berlaku. Lepas belajar subjek ni engkorang akan lebih faham kisah di sebalik pengharaman arak dan babi, jenis2 haiwan yang boleh dan tak boleh dimakan dan jugak secara tak langsung lebih faham ayat2 Quran sebab memang akan go through beberapa yang berkaitan dengan subjek ni. so, guna peluang yang ada sebaiknya untuk mendalami ilmu Quran ni ye.


Untuk semester 6, korang akan belajar Islamic Legal Maxims. Ini salah satu subjek favourite ahkak haha...Subjek ni juga dikenali sebagai Qawaid Fiqhiyyah, iaitu Principle of Fiqh atau kaedah fiqh. Secara ringkasnya, setiap hukum yang dikeluarkan oleh ahli agama tu mestilah berpandukan kaedah fiqh dan juga maqasid shariah.

jadi engkorang akan belajar beberapa kaedah fiqh seperti :

  • Al-Umuru bi Maqasidiha ( Acts are judged by the intention behind them)
  • Al Yaqin la yuzalu bi al-syak ( Certainty is not dispelled by doubt)
  • Al-Mayaqqah tajlib al taisir (Hardship begets facility)
  • Al-Darar Yuzal (Harm must be removed)
  • Al-'Adat Muhkamat (Custom is the basis of judgement)
Lepas korang belajar kaedah2 ni, korang akan diberi situasi lepas tu kena bincang kaedah yang mana sesuai digunakan untuk situasi tu. Antara contohnya, rumah Ali terbakar. Ali dan isterinya berjaya menyelamatkan diri. Namun segala dokumen perniagaan Ali masih di dalam rumah tersebut dan api semakin marak. Ali tekad dan kembali memasuki rumahnya yang sedang terbakar itu untuk menyelamatkan dokumen2 tersebut. Jadi, apa kaedah fiqh yang sesuai untuk situasi ni ? Nak tau kena masuk kelas belajaq dulu la..


Lastlyy, welcome to semester 7 !!!!!

Disebabkan ini final semester maka ada 3 subjek minor yang engkorang kena ambik iaitu :

1) Muamalah in Islamic Business

engkorang akan belajar jenis2 transaksi komersial, insurans, kontrak dan partnership/ rakan kongsi, semuanya yang berkaitan dengan muamalat atau perniagaan. boleh dikatakan hampir semua terms2 yang diguna dekat bank yang pernah dengar je tapi tak faham maksud korang akan belajar dalam kelas ni. mula2 macam tough jugaklah macam kejadah apa budak foodtech kena belajar subjek ni eheh...tapi ikhlaskan lah hati nak buat cemana memang wajib ambik kan. tapi bila dah belajar best jugaklah, cuma syllabus dia banyak sikit je hehe....sikit je...betul sikit...

Antara yang engkorang akan berlajar dlm subjek ni:
  •  Sale Contract
  • Concept of contract and agreement
  • riba
  • ijarah
  • ujrah
  • riba
  • khiyarat
  • mudharabah
  • musyarakah
  • Bai istisna'
  • Bai Salam
  • Bai Bithaman ajil
  • Hiwalah
  • Kafalah
  • Rahn
  • Qardh
  • Wadiah
  • Wakalah
  • Takaful
sikit kan ? ehehehehee.... (nasib baik aku dah lepas azab...)


2) Fiqh and Other Religious Food Concept

Bila dah belajar asas2 shariah dan fiqh, insha Allah sangat mudah nak faham subjek ni sebab semuanya dah tau dari previous subjek, cuma tambah other religious food concept je. Antara yang engkorang akan belajar dari subjek ni :

  • Classification of food and drinks
  • Slaughtering
  • Halal food processing
  • Other religious food concept (vegetarian/kosher/non-kosher)
  • Fasting (perspective from Islm/christian/jews/budhism/hinduism)
  • Contemporary issues (organic food/fast food/ junk food)

3) Halal Standard, Food Law and Sanitation

Subjek ni lebih fokus kepada manual pensijilan makanan Malaysia, especially MS 1514:2009 (GMP) dan MS 1500:2009 ( HALAL) dan HACCP. Engkorang akan belajar pasal food sanitation, pest control, slaughtering apa semua tu lepas tu macam mana cara nak apply dalam premis berdasarkan Malaysian Standard atau manual pensijilan tu semua. Benda ni sangat penting kalau nak apply kerja di bahagian QA (Quality Assurance). ni based on pengalaman ahkak masa intern dulu dik...hehe


TAMAT

Jadi itulah sedikit sebanyak sinopsis minor in IFL yang ahkak boleh kongsikan. Maaf untuk sesiapa yang berminat dengan FSQ ahkak tak dapat nak share sekali. 

