Tuesday, 9 August 2016

trip bajet langkawi 2016 - part 1

bismillahirrahmanirrahim....

arini nak share pengalaman travel ke langkawi bulan lepas dengan le classmate. cuti last sem kitorang pergi pulau pangkor, 2 hari 1 malam je dengan bajet rm200 sorang termasuk segala makan minum sewa kereta tambang feri van pink bagai siap dinner seafood plus pergi tengok kelip2 kat kuala selangor. murah kan.. haha. sebab pergi masa tu 13 orang so mmg jimat. salute jugak lah kat bebudak ni arrange kan belanja apa semua. 13 orang semua pompuan bukan senang nak handle bhai...haha

maka cuti sem kali ni trip gegadis ajak pegi langkawi. actually decide nak pergi langkawi ni memang secara membabi buta je.. sebabnya classmate aku si fath ni usha air asia tengah buat promosi masa tu 50% diskaun. normally tiket sehala ke langkawi dari klia2 RM 80. kali ni cuma 8 orang je yang dapat join so terus la tempah flight. tp bebudak ni click ape ntah tetiba harga tiket pergi balik jadi RM 118...hahahaha..kitorang decide nak pergi weekdays sebab tak nak ramai orang sgt. so ktorang pergi untuk 4 hari, isnin sampai khamis.
*fath cakap mana ada click ape ntah yang buat harga tiket tu naik, memang ada charge itu ini GST lah apa lah tu yang harga naik kahkahkah apesal laaa kau jumpa belog aku fathhhhhh

Hari pertama...

hari isnin tu flight pkul 4.45pm. kitorang mmg plan untuk sampai 2 jam awal sebab ada 2 ketul budak tak pernah naik flight, dan seketulnya itu adalah aku hahaha.. eksaited plus cuak jugaklah sebab memang dasar gayat kan. alhamdulillah perjalanan dipermudahkan, kitorang smpai airport langkawi pkul 6pm.

acah acah travel oversea 

ohh, lupa nak mention. trip kali ni kitorang ambik pakej dengan kak noraini. pakej ni merangkumi sewa homestay (rumah 3 bilik 2 toilet), kereta (toyota innova drive sendiri), kilim geopark & mangrove tour dan island hopping untuk 8 orang pada harga RM 1250. sangat berpatutan dan berbaloi !



sampai2 je kereta dah siap menunggu dah. so kitorang terus ke homestay untuk letak bag dan freshen up dulu. homestay ni dekat taman wawasan, ulu melaka.. lebih kurang 10 minit dari airport. then terus gerak cari laksa langkawi yang feymes2 ni.

sebenarnya plan nak makan laksa kaw ikan sekoq tip top langkawi, tapi takdak rezeki sebab kedai tutup. jadi ktorang lajak sikit ke depan ke gerai laksa kuah pekat ikan sekoq. gerai2 ni terletak kat sebelah airport je, jadi nampak segala airplane landing selang 10 minit. pastu dia susun kerusi meja betul2 menghadap laut so feeling sangat time makan laksa tu. one word, superb ! laksa kedua tersedap yang pernah aku makan selain laksa emak aku.. kuah dah lah pekat, teluq rebus separuh, cili api tabuq atas pastu ikan rebus sekoq dalam mangkuk hang jadi kalo hang kata tak cukup ghasa ikan lagi taktau lah nak habaq apa. pastu, laksa dia pakai daun selom bukan pakai daun salad macam yang biasa jual kat kL atau selangor ni. barulah ori laksa utara...hoho

satu mangkuk cuma RM 6 ^^



Hari kedua...

Seawal 8.30am kitorang dah gerak ke jeti untuk Kilim Geopark & Mangrove Tour yang termasuk dlm pakej homestay kitorang. alhamdulillah dapat pakcik bot yang sporting gila layan 8 orang bebudak banyak songeh ni. mula2 dalam tour ni pakcik tu tunjuk bukit dan batu2 sekeliling tu yang ada bentuk kasut, bentuk gorilla, bentuk muka orang pun ada. pastu laluan dia makin sempit sebab kanan kiri dan ada bukit ke gua batu kapur ke ntahlah aku pun taktau..

jeti ke mangrove tour

punya sporting pakcik tu berhenti dekat view lawa2 suruh ambik gambar cepat2 since hari awal pagi lagi dan belum ada bot lain yang nak lalu. pakcik tu siap ajar posing okeh haha.. dia cerita orang arab suka ambik2 gambar kat view macam tu. ohh lupa nak bagitau memang ramai gilaaa orang arab datang melancong kat langkawi ni tak kira lah honeymoon ke bawak family ke. sebab tu jangan terkejut kalo pakcik bot, abang kolam ikan tokeh restoran semua berabuk cakap arab.

