Monday 24 September 2012

lovely weekend

bismillahirrahmanirrahim...

  salamu'alaik...

   last weekend lari rumah angah.. konon2 release tension sebab minggu nie banyak sangat assignment, test presentation bagai. memang rasa nak meletup jugaklaa. sebab ni dah minggu terakhir sebelum study week. so, semua nak setel jugak by this week laa..

  so, petang jumaat tu gerak pergi stesen bas pilah ambik bas pergi tampin. first time kot naik bas pergi sane, sorang2 pulak tu. selalu ade mr.driver ambikkan. konon2 nak berdikari laa kali nie.. sepanjang perjalanan tu bismillahitawakaltu'alallah je.. Alhamdulillah,, sampai jugak kat sana. bila lagi kan nak belajar travel sorang- sorang. ni susah jadi adik,, selalu depends kat orang lain... ish3

  sepanjang weekend ni berjalan je laa. alang pun turun melaka jugak sebab nak pergi kenduri kahwin kawan die dekat kL. so, ahad tu kitorang gerak pegi sana. pusing2 kat universiti malaya sebab angah nak tunjuk kat baby tempat die belajar.^^ poyo sungguh.. then pergi midvalley sebab aku tak pernah jejak sane lagi. kesian betul kat adik die sorang nie. then kebetulan ade pameran kerjaya. masuk dan survey sekejap mana2 company yang ade kaitan dengan bahagian makanan. ade jumpe syarikat permanis. syarikat ni supply most of the minuman ringan kat malaysia kecuali coke. diorang jugak supply vendine machine untuk minuman nie. macam best jugaklaa dengar akak tu bercerita. the best part,, diorang terima pelajar praktikal.. hehehe...

   lepas tu baru tau pasal syarikat unilever. selama ni nampak cop unilever tu dekat fair n lovely je. paling2 pun, jumpe laa jugak kat sabun mandi. kat sane baru tau yang sebenarnye diorang ade macam- macam jenis produk termasuk sabun, syampu dan makanan. abang ngah siap cakap 70% iklan produk kat dunia adalah produk unilever. antara contoh diorang teh lipton, aiskrim walls and pelembut fabrik comfort.. nampak sangat aku tak amik tau kann..
  
   sempat jugak cerita dengan angah. aku taktau nak sambung fastrack atau habiskan diploma. setakat ape yang aku nampak, dua2 ade pro and cons.. dan dua2 pilihan masih samar2.. serius dilema. angah bagi pandangan mengikut pengalaman dia. and the best part, bila abang ngah pulak yang bagi pandangan.. time tu macam tersentak jugaklah. sebab baru nampak ape sebenarnya masalah sebenar yang aku tengah hadapi sekarang. am i really into this food technology ?? aku pon taktau.. 

  yang penting, banyak yang aku kena fikir sendiri. orang lain boleh bagi pendapat, tapi yang menentukan tu diri aku sendiri.. keputusan yang aku buat hari ni yang akan effect masa depan aku untuk 20, 30 tahun akan datang. dan benda ni jugak akan effect life aku, mak ayah aku dan orang sekeliling aku.. betul cakap abang ngah, dilema ni wujud sebab sebenarnya aku sendiri taktau cita- cita aku.. sebab bila dapat offer main pergi je, orang sambung belajar sampai degree/master aku pun ikot je, then bila nak cari kerja,, tengoklaa pekerjaan ape yang sesuai, carilah pengalaman dulu.. seriously,, that what i was thinking... lepas kena ceramah hampir 2 jam,, aku baru sedar,, i shouldn't let myself go with that flow.. sebab aku je yang ade keupayaan untuk ubah benda tu jadi lebih baik untuk masa depan aku dan mak abah especially.. only me.. 

tiba- tiba rasa macam dah dewasa giler sebab nak kena fikir pasal semua ni. tapi kalau bukan sekarang, bila lagi kan..part yang paling tersentap bila abang ngah cakap, ''memang sekarang ni tak kisah sangat belajar main- main, kerja asal boleh sebab still ade mak abah n family yang support. sebab ade tempat yang masih boleh bergantung. cuba bayangkan kalo diorang tak ade, boleh tak ida teruskan attitude macam tu ? atau diorang sebenarnya yang bergantung pada ida, boleh tak ida ikut je belajar ape pun dan berserah je pada nasib kalau ade kerja apa- apa pun bila dah habis belajar nanti ??'' 

  kalau diri aku sendiri pun aku tak boleh nak support bila dah kerja nanti, macam mana anak support life mak abah pulak kan..??? bukan pikir diri sendiri je..  semakin bertambah usia, semakin bertambah tanggungjawab,, dan semakin banyak simpulan yang perlu dirungkaikan ikatannye... hailaaaaa...  this is what we call it life..???

No comments:

Post a Comment