Jadi mula dari sekarang engkorang dah boleh mula google apa yang patut mengenai subjek2 yang ahkak share kat atas ni. takkanlah ahkak nak suap semua dik, buat homework sikit dik. ni masa depan awak ni. taip je nama2 subjek yang akan mention tu, nak lagi senang faham tengok video kay.

Nak tau apa yang lagi best pasal subjek2 minor ni ???????

Disebabkan semua subjek ni bawah fakulti ACIS, makanya sistem pemarkahan dan final exam pun tak sama. Biasanya carrymark 50%, final exam 50%. Beza dengan subjek fakulti yang sampai 70% carrymark kan sebab ada lab report. normally subjek fakulti FSG akan ada 3 kali test = 30 markah kan? kalau subjek minor ber kod CTU ni, korang cuma ada 1 kali test = 20 markah, presentation=10 markah, assignment=20 markah. kalau tak perform test memang kacau gila gred subjek tu sebab boleh ambik sekali je. Cumanya untuk final exam, korang akan diberi 6 soalan dan cuma jawab 4 soalan sahaja.

 kan best tu boleh main pilih2 nak jawab soalan mana yang kita suka....

Sekian je perkongsian kali ni. Insha Allah kalau nak tanya apa2 boleh je drop komen kat bawah ye. ahkak tolong setakat yang mampu... :)

zazazone©

98 comments:

  1. hai,saya budak diploma yang bakal sambung degree nanti. so, nak tanya seronok tak study course foodtech ni? and kalau boleh, nak minta tolong tunjukkan course outline untuk course ni hehe thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, tahniah dapat sambung degree :) masa diploma awak rasa best tak? bagi akak yang penting kena ada minat. macam akak honestly sangat suka subject food dan ifl, tapi akak kureng suka subjek tambahan macam physics, chemistry, csc semua tu so agak tough la untuk akak. bila awak minat, insha Allah belajar apa pun seronok.
      course outline akak dah mention kat atas tu kena bukak link lain. awak tak perasan kot huhu. takpelah, bukak link ni ok. http://budakspecbintang.blogspot.my/2015/10/diploma-dan-ijazah-sains-teknologi.html?showComment=1487310980436#c5278099570204426943

      Delete
    2. hehe aah tak perasan thankyou akak :)

      Delete
  2. Akak, nak tanya. Kalau kolej kediaman kat sana dah memang tetapkan ke kita kena berapa orang satu bilik ke kita boleh pilih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam akak dulu dapat kolej melati, untuk semester pertama kita dekat sana memang diberi bilik 4 orang. tapi semester lepas tu mmg diberi bilik 2 orang. kolej lain taktau pulak la sistem dia macam mana huhu

      Delete
  3. Assalamualaikum akak, may i have ur email sebab nak tanya pasal course food tech ni. Tengah dilemma nak isi upu ni huhuhu,Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhamtullah. boleh emel akak dekat raudzatulzaza@yahoo.com ye

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. assalam akak. Bahasa ketiga untuk ifl tu Bahasa arab kan, macam mana ye silibus nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. alamak dah tak ingat sangat la dik. kita cuma belajar bahasa arab communication je, jadi penekanan tu lebih kepada perbualan bukan pada penulisan. belajar benda basic mcm pengenalan diri, makanan, kenderaan, kampung halaman, sayur, buahan2 macam tu la. then kita dinilai based on reading test, speaking test, listening test dan satu test bertulis. lepas tu setiap sem wajib buat video lakonan based on silibus semester tu. boleh tengok dekat youtube video bahasa arab student uitm untuk rujukan ye.