kiri kanan laluan tu pulak semua pokok kayu bakau. dah nama pun mangrove kan. bebudak ni memasing ajak main teka teki geografi akar ceracak akar tunjang pulak dah. tetiba satu kawasan ni ada banyak monyet. kekonon kitorang dalam bot berani lah ber hai hello cak cak dengan monyet kat pokok tu kekonon rasa selamat sebab ko kat dalam bot. sekali pak cik tu cakap " monyet2 ni pandai berenang tau " terus semua say see you soon..

ada dekat satu laluan ni kita kena lalu bawah tunnel gua laa lebih kurang. sebelum masuk tunnel tu, pak cik tu berhentikan bot dia bagitau area situ banyak ikan bolehlah tengok2 jap sementara takdak bot2 lain nak lalu. ikan2 situ macam ikan kap la, ada jugak yang muncung panjang macam ikan todak tu taktau la kot betul ikan todak. pakcik bot kata kalo ada roti boleh bagi makan. kebetulan memang kitorang bawak bekal roti sapu tuna pastu bagi makan kat ikan2 tu mengajar mereka bagaimana rasanya kawan makan kawan. cool gilaa pakcik bot ajar letak roti kat hujung jari macam nak pakai inai tu, pastu hala kat tepi bot nanti ikan tu lompat ragut terus dari jari kita. eksaited gila hoii bebudak bandar jumpa ikan.

then bot berhenti dekat gua kelawar untuk 20 minit. nak masuk takdak bayaran tapi sewa lampu suluh RM 1 setiap satu. laluan dia pendek je kalo jalan laju2 10 minit dah setel. untuk orang yang takut kelawar sebab percaya dia ada kaitan dracula ada taring hisap darah manusia memang seram sejuk hoii nak masuk dalam ni. dah lah gelap gelita, lepas tu takut pulak aku kot kelawar tu tergantung2 tetiba terjatuh pastu aku terpijak .. nasib baik kelawar dia comel2 je. dalam gua tu bolehlah menikmati stalagtik dengan stalagmit alaaaa yang macam kita selalu konpius mana satu atas mana satu bawah tu...



lepas tu pakcik tu bawak pusing2 laut menikmati permandangan yang memang breathtaking gilaa...then berhenti sekejap untuk tengok helang. sekadar tengok je tak bagi makan pun sebab masing2 pun tak sure sebenarnya dalam pakej tertulis eagle feeding atau eagle watching haha..tapi nasib tak berapa nak baik sebab dapat tengok lebih kurang 10 ekor je yang terbang dekat kawasan tu. pakcik tu kata biasanya banyak hampir berpuluh ekor lah jugak. mungkin helang takut perempuan kot ngeh ngeh ngeh. next checkpoint pergi ambik gambar dekat landmark kilim geopark untuk buat profile picture facebook dan tayang kat instagram masing2..



last sekali singgah kolam ikan dan restoran terapung. kat sini boleh nak lunch makan ikan yang diorang bela kat kolam tu tapi harga sedikit masha Allah la. yang bestnya kat sini pekerja2 kolam tu akan guide kita dan cerita  jenis2 ikan yang diorang bela. antara yang menarik kita boleh tengok mcm mana ikan tu tembak air, bagi makan ikan pari yg comel2, lepas tu pegang ikan yu harimau yang jinak manja sangat.

lebih kurang pukul 11.30am tamatlah tour tersebut. hari pun dah nak gelap macam nak hujan maka kitorang segera bergegas untuk ke Langkawi Skycab Gunung Mat Cincang yang lebih kurang 20-25 minit perjalanan dari jeti tu. masa kitorang sampai tu kawasan tu ada bukak area parking baru. yang tak bestnya dah nampak tanda2 ada pondok kecik kat depan area parking maka bersiap sedialah kalau lepas ni parking kat situ pun kena bayar.

sampai2 terus beli tiket. kitorang ambik pakej yang paling basic sekali harga RM 30 untuk naik skycab + skydome + skyrex. tiket dia bentuk gelang so senang je pakai terus kat tangan gerenti tak hilang. untuk harga pakej yang lain boleh refer sini. tepat2 je lepas beli tiket hujan pun turun mencurah2. masing2 dah cuak confirm cable car goyang2 weh sebab angin kuat. gigih jugak kitorang tunggu dalam 15 minit tapi hujan masih belum reda. tengok line beratur untuk naik cable car tu pun boleh tahan jugak panjang. tiba2 pengumuman dibuat, perkhidmatan diberhentikan sementara sebab hujan lebat.