      Delete
    2. diploma in halal management boleh masuk degree food tech ke

      Delete
  5. Oh baiklah akak. Thank youu!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak.nk tnya skrg sy dlm kos dip pastri.nnti degree sy ambil food tech dia still short sem ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam warahmatullah. hmm tak sure la awak, depends pada jumlah kod subjek yang sama. kalau yang dah ambik masa dip tak perlu ambik untuk degree mcm kokorikulum and CTU semua tu.

      Delete
  7. Assalamualaikum ahkak zone. Jangan stay up lama sangat tau. Orang dh habis belajar kena relax sikit daripada fyp ni. Eh eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam adik minda menarik. ahkak bukan stay up, ahkak tahajud kohkohkoh

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, nak tanya sikit, ijaah Sains & Food Teknology ni diiktiraf SPA tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. wallahualam, setahu sy memang diiktiraf sebab ada kelulusan MQA apa semua tu. cuma tahun 2010 mmg ada kes pelajar foodtech uitm mengadu ijazah tak diiktiraf masa apply SPA, tapi tu puncanya sebab nama ijazah ni ditukar dari ijazah kualiti makanan ke ijazah sains dan teknologi makanan. setakat ni Alhamdulillah senior2 semua dipermudahkan urusan pekerjaan dan selalu bantu iklankan kerja2 kosong dengan adik2 foodtech ni :)

      Delete
  10. sekarang akak kerja dekat mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum kerja lagi, ada hal family sikit. doakan akak murah rezeki ya untuk job hunting nnti :)

      Delete
  11. Salam kak, kak dari matrik/asasi/dip? Kalau dari matrik, brp min requirement pngk dia ye? Sy cari dkt internet xde pulak.terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. akak dari diploma :). tak sure la awak kalau dari matriks berapa requirement dia. tapi rasanya at least 3.0 pointer jugak. sbb lepasan dip foodtech sndiri pun min 3.30. wallahualam, ni akak main teka je ni huhu.

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. salam kak,selamat hari raya...so far course ni more to bio and chem kan? akak dah dapat kerja mana? course ni mengenai pasal apa sebenarnya? about quality of food ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah..hai, selamat hari raya :)
      -course ni boleh dikatakan lebih kepada chem, tp kena ambik jugak subjek fundamental bio dan fizik.
      - food technology ni mengenai industri makanan atau processed food, iaitu mknan yg diproses oleh kilang contohnya macam nugget, aiskrim, roti, tepung. awk akan didedahkan dengan perkara2 berkaitan makanan dan industri makanan dari segi kebersihan, kimia mknan, quality control, sensory, research and development, halal, standard dan peraturan mkanan malaysia semua tu.
      -untuk rujukan senarai subjek, boleh baca entry ni, http://budakspecbintang.blogspot.my/2015/10/diploma-dan-ijazah-sains-teknologi.html
      - akak belum kerja lagi. ada hal peribadi. insha Allah lepas raya ni akan mula job hunting. doakan ya :)

      Delete
  14. Assalamualaikum,akak,nak tanya yuran teknologi makanan utk degree mahal x,berapa ? lepas tu yuran selebihnya yg kene bayar macam asrama dan lain lain,kalau x mahal x payahla saya nak buat pinjaman,

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni lepasan matrik

      Delete
    2. wsalam wrhmatullah...time akak dulu sem 1 je rm700++, sem berikutnya rm580 je setiap sem. asrama kalau bilik berdua rm420 satu sem, bilik berempat rm210. yuran uitm mmg murah. cumanya kena fikir jugak belanja harian, duit makan duit fotostat/print nota duit assgment semua tu. kalau keluarga mampu atau rajin buat partime untuk tmpung belanja harian boleh je kalau tak nak ambik pinjaman. tak pun, masa sem 1 score pointer 3.5 ke atas, then apply jpa untuk biasiswa. :)

      Delete
  15. Hai akak, saya dulu bercita-cita nak sambung Food Tech tapi tiada rezeki sbb cgpa tak lepas. Huhu Akak bagi lah kata-kata semangat dekat saya pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai adik sean. tak apa dik jangan sedih2 ya. ada hikmah tak dapat foodtech tu, sebab Allah nak bagi pi dungun tengok laut hari2 ekekekee. dok shah alam hari2 tengok traffic jam tak tenteram jiwa dik. kipidap dongibab !!!

      Delete
  16. Assalamualaikum akak . Firstly , tahniah utk akak dah berjaya dpt degree and , best baca blog akak pasal food tech ni ;) . Saya lepasan matrik and Alhamdulillah , dapat tawaran smbung degree in food tech . Nk tya , klu ambk IFL , kene ade basic bhsa arab ke ? Kos ni byk menghafal ke mcm mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam warahmatullah..terima kasih huhu habis segala tears blood and sweat tau nak habis degree ni cewah..Tahniah jugak dapat sambung degree foodtech!!! :D ..Firstly, awak kena buat pilihan minor ni masa semester 3 nanti, jadi ada setahun lagi untuk fikir n buat keputusan. Tak perlu ada basic pun tak apa, sbb kita belajar basic Arab communication je, dan ustaz ustazah pun faham selalunya diorg akan tolong. akak sendiri haremmm tak reti bahasa arab langsung huhu. Maksud kos tu, kos foodtech ni atau subjek2 ifl tu ? Basically belajar apa pun kena menghafal jugak point2 penting tu, tambahan pula kos foodtech ni bidang sains, mmg tak boleh lari dari menghafal. tapi insha Allah, boleh je. Rajin buat latihan, rajin jumpa lecturer, buat soalan2 pastyear insha Allah mesti boleh ok ? :)

      Delete
  17. Masa sem 1...mmg sume bdk food tech duduk kolej melati ke? Sbb saya dpt mawar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada kekosongan. mcm senior akak dulu diorg pun dpt dduk mawar, mcm batch akak kena duduk melati. memang selalu tukar2. tapi mawar best lagi sebab bilik lagi besar n dapat internet free setiap bilik. melati internet free area office je kena angkut laptop turun bertapa kat sana huhu

      Delete
  18. assalamualaikum kak.saya lepasan asasi dan alhamdulillah dapat tawaran sambung degree in food tech.boleh tak akak bagi list subjek untuk degree??

    ReplyDelete
  19. Wsalam wrhmatullah. akak ada letak link untuk refer subjek degree kat post ni, mungkin awak tak perasan. takpe, klik link ni k.tapi akak cuma ada list untuk lepasan diploma je, full subject untuk lepasan asasi akak tak ada. sori yaa
    http://budakspecbintang.blogspot.my/2015/10/diploma-dan-ijazah-sains-teknologi.html

    ReplyDelete
  20. Akak ada tak yg sambung degree food tech ni dari lepasan dip sains?? Berapa lama dia kene belajar untuk food tech ni kalu dia dari dip sains?? Ada tak kawan2 akak.. nak tau pengalaman dia.. Saya tengah belajar dip sains berniat kalu degree nanti nak sambung food tech

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, ada. kalau dip sains ke degree foodtech, ambik masa 3 tahun ( 5 sem belajar, 1 sem prktikal). maaf sgt2 ya sbb akak tak ada contact kawan yang lepasan dip sains ke degree foodtech.

      Delete
  21. assalamualaikum..akak saya nak tanya dulu waktu akak nk sambung dari diploma food tech ke degree food tech akak mohon dekat penerapan uitm ke dekat upu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. dulu akak mohon kat penerapan je, sebab sambung under uitm jugak. in case nak tukar uni untuk degree, then mohon upu.

      Delete
    2. owh..thank you akak..akak mohon dekat penerapan tu time akak tgh last sem diploma atau time akak dah habis diploma??

      Delete
    3. alamak, tak ingat lah haha..sory2 dah lupa. rasanya macam lebih kurang upu jugak masa dia, lepas diploma kot. cuba follow fb/twitter rasmi uitm, atau mpp atau lecturer, selalunya diorg akan umumkan tarikh apply penerapan tu bila dah bukak nnti.

      Delete
  22. Salam, kak. Saya sekarang tgah diploma pengurusan halal so ingat nak masuk penerapan degree in food tech yg IFL since semua subject minor tu saya dah belajar, akak rasa boleh tak saya terus jump semester 3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah..hmm, dip pengurusan halal tu bawah fakulti acis ya ? hmm... bab ni kena tengok kod subjek awak. kalau mmg subjek minor awak sama kodnya dengan subjek foodtech, then boleh buat pengecualian credit, so boleh pendekkan lagi masa belajar. setakat ni student dip foodtech je yg terus jump sem 3, yg lain sama ada sem 2 atau masuk dri sem 1 balik. bab ni kena confirmkan dgn HEA ya :)

      Delete
  23. Jgn delete apa" dri blog akak ni ekk sbb sya ni nk jdikn rujukan nnti . Skrg ni spm dlu hihihihu smoga akak still aktifkn blog ni nnti senang saya nk bertnya

    ReplyDelete
  24. Salam akak keje dh ke skrg nie ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. skrg tak kerja, cuti. esok kerja haha.

      Delete
  25. Assalamualaikum kak ... sy pelajar spm 2017 .. sy berminat untk sambung ke sains dan teknologi makanan pada masa akan dtg ... Dan dlm permohonan upu sy , sy nak isi for asasi ... Bagi pendapat kakk ...
    1.IPT yg mana ssuai untk sy isi ? Dlm asasi

    2. Dalam jurusan apa ?

    Untk sy smbg ke ijazah sains dan teknologi makanan ..

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum, tlg saya.. saya keliru ni sastera blh ke ambik teknologi makanan ni.. ws saya plssss 01111155414

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum, tlg saya.. saya keliru ni sastera blh ke ambik teknologi makanan ni.. ws saya plssss 01111155414

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah, hantar emel kat akak adawiyah.hanif@gmail.com

      Delete
  28. Salam. Saya nak tanya, yg akak details kan ni mmg kena belajar tak kira sama ada ambik fsq atau ifl ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. nope, ini subjek khas untuk yg ambil ifl je. list subjek penuh boleh refer pos bawah ni ea,
      https://budakspecbintang.blogspot.my/2015/10/diploma-dan-ijazah-sains-teknologi.html

      Delete
  29. Salam...tumpang tanya..anak akak dah semester 3 kursus food tech d UiTM kuala pilah..klau sambung ijazah berapa tahun lagi ya...cadang nak minta anak sambung degree di universiti malaysia terengganu sebab dekat dengan rumah..adakah sama tempoh masa belajar jika sammbung di uni lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam warahmatullah. kalau tak salah skrg ni diploma foodtech cuma 2 tahun setengah sebab dah tak ada praktikal. kalau sambung degree di uitm, perlu sambung lagi 3 tahun termasuk praktikal. tapi kalau sambung di universiti selain uitm, sy tak berapa pasti sbb bergantung pada jumlah jam kredit/subjek yg boleh dapat pengecualian.Sebab kalau subjek yg diajar untuk degree tu dah belajar masa diploma, boleh dapat pengecualian jadi boleh pendekkan lagi tempoh belajar, dan bab ni sebaiknya rujuk terus dengan pihak UMT untuk penjelasan lebih lanjut ya. kalau di uitm, mmg automatik terus boleh buat pengecualian.

      Delete
  30. Salam kak,
    I'm in my last semester of my Dip. in Food Tech kat pilah. Nak tanya if penerapan mmg terus masuk semester 3 and xde pengecualian kredit lain atau mcm mana? Terima kasih atas penerangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam wrhmatullah,

      kalau penerapan dari diploma mmg terus masuk sem 3. subjek2 yg sepatutnya belajar masa sem 1&2 degree, semuanya tu dpt pengecualian credit, sbb tu boleh terus masuk sem 3. masa masuk nnti akan isi borang pgcualian credit tu. contoh mcm food microb, food engineering, aktiviti koko semua tu dpt pngcualian. tp tak semua subjek yg dh belajar boleh dpt pengecualian, contoh mcm calculus, sbb ada limit jumlah credit yg kita boleh dpt pengecualian. bab ni korang boleh buat rayuan pada dekan. akak tak sure skrg mcm mana, tp dulu ktorg mmg fight dan buat surat untuk pengecualian subjek calculus ni. tp batch akak rayuan ni tak lulus. tak pasti batch seterusnya mcm mana. tp don't worry, kalau ada apa2 boleh je terus refer HEA. HEA UiTM Shah Alam punya staff setakat ni mmg the best and senang runding.

      Delete
  31. Hye kak. I really hope you can reply my question asap because tomorrow will be my last date to send minor's course. boleh saya tahu peluang pekerjaan under IFL macam mana ? Dan adakah patut saya ambil sijil professional executive halal jika saya ingin further as halal executive ? Dan last sekali,IFL punya subject kan tidak seperti fsq,jadi adakah akan mempengaruhi permohonan pekerjaan sebagai QA@QC pada masa akan datang? Terima kasih kak��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, really sorry for the late reply. dia sebenarnya mcm ni, tak semestinya awak ambil IFL awak mesti kena kerja bidang berkaitan IFL juga. jgn kecilkan skop kerja awak, sebab the main degree awak still degree in science n foodtech. minor ni takkan ditulis dalam sijil degree dan transkrip pun, cuma beberapa subjek tu je yg berbeza. cumanya, kalau awak mmg lebih berminat untuk tmbah ilmu mgenai undang2 makanan islam dan halal, its better untuk choose minor IFL. awak boleh pergi mana2 bidang yg awak nak, nak business sndiri boleh, nak jadi consultant, halal exec, pegawai kkm, anything. ramai je batch akak yg minor in IFL tapi kerja as QA, QC, Asst Manager bidang F&B dan sebagainya. sama je takde beza dgn yg ambil FSQ. kalau mmg nekad nak jadi halal exec, then better ambil sijil tu jadi awak ada added value dan extra knowledge berbanding orang lain. sebaiknya cuba tanya pendapat lecturer mengenai hala tuju selepas degree, cari org2 yg mmg dah berjaya dlm bidang foodtech (somebody berjawatan yg awak idamkan dan boleh jadikan mentor/idola), cari email diorg dan tanya pendapat diorg ya :)

      Delete
  32. salam, hi! nak tanya. ifl wajib ambil bahasa arab kan. tapi yang belajar kat uitm tu terlalu basic and rasanya macam tak membantu sangat untuk subject ifl ni (based on what my senior hv said) do you think there'll me more disadvantage than advantage kalau saya decided taknak ambil bahasa arab? sebab saya rela belajar apa yang saya suka daripada apa yang saya terpaksa belajar. (pretend that ifl students can take other languages.) sebab belajar arab dekat uitm tu basic, jadi rasanya tak ada masalah belajar sendiri. lebih baik ambil class bahasa yang saya betul betul nak kan? apa pendapat awak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. hi! actually bg sy, silibus bahasa arab di uitm ni lebih kpd bhasa arab communication, sama juga mcm bahasa2 lain. that's why it's basic, sebab cuma 2 jam n seminggu sekali. dan sbb subjek bahasa ni subjek sampingan, mostly students take for granted n tak betul2 fokus pun, sbb u lagi fokus pd subjek fakulti sndiri, and subjek bahasa ni cuma 2 credit hour. jadi, kalau betul2 berharap dgn masuk kelas seminggu sekali ni nak terus fasih/fully understand bahasa tu, mmg tak logikla huhu. logicnya, ifl kena ambik bhasa arab sbb kita belajar byk terjemahan hadis dan quran, so mybe that's y student ifl kena ambik bhasa arab so at least kita ada foundation bhasa arab tu. sedikit sebanyak agak membantu. jadi bg sy, kalau awk mmg minat nak belajar bhasa arab tp takut bhasa arab yg diajar terlalu basic dan tak mmbantu sgt untuk ifl, sy suggest u take extra effort untuk masuk kelas bhasa arab di luar to get more understanding. tp kalau mmg tak minat dan nak belajar bahasa lain, boleh je buat surat kepada pihak HEA, nyatakan sebab2 awak nak tukar dan sebagainya. as a student awak ada hak nak belajar apa yg awak nak, make an extra effort to make it happen, tp kalau tak dibenarkan, kita hormat pd keputusan institusi yg kita nak menimba ilmu ni. all the best ya :)

      Delete
  33. Assalam kak, thankyou for sharing pasal foodtech. Saya berminat untk apply foodtech tapi sejauh manakah peluang pekerjaan untuk course ni? Kalau tak keberatan, boleh share skop pekerjaan kak? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam wrhmatullah. firstly kena tahu dulu kenapa minat nak ambil foodtech, sbb should be kalau dah berminat, awak akan buat research dan tau peluang2 pekerjaan untuk jurusan ni hehe. buat research lebih lagi ya, tgok juga website2 luar negara. ok takpe akak share sedikit sebanyak. foodtech lebih kpd bidang industri makanan, atau lebih mudah kilang2 makanan (processed food) mcm contoh jenama2 nestle, maggi, gardenia, kimball dan sebagainya tu. so basically ni adalah bakal tempat kerja awak. tapi boleh juga kalau nak masuk bidang F&B, mcm Mcdonalds, NAndos. Nak apply kerja sebagai pegawai teknologi makanan dengan KKM pun boleh (tp kena apply SPA la). antara pekerjaan yg ada QA, QC, RND, new product development, Makmal, Asstn Manager/ Manager (F&B), Halal Executive, Pensyarah dan sebagainya. selain foodtech, ada juga bidang Food Service and Hospitality dan juga Dietetics di uitm. kalau di UPM, ada food engineering,food biotechnolgy dan byk lagi. jadi cuba cari dulu yg mana sebenarnya bidang yg awak betul2 minat supaya tak salah buat pilihan. all the best :)

      Delete
  34. salam nak tanya, food tech uitm ni still belajar pasal chemistry ke? I mean like yg major chemistry tu? I was from dip food tech major in chemical engineering so taht was quite tough for me sbb eng+chemical. Just nak tahu if you dont mind to share :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. hmm, ada juga belajar chemistry mcm organic chemistry, physical chemistry, food chemistry tapi tak adalah totally major hehe. the first 2 year tu byk la belajar pasal chemistry, biology semua tapi masuk tahun ketiga dah fully food subject. boleh refer previous post sy untuk tgok list subjek ya.

      Delete
  35. assalamualaikum kak...boleh x sy nak email kak untuk pertanyaan lanjut? thank you in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrhmatullah. boleh emel akak di adawiyah.hanif@gmail.com

      Delete
  36. Assalamualaikum kak..bidang food tech ni klau org yg lmah bio boleh bwk tk bio ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam wrhmatullah. insha Allah boleh je awak. dekat diploma nnti suasana dah berbeza dgn sekolah. lain sgt. kat sini awak berdikari, awak usaha lebih awak dpt lebih. ramai je kawan2 akak yg result spm biasa2 tp result diploma power gila. even akak pun bio masa spm dapat
      C+ je haha, tapi boleh bawak bio masa diploma. kena rajin, usaha lebih dari orang lain ok ? :)

      Delete
  37. Kak,kalo diploma food service boleh ke degree nak sambung kos ni??

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum akak, saya nak tanya , kalau lepasan matriks , memang akan diambil lepasan yang at least 3.00 ke? in case pointer bawah 3.00 tu? takde harapan ke macam mana? akak ada kawan yang tahu tak pasal ni ? saya buntu...

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum akak,saya student f6 aliran agama(p.am,muet,b.arab,ekonomi,syariah) and saya budak sains time spn n fesult not bad jugak,boleh ke apply utk degree foodtech ni ataupun kena mohon dip. balik sbb takde rezeki pulk time upu hrtu. thanks in advance

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum kak mcm mne pulak dgn lepasan dip sains kalau smbung deg food tech ada pengecualian kredit ke

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum kak. Saya nak tanya akak sekarang keja apa. Saya skrg semester akhir dip perladangan dan agroteknologi. Saya berminat dengan kos ni . Agak2 saya layak tak nk mohon degree kos ni. Pointer saya skrg 3.68

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum kak,saya nk tnye syarat kelayakan minimum utk course food tech ni brpe ye kak?utk muet sekali minimum brpe?

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum kak.. saya lepasan diploma kejuruteraan alam sekitar.. masa spm dlu saya sastera..boleh ke saya nak sambung degree food technology ni..

    ReplyDelete
  44. Hai akak .. nak tanya ni .. kalau nak sambung dalam sains teknologi makanan ini memang harus ada basic bahasa arab dan pengetahuan ttg Islam kah? Sebab sy langsung x ada basic bahasa arab dan saya juga bukan beragama Islam .. Saya x tau pula bahawa bidang ini harus ada pengetahuan seperti ini ttg pengetahuan dalam Islam harus ada utk smbung Sains dan Teknologi makanan ini haha .. btw saya sudah isi UPU utk smbung dalam diploma sains dan teknologi makanan ini, jadi nak tanya adakah saya ada harapan utk diterima??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, actually yg akak share ni untuk degree sahaja. kalau diploma, tak ada masalah sbb tak perlu ambil bahasa ketiga dan tak ada pilihan minor. semua org belajar subjek yg sama.