jadi kitorang decide untuk makan tengahari dulu sementara tunggu hujan reda. sekali lagi nasib tak berapa nak baik sebab kedai nasi campur kak yan yang direkemen ajk makanan kitorang (ececeh) tutup pulak dah. masa travel ni memang dah lantik bendahari ajk makanan ajk keselamatan bagai acah2 bawak budak sekolah. lepas tu cuba nasib pergi Kedai Nasi Dagang Pak Malau. alhamdulillah, kedai dia bukak. terharu sangat akak kedai ni bukan sahaja provide payung malah siap payungkan kitorang lagi dari kereta ke kedai dia. masa tu dah tengahari jadi cuma tinggal lauk kari ikan tongkol, lauk lain dah habis sebab kedai ni bukak dari pagi hingga 2pm je. aku bukanlah penggemar nasi dagang sgt tp nasi dagang kedai ni mengikut citarasa anak tekak aku gak sedap, tak rasa lemak sangat jadi tak cepat muak, kari ikan memang power siap mintak kuah tambah lagi. sepinggan nasi + kari ikan harganya RM 8.


disebabkan hujan belum reda lagi, kitorang decide untuk melawat makan mahsuri yang cuma 5 minit je dari kedai nasi dagang ni. sebelum masuk tu kekonon ceyah cakap " manalah tau antara kita ni ada darah suku sakat mahsuri, bila masuk kawasan ni japgi tetiba jadi berdaulat..." yang kemudiannya disahut pula piqa si pelakon terbaik kelab teater " yang berdarah keturunan mahsuri tak apa lagi, aku cuma risau ada yang berdarah keturunan orang yang membunuh mahsuri je takut2 tak boleh keluar nanti dari makam ni.."...pucat weh muka semua orang.. aku dan fath berpandangan seraya berkata " nasib baik aku jawa"...


bayaran masuk dah mahal sikit, RM 12 untuk setiap seorang. agak ralat sikit sebab walaupun harga masuk mahal tapi fasiliti macam tak terjaga sangat, kedai2 makan dalam kawasan ni pun dah tutup. taktaulah mungkin sebab kitorang pergi weekdays jadi pekerja ramai cuti wallhualam. gigih meredah hujan lebat melawat tapak rumah mahsuri, telaga mahsuri. pergi jugak rumah tok penghulu tapi beliau kunci pintu mungkin takut kami mintak duit raya agaknya. dan sedikit keliru kenapa di ruang pameran sejarah mahsuri tiba2 ada jugak terselit info2 planet2 alam semesta dan maklumat2 lain yang bagi aku agak tidak berkaitan dengan sejarah mahsuri. pintu pemisah antara ruang pameran pulak tiba2 ditampal gambar monyet tersengih. sesungguhnya sel-sel otak aku memang lambat berhubung...

jakun jugaklah belajar menimba air telaga..haha


lepas tu kitorang patah balik ke tempat cable car. masa tu dah lebih kurang pukul 3pm dan hujan pun dah berhenti. mungkin sebab hujan baru je lepas berhenti jadi orang tak ramai dan kitorang dapat masuk terus tanpa perlu beratur pun. nak masuk tu kena scan dulu barcode dekat gelang kita tu. then terus kita dibawa ke SkyDome. SkyDome tu cuma tayangan gambar dekat skrin berbentuk dome yang besar gila tahap aku taktau nak tengok skrin depan ke nak tengok siling. tapi jujurnya diorang pi tayang video apa entah macam kapal mengharungi laut pastu seolah2 kita bergerak masuk dalam laut tengok ikan2, lepastu mcm ada ada orang inggeris tengok peta pastu aku baru nak fahamkan video tu pasal apa tiba2 habis dah tayangan hahaha. tak lama pun, lebih kurang 5 minit jaa..

then barulah boleh masuk untuk naik cable car@ SkyCab tu. masa ni pun Alhamdulilah takdak orang jadi kitorang terus boleh naik cable car tu cuma ralat pekerja tu suruh satu couple cina ni naik sekali dengan kitorang. sebab satu cable car ni boleh naik 6 orang. rasa akward gila dahlah sempit pastu naik dengan strangers. tapi memang gayat gila weh. sedangkan tengok dari bawah pun pikir banyak kali betul ke aku nak naik natang ni apatah lagi bila dah ada kat dalam tu. tapi sebab baru lepas hujan rasa sejuk sangat tambah dengan kabus2 memang cantik Subhanallah. nanti dapat tengok air terjun kat belah kanan dan kiri kita masa kita kat dalam cable car tu.