      If let say awk sambung degree foodtech di uitm nnti, awak boleh ambil pilihan minor Food Safety & Quality (FSQ). Bebas nak pilih apa2 bahasa ketiga dan juga tak belajar mgenai hukum mkanan islam secara mendalam. Ada je classmate akak yg non muslim diorg ambil minor ni :)

      Yg akak share ni cuma pilihan minor untuk Islamic Food Law sahaja. bukan wajib tau, boleh pilih.

      Delete
  45. Assalamualaikum kak,saya nak tanya kalau nak apply kos ni students kena dari pure sn ka

    ReplyDelete
  46. Salam kak, kos ni ramai tak dpt first class degree ? Pastu kalau sem2 hujung tu like kena buat fyp ,thesis semua tu boleh dpt tak score 3.5 ke atas?

    ReplyDelete
  47. Kak saya ambil diploma in culinary boleh sambung degree foodtech ni

    ReplyDelete
  48. nak tnya akak... peluang pekerjaan food tech masa skarang ni mudah tak nak dapat x kisah sama ada kerajaan atau swasta???

    ReplyDelete
  49. Asalamualaikum aza.nak tanya UTK kursus tek makanan ni ada kursus asasi tak.kalau SPM kena ambik diploma dulu pas tua baru sambung izajah atau ada boleh express

    ReplyDelete
  50. assalamualaikum akak.. nasib saya jumpa akak punya blog terus mcm terinspirasi nak amik degree foodtech..saya nak tanya, saya pelajar diploma bakeri dan pastri, jd masih blh amikkan? janji diplomanya dr hospitaliti atau foodtech kan?

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum akak.. nasib saya jumpa akak punya blog terus mcm terinspirasi nak amik degree foodtech..saya nak tanya, saya pelajar diploma bakeri dan pastri, jd masih blh amikkan? janji diplomanya dr hospitaliti atau foodtech kan?

    ReplyDelete
  52. Hai akak, nak tanya ni, kalau time exam paper dia dual language ke? Atau mcm ?, nak penjelansan dari akak hehe

    ReplyDelete
  53. Salam.. Saya nak tanya.. Saya bekas pelajar dip. Food Technology Halal Management.. Akak rasa ap yg sesuai bagi saya untuk sambung degree.. Course apa and kat mana..

    ReplyDelete
  54. Hai, saya student degree food Science & technology tahun akhir dan sedang praktikal. Saya pernah baca blog akak waktu 1st nak sambung degree dulu. Ni terjumpa balik sebab tengah search something.
    .
    Jadinya, cuma nak cakap untuk silibus degree yang terbaru, degree food tech ni, sekarang dah takde minor(IFL@FSQ), tapi subjek² FSQ,IFL, IT dicampur and kita boleh pilih as elektif.
    .
    Untuk 3rd language, kita boleh pilih Bahasa ketiga yang kita nak based on apa yang fakulti offer.
    .
    Untuk sesiapa yang curious food tech ni offer dekat mana, selain dekat UiTM Shah Alam, UiTM Kuala Pilah pun baru open Degree in Food Science & Technology dekat sana around 2 tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, thank you so much for the update ! ^^
      Wah maknanya lagi seronok la sebab boleh pilih subjek haha, siap boleh pilih bahasa ketiga, ni yang jeles nih ! Kitorang dulu redha je la kena ambik arabic huhu. I see pilah dah open for degree foodtech, to be honest pilah lagi best sebab tak sesak haha, fakulti pun dekat boleh jalan kaki je. balik malam pun takde hal. shah alam besar sgt, jenuh kejar bas tiap pagi keh keh.

      Delete
    2. Haii akak boleh mintak penerangan sedikit tentang course ni..susah tak?☺️

      Delete
  55. Salam and hi. Maaf, nak tanya. Saya lepasan diploma pengurusan industri halal boleh ke ambik degree teknologi makanan?

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum kak..saya student matriks yg nak sambung degree..boleh Tak saya nak email akak..nak tanya tentang course foodtech ni☺️

    ReplyDelete
  57. Hi kak, boleh sy tau skrg ni akak kerja apa? Or anyone can tell me?

    ReplyDelete