SkyCab ni ada 2 station. Station yang pertama ada satu platform sederhana besar untuk kita tengok view dan ambik gambar. lupa nak bagitau setiap stesen kalo kita turun memang dia suruh ambik gambar. gambar cantik tapi agak mahal la RM15-RM30 depends pada size dan frame.


view station 1
cabel car ni dia memang tak berhenti bergerak, cuma slow down je jadi kita boleh terus naik bila ada cable car kosong. then gerak ke Station 2. dekat sini menarik sikit sebab ada SkyBridge dan SkyGlider. dua2 ni tak termasuk dalam harga tiket jadi boleh beli on the spot kat kaunter. kalau tak salah harga ke SkyBridge sahaja RM10 dan naik SkyGlider RM 5 jadi total RM 15. SkyGlider ni rupa-rupanya sekadar lif untuk bawak kita turun naik ke SkyBridge. rasa tak berbaloi bayar mahal masuk bersempit sampai 11 orang dalam tu sebab kena beratur and benda tu ada satu je. kalo tak nak naik glider ni, cuma nak pergi kat SkyBridge je boleh jalan kaki turun tangga lebih kurang 10 minit. sambil2 tu boleh tengok nature.



SkyBridge ni pun subhanallah punyalah tinggi tapi cantik sangat2 view dia. lebih kurang mcm view di Station 1 cuma lagi jelas dan sayup2 gitu..kat sinilah pengambaran cerita hindustan Don yang diberitahu oleh hampir semua pekerja dekat sini tanpa perlu bertanya. masa jalan kat tengah2 jambatan tu tiba2 aku terfikir besi pengikat tiang penyokong jambatan ni loose lalu tercabut dan melibas kiri dan kanan semua pelancong lari bertempiaran ada yang terjatuh melayang ke bawah ada yang berpaut pada besi kren ada yang mati sia2 kena libas dengan wayar2 tu dan ni semua hasil pengaruh movie Final Destination 5. inilah masalah bila kau rajin tengok movie lepas tu penakut dengan semua benda. 





masa nak naik balik ke station kekonon nak jalan kaki tak nak naik glider tu sebab nak tengok laluan dia macam mana. time ni rasa menyesal yang amat sebab punyalah tinggi dan banyak anak tangga. estimate masa dlm 10-15 minit. aku dah berapa lama tak exercise memang pancit weh. tapi tetiba jadi cergas balik sebab kat belakang aku budak laki umur dalam 7 tahun selamba badak naik tangga tu tak mengah langsung. nasib baiklah cuaca sejuk tak nampak sangat aku berpeluh macam nak gilaaa haha

dekat Station 2 tu kalo tak nak naik SkyBridge boleh je kita naik kat dua platform yang disediakan, percuma je. dekat situ ada cafe nak beli air, kek, ice cream, popcorn bagai. lepas tu ada provide area untuk kita lock mangga ala2 macam kat penang n korea tu. the best thing kat sini memang view dia terbaik lah.



masa nak turun balik tu kitorang berjaya naik cable car tu 4 orang je. haha. time ni masing2 challenge diri untuk berdiri sepanjang perjalanan turun tu. memang gayat weh dah lah goyang2 escpecially masa dia nak passing some kind of besi checkpoint kat tengah2 laluan tu.. masa turun tak boleh singgah balik stesen 1 tadi dah tau. 

lepas dah turun, kitorang pergi SkyRex pulak. kat sini kita ambik seat macam duduk dalam bas. pastu semua diberi cermin mata 3D dan rasa pengalaman berada kat alam dinosour. enjoy jugaklah pengalaman yang lebih kurang 5-7 minit tu. kalau dapat duduk depan sekali lagi best. masa tu bodek2 jugaklah pekerja tu nak naik dua kali tapi dia tak bagi haha. Sebabnya sebelum masuk dia dah scan barcode kat gelang kita tadi tu jadi limit laa boleh masuk sekali je. banyak lawa kau nak masuk bnyak kali hahahaa...


ni kat depan muzium 3D, sebelah je dengan SkyRex

Sekian sahaja trip bajet langkawi kitorang bahagian pertama. nanti kita tunggu sambungan pulak ye. eceh...

*sambungan part 2 click sini hokeh  /trip-bajet-langkawi-part-2

1 comment: